Lihat Apa Yang Dilakukan TMJ Setelah Tamat Perlawanan JDT vs Terengganu

 

Usai perlawanan malam tadi, TFC dikunjungi oleh Tengku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim yang sangat berjiwa besar. Baginda mencemar duli singgah di Bilik Persalinan Pasukan Pelawat bagi merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian TFC.

Baginda berjaya membentuk JDT sebagai sebuah pasukan yang kuat dan berdaya saing. Hari ini, InsyaAllah sempena kami berada di Johor, PBSNT akan melakukan lawatan rasmi meninjau fasiliti dan kejayaan yang telah berjaya dipamerkan JDT, InsyaAllah. Secara peribadi, JDT telah berjaya tonjolkan pengurusan pasukan yang terbaik.

 

Kalah menang adat perlawanan. Semangat profesional yang ada pada Baginda TMJ akan dicontohi PBSNT dalam membawa bola sepak Terengganu ke arah yang lebih berprestij dan profesional.

Isu referee malam tadi adalah isu dalam padang. Walaupun kemenangan berpihak kepada TFC, saya akan tetap arahkan pihak PBSNT membuat Laporan Rasmi Prestasi Pengadil kepada pihak MFL. Insiden penalti akan dijadikan asas laporan ini. Rekod rakaman video telah disiapkan oleh staf kami. Laporan ini adalah proses biasa untuk meningkatkan tahap profesionalisme bola sepak negara.

#WeBleedBlackAndWhite
#DaulatTuanku
@ Thistle Johor Bahru

Inillah 26 Pemain Yang Dipanggil Untuk AFF Suzuki Cup 2018, 8 Muka Baru

 

26 pemain awal skuad Piala AFF 2018

PENJAGA GOL
1. Khairul Fahmi
2. Farizal Marlias
3. Hafizul Hakim

PERTAHANAN
1. Irfan Zakaria
2. Shahrul Saad
3. Aidil Zafuan
4. Adam Nor Azlin
5. Azrif Nasrulhaq
6. Nazirul Naim
7. Amirul Azhan
8. Syazwan Andik

TENGAH
1. Azam Azih
2. Syamer Kutty
3. Azizan Nordin
4. Kenny Pallraj
5. Akram Mahinan

SAYAP
1. Mohamadou Sumareh
2. Safawi Rasid
3. Syazwan Zainon
4. Akhyar Rashid
5. Syahmi Safari

PENYERANG
1. Hazwan Bakri
2. Syafiq Ahmad
3. Zaquan Adha
4. Norshahrul Idlan Talaha
5. Shahrel Fikri

Pemain yang tak terpilih

1. Matt Davies (cedera)
2. Fazly Maslan (urusan peribadi)

Pemain dalam senarai menunggu

1. Mahali Jasuli
2. Nazmi Faiz
3. Haziq Nazli
4. Nik Akif Syahiran

Daripada senarai di atas, seramai 18 pemain dari skuad 23 pemain ketika aksi persahabatan bertemu Republik Kyrgyz di Melaka, 16 Oktober lalu telah dikekalkan Cheng Hoe.

Dua pemain terpaksa diketepikan iaitu Matthew Davies (Pahang) yang mengalami kecederaan lutut dan Fazly Mazlan (JDT II) kerana urusan peribadi.

Sementara tiga lagi pemain – penjaga gol Haziq Nadzli (JDT), Mahalli Jasuli (PKNS FC) dan Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan) diletakkan dalam senarai bersedia bersama-sama dengan Nazmi Faiz Mansor (JDT).

Sebagai ganti, Cheng Hoe telah memanggil lapan pemain baharu terdiri daripada enam pemain JDT – penjaga gol Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Ahmad Hazwan Bakri serta Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan dan padang rumput tiruan di Institut Semarak Felda, Bangi.

21 pemain akan melapor diri pada Rabu ini sementara lima pemain Perak hanya akan melapor diri pada Isnin, 29 Oktober 2018 selepas beraksi pada final Piala Malaysia 2018 bertemu Terengganu FC di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Selepas perlawanan bertemu Maldives, Cheng Hoe akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan beraksi pada Piala Suzuki AFF 2018.

 

 

Pernah beli jagung Cameroon Highland? Makan sana manis. Bawak balik tawar. Akak ni ada penjelasan.

 

(Video dibawah)

 

Hati-hati Jagung Palsu! Pedagang di Cameron Highlands Beri 2 Tips Ini Agar Turis Tak Tertipu

Jagung Manis Cameron Highlands

Laporan Wartawan TribunTravel.com, Apriani Alva

TRIBUNTRAVEL.COM – Jika kamu mengunjungi Cameron Highlands di Malaysia, jangan lupa membawa oleh-oleh sayur-sayuran, yah.

Perlu diketahui Cameron Highlands merupakan kota kecil di yang terletak kawasan perbukitan.

Kota wisata ini masuk bagian Negeri Pahang, Malaysia.

Cameron Highlands adalah kota penghasil sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

Tempat wisata ini juga memiliki wilayah kebun teh terbesar di Malaysia.

Kebanyakan pengunjung yang datang ke perkebunan sayur ini pulangnya membawa jagung manis yang terkenal dari daerah ini.

Jagung asli Cameron Highlands terkenal dengan rasanya yang sangat manis.

Kebanyakan orang memakan jagung ini secara mentah untuk mendapatkan rasa terbaik.

Sayangnya ada saja oknum yang menjual jangung manis berdalih asli dari Cameron Highlands, tapi nyatanya dari tempat lain.

Artikel ini telah tayang di Tribuntravel.com dengan judul Hati-hati Jagung Palsu! Pedagang di Cameron Highlands Beri 2 Tips Ini Agar Turis Tak Tertipu

Penulis: Apriani Alva
Editor: Apriani Alva

 

Tengok budak kecik ni nyanyi dengan Achey. Dah lama tapi best!!!

 

(Layan video kat bawah)

 

Kehadiran Nur Tiara Zinnirah menyerikan lagi mahligai cinta Achey dan isterinya, Nur Hasanah. Sejak adanya bayi comel itu, banyak pengalaman baru dilalui pelawak, pelakon dan pengacara itu.

Selepas lapan tahun menunggu, dia bersyukur dan bahagia dapat merasai nikmat bergelar bapa.

Achey berkata, dia dan isteri masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri, namun tidak mahu terlalu meletak harapan tinggi. Baginya, keutamaan dan fokus utamanya kini adalah melihat Tiara membesar dengan baik.

“Tiara adalah anugerah yang datang tiba-tiba. Dia sudah berusia tiga bulan dan macam-macam yang saya lalui dan belajar. Kadang-kadang saya tidur jam 4 pagi kerana menjaganya.

“Walaupun hanya sekadar anak angkat, dia buah hati saya dan isteri. Kami bersyukur dengan anugerah terindah ini. Suatu hari nanti, jika dikurniakan anak sendiri saya sudah tidak kekok menguruskan anak kecil,” katanya.

Tidak memandang status, Achey berusaha sebaik mungkin memenuhi keperluan Tiara sama seperti anak sendiri. Namun, sebagai ibu bapa, pelawak itu sepakat dengan isterinya untuk bersikap tegas.

Kata Achey, mereka tidak akan sesekali mendedahkan Tiara dalam dunia glamor dan lebih selesa membesarkan anak itu secara sederhana tanpa memanjakan dengan harta benda.

“Kami akan cuba sebaik mungkin menyediakan keperluannya. Saya juga mahu elakkan dia daripada terdedah dengan dunia glamor dan mengajarnya untuk hidup secara sederhana.

“Setiap kali ada masa terluang kami akan pulang ke kampung halaman di Ijok, Kuala Selangor agar dia dekat dengan suasana penuh kesederhanaan,” kata Achey.

Menurut Achey, Tiara ada akaun Instagram sendiri dan mempunyai lebih 100,000 pengikut. Ada di antara pengikut memintanya membuat ulasan produk di akaun anaknya itu.

Tegas Achey, dia tidak mahu menjadikan akaun Instagram Tiara sebagai tempat mengaut keuntungan sedangkan Instagram peribadinya sudah digunakan untuk ulas produk berbayar.

“Ada individu yang minta kami ulas produk di Instagram Tiara, kami terima tanpa mengambil sebarang bayaran. Di akaun Tiara, kami lakukan secara percuma.

“Saya cuma mengharapkan agar mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan Tiara dan kami sekeluarga. Itu adalah lebih baik daripada wang ringgit,” katanya yang turut mengembangkan bakat sebagai penyanyi.

 

Woww..best betul dia nyayi ..dengar sampai habis. Sampai melopong juri.

 

(Video dibawah)

 

cara2 menyanyi degan betul ..
Menyanyi ni memanglah satu seni yang halus,indah dan sangat menyenangkan…yang menyanyi dan yang mendengar. Menjerit memang tak sama dengan menyanyi. Macam bumi dengan langit lah kot.

Menyanyi ni macam yang Naru sebut perlu bakat. Itu tak boleh nak nafilah. Sebab menyanyi ni anugerah Tuhan sebenarnya. Bakat yang digilap, harus jadikan orang tu penyanyi yang baik. Nak gilap pun perlu kepada Ilmu vokal yang betul, dan kalau boleh tambahlah sikit2 dengan teori musik. Insya Allah jadi yang terbaiklah.

Kita selalu rujuk suara ni dalam banyak kategori. Malah suara orang perempuan dan orang lelaki pun beza, sebab vocal range masing2 berlainan. Dari vocal range ni kita boleh bahagi2 kan jenis2 suara kita. Kalau perempuan ada suara tinggi kita boleh panggil “Soprano” lah. Kalau Lelaki suara “tenor” dll. lah. Ramai orang pun dah maklum tentang hal2 ni semua.

Ada orang perempuan, suaranya tak begitu tinggi tapi merdu. Suara begini mungkin kita boleh kategori sebagai “tone dominant voice”. Begitu jugak lah suara orang lelaki, ramai penyanyi yang tak pentingkan sangat suara yang tinggi tapi kemerduan dan suara yang “natural”. Kita boleh dengar suara orang dulu2 nyanyi, kebanyakan tak tinggi note nya tapi sedap didengar. Mereka amat mementingkan “tone”, “vibrato” dan lain2 lah yang buat telinga kita suka mendengarnya. Kalau orang lelaki, kita dengar suara P Ramlee, Broery, dll. , tak tinggi pun tapi cukup “natural” dan “tone” nya begitu bagus.

Kalau soalannya “macamana nak jerit dan nyanyi”, rasanya kena bezakan antara menyanyi dan menjerit tu. Menyanyi pulak kena tengok, lagu apa yang nak dinyanyikan. Lagu pop ke, lagu rock ke, lagu clasical ke, lagu apa ke, semua tu menentukan jenis suara yang bakal kita jugakan untuk menyanyi. Biasanya, kalau kita betul2 nak menyanyi, boleh masuk kelas vokal. Di situ kita akan diajarkan tentang seni suara & mungkin cikgu tu akan ajar juga teori musik. Bukan apa, seni suara adalah satu cabang paling penting dalam seni musik.

Kalau tak nak masuk kelas pun tak apa. tapi sikit2 kena tau jugak apa yang perlu dilakukan. Menyanyi karaoke salah satu latihan yang baik dan kalau kita rakamkan lagu yang kita nyanyi (perakam pun kena elok jugak) kita boleh baiki banyak tentang suara kita sendiri. Antara tips atau petua untuk menyanyi ni beginilah kot;

1. Jangan ikut suara orang. “Trim” suara kita sendiri. Kita semua dilahirkan dengan kotak suara yang unik. Tak ada dua orang yang punya suara yang sama. Akan2, amat mirip mungkin, tapi sama tidak mungkin pada adatnya.

2. Dapatkan “banjaran suara” kita. Kalau kita tengok pada kebanyakan mesen karaoke misalnya, ada fungsi “key-up” & “key-down”. Dengan menggunakan fungsi tu, kita akan dapat mencari “natural key” suara kita. Bila kita dah dapat suara kita yang “natural” tu, kita cari pula “octave” suara kita dalam “key” tersebut. Senang buat gini, semua orang tau bunyi “do re mi fa so la ti do”. Secara “natural”, kita bunyikan macam biasa, dan kemudian cuba tinggi kan sikit sampai kita tak boleh capai “do” yang terakhir. Biasanya kita akan dapat dalam 2 atau mungkin 3 “octave” saja. Ada orang, dia cari key suaranya dengan piano atau gitar. Itu pun boleh juga. Latih suara tersebut setiap hari hingga kita rasa selesa.

3. Kalau kita menyanyi dengan karaoke, tak perlu terikut2 dengan “natural” key lagu tersebut. Jangan terlalu nak kejar “suara tinggi”. Itu nanti akan merosakkan kotak suara kita dalam jangka masa panjang. Kita sesuaikan sama ada “sharp” atau “flat” ikut suara kita. Kemudian cuba nyanyi dengan cara kita sendiri. Bila kita sudah selesa, cuba tinggikan sedikit “key” lagu tersebut dan nyanyi. Kalau kita latih suara kita betul2, suara kita akan naik mungkin 2 atau 3 key lebih tinggi dari “natural” key kita. Tapi semua ni akan memakan masa kurang2 pun 5 ke 7 tahun. Kerana suara bukan mesen. Kita kena latih dan mantapkan bukan setakat “menjerit” atau asal jadi sahaja.

4. Sebelum menyanyi, “warm-up” dulu. Boleh rujuk dalam banyak site internet macamana nak buat. Kalau kita betul2 nak menyanyi, dan kita ada hajat nak dapatkan suara macam Michael Kiske misalnya, warm-up sangat penting untuk menjaga kesihatan kotak suara.

5. Jangan paksa suara kita jika kotak suara belum bersedia. nanti mudarat.

6. Buat latihan pernafasan begini selalu: tarik nafas dengan perut (tolak diafram keluar bukan kedalam) dalam2, tahan dalam 10 saat, lepaskan perlahan2 (sanat perlahan), dan jangan bernafas untuk 10 saat lagi. Ulang beberapa kali. Insya Allah nafas tuan2 akan “balance” bila menyanyi.

7. Jangan makan makanan yang boleh merosakkan vokal; Ais (paling penting dielak) dll lah. Kalau dapat, jangan hisap rokok, selalu senaman.

8. sebelum menyanyi, makan sup daging ke, dan cari lada sikiiit (tok sah sebiji lak!) dan kunyah, telan. Ada orang dia suka amalkan minum air asam jawa. Memang bagus benda ni untuk suara. Satu lagi, bila bangun tidur, cuba masukkan air dalam hidung sampai ke dalam. tahan sekejap, dan keluarkan. Insya Allah amalan ni akan beri “tone” yang mantap pada suara tuan. Berenang satu lagi amalan yang baik untuk seni suara. Air suam jadikan amalan jugak.

9. Cuba dapatkan satu alat yang nama dia “metronome”. Ada jual kat kedai2 musik lah kot. Benda ni kerja dia mengajar kita mengawal “beat” atau “detik” dalam kita menyanyi atau main apa2 pun alat musik lah. Benda ni akan latih kita mengawal suara, sama dengan musik yang dimainkan. Kalau tidak, kita rasa kita menyanyi ok tapi sebenarnya terlebih laju, atau terkurang laju dll lah. mula2 memang macam kelakar guna benda ni, tapi adatlah, kita belajar.

10. Jangan minum atau makan makanan sejuk selepas menyanyi. Nanti kotak suara “terkejut”. Banyak buruknnya untuk jangka masa panjang.

11. Jangan menyanyi selepas bangun tidur. Kotak suara belum bersedia untuk itu.

dll lah.

paling penting, kena sabar kerana suara itu suatu yang amat unik. Latih hari2, jangan paksa kotak suara, insya Allah, ada hasilnya…

Wallahua’lam.
Dicatat oleh Azhariman

 

Memang padu bila Khai Bahar nyanyi lagu Di Penjara Janji, Part tarik tu perhh!

Penyanyi popular Khai Bahar menyangkal dakwaan dia menolak untuk menyertai program realiti Big Stage kerana merasakan dirinya sudah mempunyai nama besar berbanding peserta lain.

Sebaliknya kata Khai, jadualnya yang padat sehingga April tahun hadapan menyebabkan dia terpaksa menolak menyertai pertandingan itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah.

“Jujurnya kalau jadual saya tidak penuh memang saya ingin menyertai program itu kerana saya juga masih artis baru.

“Ada tawaran tetapi malangnya saya tidak boleh memberikan komitmen kerana jadual sudah padat dengan aktiviti lain yang terlebih awal datang,” katanya.

Dalam pada itu, Khai berkata, dia tidak pernah meletakkan dirinya dalam kalangan penyanyi gred A hanya kerana populariti diraihnya ketika ini.

Sebaliknya kata Khai, dia sentiasa merendah diri dengan apa yang diraihnya ketika ini dan kejayaannya itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan sokongan peminat-peminatnya.

“Seperti saya katakan, saya masih baru lagi dan banyak perlu saya pelajari… Soal meletakkan diri ke tahap lebih tinggi tidak pernah timbul.

“Sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi juga membuatkan saya masih di sini dan merekalah pemangkin semangat saya untuk terus bekerja keras,” jelasnya.

Sumber : Mstar

Memang padu bila Khai Bahar nyanyi lagu Di Penjara Janji, Part tarik tu perhh!

Lagu Jampi versi adik comel, Amboi amboi dia punya feeling

(Video penuh adik comel nyanyi lagu Jampi ada dibawah)

Penyanyi Hael Hussaini yang popular dengan lagu Jampi mengakui terpaksa menolak permintaan beberapa artis yang mahukan lagu ciptaannya.

Hael berkata, dia menolak bukan kerana memilih artis sebaliknya, memerlukan sedikit masa untuk menghasilkan sesebuah lagu mengikut karakter penyanyi berkenaan.

“Secara jujurnya memang ada permintaan buat lagu saya terpaksa tolak kerana tidak mahu tergesa-gesa dan gelojoh untuk menghasilkan sesuatu karya.

“Jadi jika ada yang mahu dalam tempoh masa cepat saya terpaksa tolak.

Selain itu, katanya, dia tidak mempunyai simpanan lagu terbaik untuk diri sendiri mahupun khas untuk mana-mana penyanyi istimewa.

“Saya tidak simpan lagu yang baik untuk diri sendiri, semua yang saya buat mengikut suara artis itu sendiri. Lagu Dia sesuai dengan vokal Dayang Nurfaizah, Nisan Cinta untuk Siti Nordiana dan Jaclyn Victor, manakala Pematah Hati memang khas untuk Nabila Razali.

“Tak mungkin saya nyanyi lagu ‘Cumi-Cumi’ sebab tidak sesuai pula,” ujarnya.

Sumber : Mstar Online

Lagu Jampi versi adik comel, Amboi amboi dia punya feeling

10 koleksi kegempakan cerita bollywood, Mintak tolong jangan gelak sorang2

(Saksikan Video penuh dibawah)

Tarian, nyanyian , lakonan yang mantap serta persembahan jalan cerita yang penuh gramatis menjadi satu simbolik bagi filem Bollywood. Jadi, sebagai penggemar tegar filem hindi , adalah menjadi satu kewajipan untuk menonton 10 filem yang dipaparkan ini dimana turut menjadi sebutan masyarakat Malaysia hari ini.

1.Kuch Kuch Hota Hai

Sebuah filem hindi yang cukup terkenal dan menjadi ingatan orang ramai walaupun sudah 17 tahun berlalu. cerita yang mengisahkan percintaan dua orang sahabat karib gandingan Shah Rukh Khan , Kajol dan Rani Mukherji. Filem ini sangat memberi kesan yang besar dan juga masih lagi hangat ditayangkan di kaca televisyen pada hari ini.

2.Kabhie Kushi Kabhie Gham

Percintaan, kekeluargaan dan konflik antara dua darjat yang berbeza. Satu filem yang sangat bagus untuk tontonan seisi keluarga. Memaparkan hubungan kasih sayang kekeluargaan yang sangat kuat dan istimewa bak kata pepatah air dicincang takkan putus. Filem ini juga memberi input yang sangat berguna kepada masyarakat.

3. Tareer Zamen Paar

Filem yg mengisahkan seorang budak bernama Ishan. Dia mempunyai masalah dalam pembelajaran dimana apabila dia melihat huruf atau abjad, dia melihat terbalik. Sampailah satu masa, cikgu seni baru datang dan segala-galanya berubah. Filem ini baik dan sesuai ditonton oleh keluarga. Terdapat beberapa pengajaran terselit dalam cerita ini. Pasti tidak menyesal menonton filem ini.

4. My Name Is Khan

Filem ini membuka mata kita tentang mengangkat islam di mata barat. Cerita yang penuh bermain dengan emosi, perlakuan sikap rasis Amerika terhadap islam yang sangat menyentuh hati. Mengisahkan tentang islam,percintaan dan pengorbanan yang sangat besar. Wajib tonton “ nama saya Khan, saya islam, BUKAN pengganas”.

5. Devdas

Jalan cerita yang sangat merudum hati. Kisah cinta yang penuh kedukaan dan pengorbanan. Mengisahkan tentang cinta terlarang Paro dan seorang pelacur, Chandramukhi terhadap seorang lelaki yang bernama Dev. Pengakhiran cerita yang cukup tragis.

6.Kal Ho Naa Ho

Filem cinta tiga segi yang membuat semua penonton menangis. Cerita yang berkisarkan persahabatan antara Shah Rukh Khan dan Saif Ali Khan yang mencintai wanita yang sama iaitu Preity Zinta. Namun, Shah Rukh Khan tidak mampu untuk melengkapkan kisah cintanya kerana menderita penyakit barah. Dia membuat keputusan untuk korbankan cintanya untuk membantu Saif mendapatkan cinta Preity Zinta.

7. Dil To Pagai Hai

Filem yang mula meletop pada sekitar tahun 1998. Cerita tentang cinta tiga segi antara Shah Rukh Khan, Karisma Kapoor dan Madhuri Dixit. Konflik mula muncul apabila Madhuri mula jatuh cinta dengan Shah Rukh Khan.

8. Hum Dil De Chuke Sanam

Filem super hit karya Sanjay Leela Bhansali mengisahkan Aishwarya Rai dari keturunan keluarga seni muzik jatuh cinta dengan seorang lelaki yang datang ke rumahnya untuk belajar muzik. Namun cinta mereka dihalang oleh keluarga Aishwarya akibat perbezaan budaya adat dan agama. Aiswarya Rai kemudian dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya sendiri iaitu Ajay Devgan. Pengorbanan suami terhadap isterinya untuk bertemu dengan kekasih sejati menyedarkan Aiswarya Rai cintanya yang sebenar adalah kepada suaminya.

9. Mohabbatein

Filem Mohabbatein adalah sebuah filem yang mengisahkan tentang 3 orang remaja yang bersekolah di Sekolah paling berprestij di India iaitu Gurukul. Cinta 3 jejaka tersebut hampir sahaja terputus kerana peraturan Sekolah Gurukul yang sangat ketat, yang melarang semua pelajar untuk tidak bersifat romantik. Namun, kedatangan guru muzik, Raj Aryan mengubah segala peraturan di Gurukul. Tanpa disedari oleh Narayan, Raj Aryan adalah kekasih anaknya iaitu Megha yang telah meninggal dunia kerana cintanya pada Raj Aryan.

10. Dilwale Dulhaniya Le Jayenge

Filem yang diistiharkan blockbuster sepanjang masa hasil karya Aditya Chopra berjaya meraih pelbagai anugerah dan hasil kutipan sebanyak 2.6 juta diseluruh dunia. Cerita yang mengisahkan percintaan anak muda yang ditentang oleh keluarga perempuan. Gandingan dan lakonan yang hebat Shah Rukh Khan dan Kajol Berjaya memberi impak yang besar kepada penonton.

Sumber : Era je

koleksi kegempakan cerita bollywood, Mintak tolong jangan gelak sorang2

Nak bagi pickupline ni time sedih pun boleh hahaha

 

(Video dibawah)

 

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak
Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

 

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

 

Persembahan kreatif budak sekolah zaman sekarang.. Kelakar dan terhibur.

 

(video dibawah)

 

Kesilapan Terburuk Remaja Zaman Sekarang
Zaman remaja memang mengasyikkan. Pada waktu inilah anda berada pada usia yang baru nak meningkat naik ke alam dewasa. Pada masa yang sama, waktu inilah juga di mana anda perlu mula merancang untuk kehidupan yang lebih baik atau terus bersukaria. Ada 13 kesilapan terburuk zaman remaja yang kerap berlaku apabila seseorang itu melangkah ke alam remaja.

Bahagian yang terbaik pada usia remaja ini boleh ditentukan sekiranya anda dapat mengenalpasti bagaimana nak berdepan dengan situasi dunia yang sebenar. Pilihan yang kurang tepat boleh mengakibatkan ia berkekalan dalam masa yang panjang, contoh yang paling mudah ialah tidak membuat simpanan wang yang mudah diabaikan.

Nasihat yang ditulis berkaitan 13 kesilapan terburuk zaman remaja ini dihimpunkan dari golongan usahawan dan penulis-penulis mutiara kata berbentuk nasihat. Ini adalah himpunan kesilapan terburuk yang perlu dielakkan bagi mengembangkan ciri-ciri profesional dan hidup secara positif.

1. Menyangka pendidikan dan bakat sudah cukup untuk berjaya
Bakat semulajadi, kebijaksanaan dan ijazah dari universiti elit sudah cukup bagus untuk dimiliki. Tetapi itu semua bukanlah jaminan untuk anda mendapatkan kerja yang terbaik. Ia semua tak bermakna untuk dibandingkan dengan kerja keras.
Apabila anda sudah beransur tua, anda akan sedar bahawa anda tidak lagi boleh bersukaria seperti di kolej atau universiti. Aktiviti keluar minum di waktu malam boleh menjadi sesuatu yang tidak sihat. Terlibat dengan gejala rokok, vape dan diet yang tidak sihat boleh mendorong kepada gejala sosial.

2. Tidak mula menyimpan wang
Hasil tinjauan terhadap 1,000 orang secara rawak, 69% daripada mereka yang berumur 18 hingga 29 tahun tidak membuat simpanan persaraan. Memang benar waktu persaraan masih jauh, namun langkah menyimpan wang untuk persaraan adalah untuk diri anda sendiri.
Jika anda tidak melakukannya hari ini, pasti anda tidak dapat menentukan kepentingannya di kemudian hari. Anda tidak perlu membuat simpanan yang terlalu tinggi sebagai permulaan, jadi mulakanlah dengan jumlah yang kecil dahulu. Kemudian tingkatkan ia sedikit demi sedikit.

3. Sangat gembira dengan wang
Pembayaran gaji atau cek boleh membuat anda gembira, tetapi anda harus tahu bahawa lebih banyak kegembiraan yang lebih bermakna berbanding wang. Lama kelamaan anda akan mula berasa kesal kerana mengejar wang berbanding dengan mengejar kejayaan anda.

4. Putus asa bila cabaran semakin sukar
Putus hubungan dengan teman lelaki atau teman wanita, dipecat dari kerja dan lingkup dalam bisnes boleh menghanguskan impian anda bila ia berlaku untuk kali pertama. Daripada anda terus berputus asa atau mensasarkan target yang lebih rendah dilain kali, gunakan kegagalan anda sebagai peluang untuk belajar dan memperbaiki diri anda. Remaja zaman sekarang.

5. Membiarkan orang lain membuat keputusan
Bila anda baru hendak memulakan karier anda dan masih belum pasti mana arah yang nak dituju, barangkali anda akan membiarkan orang lain memilih jalan untuk anda. Usah biarkan pendapat orang lain mempengaruhi cita-cita anda. Jika orang lain yang menentukan kerjaya anda, maka anda sampai bila-bila akan bergantung pada orang lain.

6. Kurang sabar
Anda tidak perlu berkahwin terlalu awal. Bersabarlah sementara kerjaya anda baru nak bernafas. Fokus pada rancangan semasa. Jika hendak berkahwin sekali pun anda tetap perlukan persediaan wang, tempat dan masa. Jika masih belum mampu tangguhkan dulu perkahwinan anda.
Ada juga yang mahu memiliki kereta. Baru keluar universiti sudah merancang untuk membeli kereta baru. Bukan jenama tempatan jadi pilihan, tapi jenama dari luar negara. Memiliki kereta memang semudah ABC, tapi untuk kos minyak, tol dan selenggara bulanan boleh membocorkan poket anda.
Carilah pengangkutan yang bukan sekadar mampu milik, tapi mampu bayar, mampu jimat dan mampu selenggara. Bukan sekadar jadi hiasan di mata orang tapi diri sendiri terpaksa ikat perut. Nak hantar wang pada ibu bapa pun berkira. Silap percaturan anda yang minta duit pada mereka.

7. Mahu puaskan hati semua orang
Berkawan dengan rakan sekolah, rakan sekolej atau rakan sekerja boleh memberi manfaat kepada anda. Namun bukanlah sepanjang masa anda boleh bersama dengan semua orang. Sebaik sahaja anda mula bekerja, sudah menjadi kebiasaan untuk anda berkawan dengan majikan, rakan sekerja, pelanggan dan pekerja di bawah anda.
Daripada anda terasa hati dengan seseorang yang tidak sukakan anda, terima sahaja dan jalan terus. Jika ada seseorang yang membenci anda, itu adalah sesuatu yang normal. Hentikan kerisauan tentang perkara tersebut dan buat sahaja kerja anda.

8. Setiakawan akan kekal selamanya
Adakah rakan sekolah dan sekolej akan menjadi rakan baik sepanjang hidup anda? Belum tentu lagi. Sebahagian besar dari mereka akan hidup di alam keluarga sendiri. Bila rakan anda sudah tidak tinggal di daerah yang sama, anda akan sedar siapa yang lebih penting dalam hidup anda dan berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan mereka.

9. Berpindah ke suatu tempat akan selesaikan masalah
Mengembara dan tinggal di suatu tempat boleh menambah pengalaman. Harus diingat ia adalah aktiviti yang memerlukan kos wang dan masa. Pada usia 20an adalah waktu yang terbaik untuk anda untuk mencari makna dan arah kerjaya anda. Carilah kerja atau bisnes yang boleh memberikan anda peluang untuk menjana wang dan mengembara sekaligus.

10. Menjarakkan hubungan sesama sendiri
Penting untuk anda membina hubungan dengan rakan sekolej dan rakan dari industri yang berbeza. Tinggal tetap dalam sesuatu bidang hanya akan berputar di dunia sendiri. Usahakanlah untuk keluar dari kepompong kebiasaan.
Orang di sekeliling anda boleh memberi impak secara langsung terhadap kejayaan dan kegagalan anda. Kesannya boleh dilihat dari cara anda berpakaian dan berapa banyak latihan yang anda buat. Jika anda mahu hidup dalam kejayaan dan kegembiraan, anda perlu menguasai pembinaan hubungan dengan orang baik yang menghormati anda dan lepaskan hubungan dengan orang yang negatif.

11. Mencari jodoh yang sempurna
Anda takkan jumpa jodoh yang sempurna. Jodoh yang anda mahukan tidak akan wujud melainkan anda sendiri yang berusaha untuk mencapai jodoh tersebut. Ada remaja yang mengambil keputusan untuk bersendirian pada usia 20an. Yang lain sudah mula mencari orang yang tepat untuk dikahwini.
Sebahagian yang lain hanya berfantasi untuk hubungan yang tidak serius. Ketahuilah hubungan perkahwinan yang bermakna memerlukan dedikasi dan usaha dalam jangka masa yang panjang. Pengorbanan haruslah dilakukan dari masa ke semasa dan bukan sekali sekala.

12. Merancang setahun lebih awal
Adalah sukar untuk menjangkakan bila anda akan berkahir dan apa yang anda mahu lakukan. Elakkan daripada terlalu bergantung pada perancangan gila untuk tempoh 5 tahun. Carilah matlamat yang boleh dicapai dalam masa yang singkat.

13. Mereka fikir hanya merekalah yang berusaha
Mereka yang berusia 20an masih perlu berusaha untuk bekerja keras membina kerjaya sendiri. Anda akan lihat rakan-rakan anda yang lain lebih berjaya berbanding anda. Sebenarnya tidak, setiap orang akan sentiasa berusaha untuk berjaya dan mengekalkan kejayaan.

Kesimpulannya, anda perlu buat keputusan dengan matang. Pastikan keputusan yang dipilih akan memberi kebaikan kepada anda dan keluarga. Seperti kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna”. Moga perkongsian kesilapan remaja zaman sekarang ini dapat membuka mata anda. Agar anda mampu membuat keputusan yang lebih baik.