Yahor Zubovich Penggempur Baru Melaka

Penyerang Belarus, Yahor Zubovich hari ini di umumkan sebagai pemain baru Melaka United.

Kehadiran beliau itu melengkapkan kuota lima import untuk skuad ‘Sang Kancil’. Beliau di perkenalkan di bilik media Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) di Stadium Hang Jebat.

Yahor pernah mewakili skuad kebangsaan Belarus ketika saingan Sukan Olimpik di London pada 2012. Selain itu, beliau juga pernah mewakili pasukan remaja Belarus.

Kehadiran beliau sudah semestinya di harapkan penyokong Melaka United untuk mengikut jejak penyerang prolifik seperti Ilija Spasojevic dan Marko Simic.

 

Sebelum ini, Melaka telah mengekalkan import musim lepas mereka dari Korea Selatan iaitu Jeon Woo Young yang beraksi di bahagian tengah.

Selepas itu mereka membawa masuk Steven Tricot dari Perancis sebagai, Thiago Gomes dari Portugal yang beraksi di tengah.

Mereka juga mendapatkan pemain kebangsaan Singapura, Shahdan Sulaiman secara pinjaman semusim dari Tampines Rovers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *