Kim Swee Mahu Rangka Perancangan Seterusnya

Pengendali Malaysia B23, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dalam kejohanan AFC B23 di mana perjalanan skuad negara tamat di suku akhir.

Beliau turut mengakui begitu kagum dengan prestasi yang di pamerkan para pemainnya ketika bertemu Korea Selatan. Dalam aksi tersebut, skuad negara berjaya menggugat Korea daripada mencapai kemenangan mudah.

Bagi beliau, corak permainan yang di pamerkan skuadnya perlu di teruskan untuk masa masa akan datang malah lebih di perluas, lapor Berita Harian!

“Satu kempen yang cukup mencabar dan dalam masa sama satu pengalaman dan pendedahan yang baik di mana kita bukan saja melepasi peringkat kumpulan tetapi juga menunjukkan satu prestasi cukup baik ketika beraksi dengan Korea Selatan di suku akhir.

“Saya berharap kita dapat kekalkan corak permainan yang diinginkan bukan saja untuk pasukan bawah 23 tetapi juga perlu lihat pada skop yang lebih besar selepas ini,” kata Kim Swee kepada media.

Skuad muda negara itu bakal menghadapi satu lagi kejohanan besar pertengahan tahun nanti iaitu Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia.

Beliau juga berkemungkinan akan mengumpul para pemain dalam kalendar FIFA nanti bagi meneruskan latihan.

Walaubagaimanapun, Kim Swee akan memutuskan segala perancangan apabila beliau menghadap pengurusan FAM.

“Kalau mengikut jadual, kita ada Sukan Asia yang akan datang dan kemungkinan pada tarikh FIFA, saya akan panggil beberapa pemain dan pada masa sama perlu berbincang dengan pihak pengurusan.

“Saya akan mengadap Presiden (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) untuk berbincang secara terperinci mengenai program akan datang. Kita ada program jangka pendek dan jangka panjang.

“Kita akan lihat kedua-duanya sekali, ia akan memberi situasi menang-menang. Kita tak boleh melupakan program jangka pendek dan begitu juga sebaliknya. Biar saya berbincang dengan pihak pengurusan dulu,” ujarnya.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *