Alaaaa comelnya Aaisyah ni 😍😍😍

 

(VIDEO DIBAWAH)

 

β€œPantang tengok laki orang elok sikit, mula nak rampas” – Che Ta

Kata Che Ta, ramai wanita pantang melihat suami orang yang kacak dan terus ingin merampas.

PELAKON Rozita Che Wan mendedahkan dia banyak menerima mesej daripada pengikut di laman sosialnya yang bercerita mengenai rumah tangga mereka.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 45, berkata ramai wanita dengan mudah ingin merampas suami orang berwajah tampan.

Malah menurut Che Ta, ada juga lelaki yang sudah berkahwin gemar melayan wanita seperti itu.

“Orang perempuan ni pantang tengok laki (suami) orang elok sikit, cepat ja dia nak ‘qentap’ (rampas).

 

Che Ta berkongsi status di akaun Twitter miliknya.

“Tapi hat (yang) jantan (yang lelaki) tu pun jenis gatai (gatal). Adoi… Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga mereka,” katanya.

Tambah isteri kepada pelakon Zain Saidin ini, pengkongsian cerita yang diterima membuatkan dia berasa seperti menteri pembangunan wanita.

“Macam kita ni menteri pembangunan wanita pula,” tulis Che Ta menerusi laman Twitter miliknya.

Rata-rata pengikut di laman sosial miliknya itu terhibur dengan status yang dimuat naiknya.

Malah, ada segelintir mereka juga berpendapat bahawa Che Ta sesuai untuk dicalonkan untuk jawatan tersebut di Pilihan Raya Umum yang ke 15 (PRU15).

 

Rozita Che Wan.

“Haha… Hidup Che Ta ! boleh dah bertanding Pilihan Raya Umum yang 15 nanti.

“Wow boleh la dicalonkan nanti! Memang sesuai Che Ta dengan jawatan tu,” komen beberapa pengikutnya.

Pelakon wanita ini mula aktif menggunakan Twitter sejak 26 Jun lalu walaupun sudah memiliki akaun sejak Ogos tahun lalu.

Untuk rekod, sehingga kini Twitter menggunakan nama @rozitachewan1 itu mempunyai 827 pengikut manakala pelakon drama Kiah Pekasam itu mempunyai 3.7 juta pengikut di Instagram.

Baca lebih lanjut di mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *