AFC B23 : Malaysia Calarkan Ego Arab Saudi

Malaysia mencipta sejarah tersendiri malam ini selepas tamat 90 minit aksi antara skuad negara dengan Arab Saudi.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee berjaya menjulang nama Malaysia dengan melangkah ke suku akhir kejohanan Piala Asia B23.

Permulaan perlawanan, skuad negara tidak boleh kalah dan seri, mereka wajib menang sambil mengharapkan Jordan tewas.

Misi yang sukar perlahan lahan di lalui skuad negara dengan mengalami kekalahan besar 1-4 kepada Iraq dan mengikat Jordan 1-1.

Saingan yang di berikan Harimau Malaya kepada Arab Saudi akhirnya membuahkan hasil pada minit 26. Bintang tengah Felda United, Danial Amer merembat masuk bola hasil kealpaan pertahanan Arab Saudi.

Skuad negara selepas itu bertahan dengan cemerlang dan berjaya mematahkan segala asakan pasukan lawan.

Semua unit skuad negara bertahan dengan satu jiwa demi menggapai hasrat rakyat Malaysia.

Minit 90, skuad negara akhirnya mengesahkan kemenangan mereka sekaligus muncul pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara yang layak ke suku akhir kejohanan tersebut.

Tahniah Harimau Malaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *