Ucapan Cristiano Ronaldo Untuk Pasukan JDT

| |


KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat suntikan semangat paling berharga untuk mengharungi saingan musim ini daripada pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo.

“Kepada semua pemain JDT, lakukan yang terbaik dan selamat berjaya,” kata bintang Juventus itu dalam satu video yang dimuat naik oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram miliknya.

Walaupun hanya ucapan ringkas, namun ia pasti memberi makna yang cukup besar buat JDT berdasarkan status antara pemain terbaik dunia dimiliki Ronaldo ketika JDT sedang mengharungi saingan paling mencabar musim ini.

Apa tidaknya, selain mahu mengekalkan kejuaraan keenam berturut-turut dalam Liga Super, JDT juga berdepan cabaran besar apabila beraksi buat kali pertama di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Selain itu, menerusi satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi JDT iaitu JOHOR Southern Tigers, semalam, JDT mengesahkan akan mengadakan kerjasama bersama kelab gergasi Itali, Juventus.

Keputusan itu dicapai selepas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengadakan pertemuan dengan pengerusi Juventus, Andrea Agnelli di Royal Park I Roveri, kelmarin untuk membincangkan kolaborasi antara dua kelab berkenaan.

Previous

Muat Naik Foto Di Luar Negara, Rupa-Rupanya Liridon

(Video Penuh) Terengganu Belasah Melaka United 3-0, Lee Tuck Beraksi Cemerlang

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!