Ong Kim Swee Dan Malaysia B23 Babak I

Bukan mudah perjalanan Datuk Ong Kim Swee dalam beberapa musim kebelakangan ini. Beliau daripada seorang pemacu kejayaan skuad negara kepada seorang yang gagal menterjemahkan sesuatu.

Pada 2011, beliau cemerlang mempertahankan emas Sukan SEA yang di julang skuad negara pada tahun sebelumnya. Namun edisi 2013 dan 2015 selepas itu, beliau gagal mengulangi perkara tersebut.

Sehinggakan pada 2015, barisan skuad Malaysia B23 terbahagi kepada dua dengan satunya di bawah kendalian Razip Ismail bagi kelayakan AFC B23 dan satu lagi di sandang Kim Swee bagi menyediakan skuad Sukan SEA.

Kegagalan dalam Sukan SEA 2015 bukanlah penamat bagi beliau. Awal tahun 2016, Kim Swee di umumkan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baru bagi menggantikan Dollah Salleh yang meletak jawatan setelah kekalahan memalukan 0-10 kepada UAE.

Rekod Kim Swee bersama Harimau Malaya tidak menemui sasaran di tetapkan. Malaysia tersingkir seawal peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFF 2016 sehingga ramai yang mengkritik dan mahu pengendali berasal dari Melaka itu berundur.

Peralihan kuasa pentadbiran baru FAM, ramai yang menjangkakan Kim Swee bakal di gugurkan. Namun presiden baru, Tunku Ismail mempunyai pemikiran tersendiri, beliau menurunkan pangkat Kim Swee kembali mengemudi Malaysia B23 menggantikan Frank Berhandt.

Tunku Ismail memberi ruang kepada beliau untuk melatih kembali skuad B23 negara selepas di turunkan pangkat daripada mengemudi skuad kebangsaan. Ini boleh di katakan peluang kedua bagi beliau.

Hasilnya, beliau berjaya menemui DNA tersendiri iaitu bermain tiga pertahanan dan kejayaan pertama beliau ialah membawa Malaysia B23 layak secara merit ke kejohanan AFC B23 selepas menjadi juara kumpulan ketika kelayakan.

Skuad negara menewaskan Indonesia 3-0 sebelum di tewaskan Thailand dengan keputusan sama dan mengesahkan kedudukan automatik dengan menumpaskan Mongolia 2-0 dalam aksi terakhir kumpulan.

Skuad negara ketika itu menghadapi pelbagai liku kerana terpaksa melupakan hasrat membawa beberapa pemain utama kerana tidak mendapat pelepasan pasukan masing masing.

Tiba masanya Sukan SEA 2017 di mana Malaysia menjadi tuan rumah. Sasaran utama ketika itu ialah memburu ibu segala emas dalam kejohanan tersebut. Skuad negara cemerlang melangkah ke perlawanan akhir.

Lebih manis, anak buah Kim Swee melenyapkan ‘cakap banyak’ seteru utama Indonesia di separuh akhir hasil tandukan padu N. Thanabalan ke gawang mereka. Malangnya dalam aksi akhir skuad negara tumpas kepada juara bertahan Thailand 0-1.

Kita akan menyambung artikel ini dalam babak kedua yang akan di siarkan nanti. Jadi nantikan Babak kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *