AFC B23 : Apa Yang Kami Lihat?

Perjalanan Malaysia di dalam kejohanan AFC B23 akhirnya berakhir petang tadi selepas tumpas tipis 1-2 di tangan jaguh asia, Korea Selatan.

Banyak perkara positif dapat di lihat daripada skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee pada kejohanan yang mereka layak secara merit buat pertama kali ini.

Mereka telah mempamerkan peningkatan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan. Jadi kami menyenaraikan perkara yang kami lihat daripada prestasi skuad negara kali ini.

1. Menjaringkan Gol Setiap Perlawanan

Satu fakta yang boleh di sifatkan sebagai jentera serangan skuad negara mempunyai penyudah yang bagus juga.

Skuad negara menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dengan Safawi Rasid muncul penjaring terbanyak dengan dua jaringan. Selain itu, Daniel Amer dan N. Thanabalan juga cemerlang mencetak gol.

Berikut merupakan senarai perlawanan skuad negara sepanjang kempen :

Iraq 4-1 Malaysia, Malaysia 1-1 Jordan, Arab Saudi 0-1 Malaysia dan Korea Selatan 2-1 Malaysia.

2. Akhyar Pemain Termuda Dalam Perlawanan

Pemain sayap lincah, Akhyar Rashid begitu cemerlang dalam kem skuad negara selain Safawi Rasid.

Jaringan sulung skuad negara yang di jaringan Safawi adalah hasil daripada hantaran beliau. Beliau juga menjadi duri dalam daging untuk Jordan apabila larian beliau yang di halang pertahanan Jordan memberi skuad negara penalti yang di sempurnakan Safawi.

Beliau juga banyak membantu skuad negara dalam merangka serangan. Misi beliau selepas ini sudah tentu untuk beraksi bersama Malaysia B19 dalam Kejohanan AFC B19 pula.

3. Haziq Nadzli Cemerlang

Skuad negara memulakan aksi di China dengan menurunkan penjaga gol Kedah yang juga penjaga gol terbaik kebangsaan iaitu Ifwat Akmal namun sayangnya Ifwat bolos empat gol ke atas Iraq.

Dalam aksi kedua, penjaga gol kedua iaitu Haziq Nadzli di beri tanggungjawab untuk mengemudi gawang skuad negara ketika bertemu Jordan.

Walaupun melakukan kesilapan sehingga Jordan berjaya menjaringkan gol, Haziq tidak menoleh ke belakang. Beliau terus mempamerkan kebangkitan tersendiri selepas itu.

Dalam tiga perlawanan terakhir skuad negara, Haziq berjaya menjaga gawang skuad negara daripada di bolosi lawan. Kekuatan beliau banyak membantu pertahanan negara.

4. Skuad Negara Lebih Positif

Ramai yang tidak menaruh harapan tinggi kepada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mara lebih jauh. Namun itu lebih menjadi motivasi skuad negara untuk melakar kejayaan.

Daripada di cemuh selepas di bantai Iraq 1-4 dalam aksi pertama, skuad negara mempamerkan kebangkitan dalam aksi aksi seterusnya dengan mengikat Jordan dan paling epik, menewaskan Arab Saudi.

Ramai mula memberi perhatian kepada perjalanan skuad negara selepas itu namun sayangnya Korea muncul penghalang kebangkitan menakjubkan Harimau Malaya.

5. Pasukan Asia Tenggara Pertama Ke Suku Akhir

Bila sebut Asia Tenggara, pasti ramai yang melihat Thailand selaku jaguh rantau ini namun di atas padang lain ceritanya.

Malaysia yang berada dalam zaman kegelapan pula berjaya mencuri tumpuan negara jiran apabila muncul pasukan pertama dari rantau ini melangkah ke suku akhir AFC B23 sedangkan Thailand tersingkir awal.

Kesimpulan

Natijahnya, bukan senang nak lihat skuad negara beraksi cemerlang seperti ini dan beraksi di peringkat Asia. Makanya, kita harus bersyukur dapat melihat skuad negara melangkah sejauh ini.

Harapan kami supaya majoriti pemain Malaysia B23 di serap masuk ke dalam skuad senior dan di bantu beberapa ‘orang lama’ dalam mewujudkan skuad negara yang lebih ampuh.

Akhir kata, selamanya Harimau Malaya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *