Memahami Ekspektasi Yang Bakal Di Hadapi Tan Cheng Hoe

Sejak enam bulan lalu ataupun lebih kurang setahun ini, entah di mana silapnya apabila bolasepak Malaysia masih gagal membutirkan sebarang kemenangan.

Berkata dalam konteks pasukan senior, armada yang di terajui lelaki putih dari Portugal iaitu Nelo Vingada mempamerkan prestasi terburuk mereka.

Lebih memeritkan, penyokong Malaysia terpaksa membaca hakikat bahawa kita berada di ranking bolasepak paling teruk pernah di diami iaitu di 174 dunia FIFA.

Kelmarin, kita di hiaskan dengan berita pengunduran ‘The Professor’ daripada kerusi ketua jurulatih ‘Harimau Malaya’ selepas beliau mengakui bertanggungjawab dengan prestasi hambar di pamerkan.

Tidak sempat kita membuat ramalan mengenai siapa penggantinya, Persatuan Bolasepak Malaysoa (FAM) pantas menaikkan ‘pangkat’ Tan Cheng Hoe.

Daripada hanya sebagai pembantu jurulatih, beliau kini boleh berasa bangga apabila di pilih menerajui armada yang di tinggalkan dalam kesuraman.

Pengendali berusia 49 tahun ini merupakan individu yang disiplin dan penuh dengan idea bolasepak moden di dalam mindanya. Lihat sajalah daripada 2014 sehingga 2017, beliau berjaya membentuk pasukan Kedah yang terbaik.

Boleh di katakan beliau adalah satu satunya jurulatih tempatan yang pakar tentang bolasepak moden.

Kini tanggungjawab beliau lebih besar dan berat. Penulis menggariskan beberapa ekpektasi yang bakal beliau hadapi selaku pemilik kerusi ketua jurulatih ‘Harimau Malaya’.

Tan Cheng Hoe ambil alih

1. Kritikan Penyokong

Sebutlah dari zaman siapapun, pengendali kebangsaan tidak pernah lari daripada di serang dengan kata kata oleh penyokong.

Segelintir penyokong ini di lihat terlalu mahukan perubahan segera dalam bolasepak Malaysia sedangkan mereka tidak tahu masalah dalam membentuk skuad ampuh itu.

Jadi, Tan Cheng Hoe perlu tenang dan tidak melatah menghadapi situasi ini. Beliau perlu tidak terlalu melayan dan terus fokus dengan perancangannya.

2. Memperbaiki Ranking Malaysia

Berada di ranking ke 174 dunia ketika ini, penyokong sudah pastinya terus mengharapkan Cheng Hoe untuk mengubah senario tersebut.

Beberapa perlawanan persahabatan Kelas A boleh di atur Cheng Hoe untuk menaikkan kembali ranking skuad negara yang ketika ini di bawah Kemboja! Ya Kemboja!

Antara perlawanan yang boleh di atur ialah bertemu dengan negara yang setaraf dengan Malaysia namun berada di ranking jauh lebih tinggi seperti Nepal di tangga 170 dan Taiwan di 135.

3. Menang Piala AFF 2018

Ibarat Piala Dunia bagi seantero Asia Tenggara, semua penyokong Malaysia mengidamkan kejuaraan untuk kali kedua.

Menang di kejohanan ini bermaksud skuad negara adalah yang paling kuat di rantau ini dan sudah bersedia untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Cheng Hoe memerlukan resipi terbaik untuk beliau mencuri hati penyokong Malaysia dengan menjulang kejuaraan ini sebagai ketua jurulatih jika sebelum ini beliau menjulangnya sebagai penolong Datuk K. Rajagobal pada 2010.

4. Masalah Penyerang!

Fakta tidak pernah menipu. Kesemua ketua jurulatih Malaysia sentiasa mempersoalkan kesukaran mencari penyerang di Liga Malaysia.

Bukan kerana kepupusan, tetapi kerana rata rata pasukan sudah menggunakan khidmat penyerang import sebagai tunjang mereka.

Jadi peluang memburu penyerang tempatan sudah menjadi terhad untuk di serap ke dalam skuad kebangsaan. Akibatnya, pengendali kebangsaan terpaksa memandang rekod lama.

Jadi Tan Cheng Hoe perlu mencari solusi beliau tersendiri untuk menyelesaikan isu ini.

Rumusan !

Sebagai penyokong, penulis mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas pemilihan beliau.

Berharap beliau mampu mengembalikan sengat dalam skuad negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *