Alahaii comelnya! bila Lara Alana jadi ikan Duyung

PASANGAN selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari terkejut dengan perangai puteri sulungnya, Lara Alana ketika berada di Disneyland, Hong Kong

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 35, berkata dia tidak menyangka Lara seronok disolek dan memakai pakaian seperti watak kartun Cinderella tanpa sebarang masalah.

“Kami memang terkejut dengan perangai Lara yang sebelum ini memang tak mahu disolek atau letak sebarang solekan di muka.

“Kalau nak bersiap tu, dia tak boleh duduk diam tapi semasa kami pergi Disneyland, Hong Kong, perangai dia berubah ketika masuk tempat dressing room untuk kanak-kanak.

“Dia hanya duduk diam sahaja dan membiarkan orang itu meletakkan solekan pada mukanya. Mungkin sebab dapat feeling jadi puteri itu yang buat dia rasa teruja,” kata

Menurut Awal, 37, Lara yang kini berusia empat tahun sanggup memakai kasut tumit tinggi sepanjang seharian mereka berjalan di sana.

Biarpun tumit kasut tersebut sudah tercabut, anaknya itu tetap mahu berlari dan tidak mahu menanggalkannya sehingga waktu malam.

“Sampai ke malam dia tak nak tukar baju dan kasut. Seharian Lara pakai baju seperti Cinderella dan berlari dengan kasut tumit tinggi.

“Biarpun tumit kasut tu dah tercabut, dia paksa saya pasang balik dan sambung berlari,” ujarnya.

Alahai comelnya bila Lara Alana jadi ikan Duyung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *