Alahai lembut je dengar Dato’ Siti Nurhaliza panggil suami

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi berita gembira apabila memberitahu berat badannya susut sebanyak 14 kilogram hanya selepas 17 hari melahirkan anak perempuannya, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu.

Siti, 39, berkata penurunan berat badannya itu disebabkan faktor dia sering berjaga selain Aafiyah menyusu badan.

Malah penyanyi lagu Percayalah itu turut berterima kasih kepada anaknya kerana telah menolongnya mengurangkan berat badan.

“Ibu gembira sebab dah susut 14 kilogram (sebab berjaya dan Aafiyah kuat minum susu Ibu). Terima kasih anak ibu tolong Ibu. Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.

Siti melahirkan Siti Aafiyah secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara dengan berat 3.55 kilogram.

Penyanyi terkenal itu berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan pada 13 Oktober tahun lalu, dia mengumumkan sedang hamil anak pertamanya.

Kehadiran Siti Aafiyah menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki

Sumber : Mstar

Alahai lembut je dengar dato Siti Nurhaliza panggil suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *