Kim Swee Pening Kepala Pilih Pemain

Ketua jurulatih Malaysia B23, Datuk Ong Kim Swee mengaku beliau berhadapan kesukaran dalam memilih 26 pemain untuk di bawa ke Korea Selatan pada Sabtu ini.

Berkata kepada Berita Harian, Kim Swee berkata kesemua pemain yang berada dalam kem kebangsaan mempamerkan persaingan sengit.

Jadi beliau pening kepala untuk memilih pemain yang perlu di letakkan dalam senarai 26 pemain.

Dengan baki tiga hari untuk membuat pilihan, Kim Swee juga bakal menjadikan pertemuan dengan Melaka United pada Khamis ini sebagai medan memilih pemain.

“Saya harap tempoh latihan (di Kuala Lumpur) tiga hari lagi kami mampu mencapai sasaran yang diinginkan termasuk dari aspek kecergasan dan sistem permainan.

“Semua pemain berusaha gigih dan ia menyukarkan saya membuat pilihan. Pemain B-19 juga dilihat cuba menunjukkan sesuatu untuk disenaraikan dalam skuad dan buat masa ini saya belum membuat sebarang keputusan.

“Saya perlu memilih 26 pemain untuk ke Korea Selatan. Selepas persiapan di sana, saya akan senaraikan 23 pemain untuk ke China (bagi mengharungi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018),” katanya.

Di Mokpo, Korea Selatan, skuad negara akan menjalani latihan selain tiga aksi persahabatan dari 22 hingga 28 Disember.

Kemudian skuad negara akan bertemu bertemu negara yang beraksi dalam saingan AFC B23 sebagai aksi persahabatan pada 5 Januari di Nanjing, China sebelum tiba di Changsu pada 6 Januari.

Kim Swee turut mengulas mengenai kecederaan beberapa pemain seperti Daniel Ashraf Abdullah dan Adam Nor Azlin.

“Ia kecederaan lama yang dihadapi Daniel. Adam Nor Azlin pula mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan beberapa hari untuk pulih manakala Matthew Davies akan kembali menjalani latihan bersama pasukan,” katanya.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *