Harimau Malaya Perlu Segera Bangkit

| |

afiq harimau malayaPerancang tengah skuad kebangsaan, Afiq Fazail menegaskan Harimau Malaya perlu segera melupakan kekalahan 1-4 kepada Korea Utara pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, malam tadi.

Pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjelaskan mereka perlu bangkit pada perlawanan kedua berdepan Korea Utara di gelanggang sama pada Isnin ini.

“Memang ada perbezaan antara corak permainan mereka (Korea Utara) dengan kami terutama dari aspek teknik pemain mereka yang sememangnya lebih baik.

korea utara 3“Apapun, untuk perlawanan kedua nanti kami perlu tampil dengan persembahan lebih mantap dan beraksi sebagai satu pasukan bagi menebus kekecewaan malam tadi,” katanya.

Kekalahan ketiga yang dialami Harimau Malaya dalam kempen kelayakan menyaksikan peluang untuk mara ke pusingan akhir kejohanan tertinggi Asia itu semakin samar selepas hanya mengumpul satu mata dan terperosok di kedudukan terbawah Kumpulan B.

Afiq yang pertama kali dipanggil menyertai Harimau Malaya diberi penghormatan oleh jurulatih Nelo Vingada tersenarai dalam kesebelasan utama.

Pemain berusia 23 tahun itu bagaimanapun mengakui gagal memberi persembahan terbaik untuk membantu Harimau Malaya mendapat keputusan lebih positif pada aksi malam tadi.

korea utara 2“Memang saya beraksi tidak beraoa bagus malam tadi, tapi saya dapat pengalaman baru apabila bermain dengan pemain lebih senior, malah di peringkat antarabangsa.

“Saya kena belajar banyak perkara lagi untuk berada setaraf dengan pemain hebat di peringkat tertinggi. Apapun, saya teyap yakin kami sebenarnya mapu beraksi lebih baik,” katanya.

Sumber: Berita Harian | Foto: Naim Mahamud / www.asiana.my

Previous

Almeida Mahu Bawa Melaka Ke Prestasi Terbaik

Pulau Pinang juara Piala Emas Raja-Raja

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!