Makna bolasepak itu jika kita pandang dari sudut normal ialah sebuah minat dan kesetiaan mendalam terhadapnya. Selain itu, bolasepak juga boleh menjadi sesuatu hiburan berguna kepada kita. Terutamanya apabila kita mahu mencari erti ketenangan.
Namun di sebalik itu semua, terdapat satu lagi unsur penting dalam bolasepak iaitu perniagaan. Mungkin dahulu kala orang akan menggelarkannya ‘gila’ apabila mencampurkan bolasepak dengan perniagaan, namun tidak lagi di zaman moden ini.
Unsur perniagaan tidak termasuk dalam soal mewakili negara kerana mewakili negara merupakan satu perjuangan meningkatkan tahap bolasepak negara kita sendiri. Tetapi ada juga kaitannya dengan liga di mana daripada liga lah pemain pemain kebangsaan di panggil.
Kelab kelab hari ini banyak yang menjana keuntungan berdasarkan sukan bolasepak. Malah pulangannya lebih menguntunngkan bagi si pemilik kelab. Antara pemilik kelab yang menikmati berkali ganda keuntungan daripada pelaburan yang mereka lakukan ialah Nasser Al-Khelaifi, pemilik Paris Saint Germain dan Roman Abramovich, pemilik Chelsea.
Perniagaan dalam bolasepak sangat penting terutama dalam konteks Liga Malaysia, kalau hanya mengharapkan wang FAM sahaja, memang tidak mampu. Jadi penulis menyenaraikan beberapa cara pasukan di Liga Malaysia boleh membina keuntungan mereka tersendiri.
1. Wang Penyiaran
Ini merupakan sumber wang yang paling utama setiap musim. Wang ini di bayar oleh syarikat syarikat penyiaran televisyen yang menyiarkan secara langsung perlawanan melibatkan pasukan tersebut, Contoh contoh syarikat penyiaran di Malaysia ialah seperti Astro dan Media Prima.
Umum mengetahui bolasepak memang sukan utama di Malaysia, jadi apabila mereka menyiarkan siaran langsung, mereka mampu menarik pengiklan untuk mengiklankan produk mereka. Bolasepak mampu menarik jumlah penonton yang ramai untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.
Sebelum ini, pasukan di Liga Malaysia sukar untuk meraih wang penyiaran kerana pentadbiran lama FAM di lihat tidak telus dalam menyalurkan wang tersebut. FAM di bawah pentadbiran Tunku Ismail telah mengumumkan pengagihan sebanyak RM 3 hingga RM 4 Juta kepada setiap pasukan terutama pasukan Liga Super pada musim 2018.
Wang tersebut boleh di gunakan pasukan dalam menguruskan pasukan seperti pembinaan fasiliti dan meringankan beban kerajaan yang tidak perlu memberi wang tajaan dengan banyak kepada pasukan terutama pasukan negeri.
2. Penajaan
Isu penajaan juga besar di Liga Malaysia. Setiap pasukan perlu bijak meyakinkan pihak penaja untuk menaja mereka dengan menjanjikan pulangan semula kepada mereka. Sememangnya, wang penajaan juga dapat membantu pihak pasukan untuk mengendalikan pasukan mereka.
Pihak pasukan dapat menggunakan wang tersebut untuk membayar gaji para pemain mereka. Namun, pihak pasukan perlu mempamerkan nama penaja mereka di mana mana bahagian mereka seperti papan iklan ketika perlawanan berlangsung dan memaparkannya di bahagian jersi pasukan.
Cara yang lebih efektif untuk para pasukan mempromosikan penaja mereka dengan lebih dekat ialah mempromosinya di laman laman sosial mereka seperti facebook, twitter, dan instagram. Pada pemerhatian penulis, cara ini lebih meyakinkan pihak penaja. Antara contoh penaja ialah seperti Melaka United yang di taja oleh syarikat seperti MAMEE dan Edra.
Di atas merupakan dua cara bagi pasukan membina keuntungan mereka daripada perniagaan bolasepak. Nantikan slot dalam artikel babak II nanti untuk menantikan baki beberapa lagi cara pasukan mencari keuntungan. Tunggu!