Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Muangthong United

 

Lebih kurang 7.30 malam nanti, juara Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu naib juara Liga Thailand, Muangthong United di Stadium Supachalasai.

Perlawanan ini penting untuk kedua dua pasukan dalam memburu tempat ke pusingan ketiga Liga Juara Juara Asia (ACL) pada minggu hadapan.

Kedua dua pasukan juga akan mengulangi perhitungan yang mereka lakukan pada 2016 r mana ketika itu Muangthong berjaya menewaskan ‘Harimau Selatan’ menerusi penentuan sepakan penalti. Ironinya, mereka bertemu di pusingan yang sama kali ini.

Jadi kami sediakan beberapa perkara yang anda perlu tagu tahu tentang kelab Thailand ini.

1. Berjaya Sampai Ke Peringkat Kalah Mati Kejohanan Ini Musim Lepas

Muangthong layak automatik ke kejohanan ini musim lepas. Mereka berjaya mencipta kejutan dengan melepasi peringkat kumpulan yang di anggotai Brisbane Roar, Ulsan Hyundai dan Kashima Antlers.

Mereka muncul naib juara kumpulan dengan merekodkan tiga kemenangan, dua seri dan sekali kalah. Perjalanan mereka di tamatkan kelab Jepun, Kawasaki Frontale di peringkat 16 terbaik.

2. Empat Pemain Mereka Di Pancing Kelab Luar

Dalam tidak sedar, Muangthong yang mempunyai gelaran ‘The Kirin’ ini berjaya mengeksport pemain tempatan Thailand ke luar negara.

Yang pertama, bintang sensasi Thailand iaitu Chanatip Songkrasin beraksi secara pinjaman bersama Consadile Sapporo, Teerasil Dangda pula akan beraksi bersama Sanfrecce Hiroshima, Theerathon Bunmathan beraksi bersama Vissel Kobe dan penjaga gol mereka, Kawin Thamsatchanan yang bakal menyertai kelab Belgium, OH Leuven dengan kontrak lima tahun.

3. Majoriti Pemain Mereka Merupakan Pemain Kebangsaan Thailand

Muangthong juga boleh di ibaratkan tempat berkumpul pemain pemain dari skuad kebangsaan Thailand.

Mereka memiliki pertahanan kebangsaan iaitu Tristan Do dan Peerapat Notchaiya. Pemain tengah kebangsaan iaitu Sarach Yooyen dan Charyl Chappuis dan penyerang kebangsaan iaitu Adisak Kraisorn.

Kami mengharapkan Harimau Selatan mampu layak ke perlawanan kelayakan pusingan ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *