Buriram Juara Liga Thailand

Selepas mengalami kemerosotan prestasi musim lalu dan kehilangan gelaran juara liga Thailand, Buriram United kembali menjulang kejuaraan tersebut.

Ini selepas mereka mengesahkan kejuaraan awal selepas kemenangan besar 4-0 ke atas Police Tero di laman sendiri Thunder Castle, I Mobile Stadium iaitu gelanggang Malaysia bertemu Korea Utara.

Kejayaan ini merupakan kali kelima mereka menjulang kejuaraan liga utama Thailand.

Juara Liga Thailand.

Musim hadapan, mereka akan kembali bermain di peringkat kumpulan Liga Juara Juara Asia (ACL) sejak kali terakhir pada 2016.

Mereka memperoleh wang kemenangan liga sebanyak 10 baht iaitu kira RM 1 juta lebih.

Marcote Sedia Kembali Bersama Kedah

Bekas pengendali sementara Kedah, Ramon Marcote mengakui beliau bersedia untuk kembali membimbing Kedah.

Beliau yang pernah membawa Kedah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 berkata demikian kepada Berita Harian!

Walaubagaimanapun, Marcote mengakui tidak mahu terlalu terburu buru untuk membuat keputusan.

Bagi beliau, kembali bersama KFA merupakan satu penghargaan untuk beliau.

“Saya kini bersedia melatih Kedah jika mendapat tawaran dari pihak KFA namun setakat ini saya masih belum menerima apa apa tawaran.

“Melihat kepada cabaran yang akan dihadapi Kedah pada musim 2018, saya bersedia menerima tawaran jika diberi peluang kembali ke Kedah, namun pada masa yang sama saya tidak tidak perlu tergesa gesa.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan mengenai prestasi pasukan Kedah dalam liga Malaysia dan saya menganggap satu penghargaan jika benar pihak Persatuan Bolasepak Kedah mahu kembali mendapatkan khidmat saya.

“Saya kini bebas dan tidak terikat dengan mana mana pasukan, jadi saya sedia kembali ke Malaysia kerana ia adalah satu yang menarik buat saya,” kata beliau.

Sumber – Berita Harian