Abby Abadi Melawat Anak-Anak Norman Hakim & Memey Suhaiza

 

PELAKON Abby Abadi meminta orang ramai tidak perlu risau dengan penjagaan anak angkatnya, Muhammad Daiyan kerana dia tidak perlu berpantang disebabkan tidak melahirkan bayi itu.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, berkata hanya ibu kandung bayi itu sahaja yang perlu melalui beberapa proses selepas kelahiran.

“Makcik (merujuk kepada netizen), mama pun dah tua. Anak-anak sendiri pun dah besar panjang dah. Mama pun risau kalau apa-apa jadi kat baby Daiyan. Mama jaga elok Insya-Allah.

“Kalau bersalin, baby tak ada pantang sangat, ibunya saja yang kena lebih jaga. Macam mama baby ni istimewa kes. Ada bayi, tapi tak payah pantang.

 

Abby menjelaskan persoalan netizen mengenai tindakannya.

“Baby sihat sempurna. Bawa baby keluar ke mana-mana, mama minta Allah jaga. Jangan risau sangat ya. Mama jaga sebaiknya anak-anak mama,” tulis Abby menerusi Instagramnya.

Abby menjelaskan perkara tersebut bagi menjawab persoalan netizen mengenai tindakan dia membawa bayi yang baru dilahirkan bersiar-siar ketika bercuti di Pantai Pengkalan Balak, Melaka.

Tambah Abby, dia mengambil foto bayinya di tepi pantai berhadapan dengan tempat penginapannya untuk beberapa minit sahaja.

Bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim ini meminta netizen tidak perlu memberi mitos yang tidak benar sehingga menyebabkan dia berasa tertekan.

“Setakat ini Daiyan terjaga baik. Semalam kami pergi pantai sekejap saja 10/15 minit macam tu. Abah tengah buat kerja, pantai tu depan chalet tu saja.

“Ambil gambar lepas itu masuk semula chalet. Itu saja. Paling dahsyat pun mama ambil gambar Daiyan baring atas pasir. Tak jadi apa pun.

 

Abby bersama anak angkat dan dua orang anak perempuannya, Marissa (kiri) serta Maria.

“Jangan bermitos-mitos sangatlah. Ini tak boleh itu tak boleh. Makcik buat orang tertekanlah. Mak cik jangan main IG la,” katanya.

Hasrat Abby untuk mengambil anak angkat dimakbulkan Allah selepas beberapa jam memuat naik di media sosial pada Khamis.

Bayi yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh diambil ketika berusia sembilan hari.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Norman Hakim, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun.

Mereka bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Dia kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan bahagia sehingga kini.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/03/abby-abadi/#sIf4dmroZ8YtrD8X.99

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *