Beto Akui Belum Rezeki Beliau Bersama Skuad Negara

| |

Pemain muda Perak, Khairul Anuar Zamri ataupun nama gelarannya ‘Beto’ mengakui beliau kecewa selepas di gugurkan daripada skuad ke kejohanan AFC B23 lapor Berita Harian!

Beliau sebelum ini turut di gugurkan daripada skuad negara ketika beraksi dalam saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur pertengahan tahun lalu.

Namun, Beto menganggap bukan rezeki beliau untuk berada dalam skuad yang akan membawa cabaran negara di Nanjing, China tahun hadapan.

“Perasaan memang amat kecewa sebab sudah dua kali saya digugurkan daripada kejohanan besar. Saya tak tahu mana salah saya atau memang saya tak bagus.

“Mungkin tiada rezeki dan saya belum cukup bagus untuk mewakili negara,” katanya yang turut digugurkan daripada skuad Sukan SEA Ogos lalu.

Beliau juga akur dengan kenyataan pengendali Malaysia B23, Datuk Ong Kim Swee yang menyatakan punca beliau di gugurkan adalah kerana masalah kecederaan.

Tumpuan beliau kini adalah kembali menyertai latihan bersama Perak untuk mengharungi musim mencabar pada 2018.

“Kalau jurulatih (Kim Swee) sudah kata macam itu (kecederaan lama saya masih belum pulih), ia mungkin juga. Tapi bila sampai sini (Korea Selatan) saya rehat dua hari sebab ketegangan lutut dan ia bukan kecederaan lama.

“Perancangan seterusnya saya akan balik ke pasukan Perak untuk menjalani latihan pramusim dan akan memberi tumpuan 100 peratus untuk mengharungi musim 2018,” ujar Khairil.

Sumber – Berita Harian

Previous

Sathia Yakin Pasukannya Mampu Mencabar Liga Perdana

Tolak Tawaran Lain, Raimi Sertai Pulau Pinang

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!