Tiada Program Akar Umbi, Tidak Layak Dapat Wang Penyiaran

skuad terengganu

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Tunku Ismail menegaskan wang agihan hak penyiaran tidak akan di berikan kepada pasukan dan kelab yang mengabaikan program akar umbi.

Beliau berkata setakat ini hanya beberapa sahaja pasukan dan kelab yang melakukan, lapor Harian Metro!

Antara program akar umbi ialah seperti mempunyai pertandingan setempat dan peringkat umur akan mendapat bayaran penuh hak penyiaran berkenaan.

Sebelum ini, beliau melaporkan pasukan di Liga Malaysia bakal memperoleh wang hak penyiaran sebanyak RM 3 juta hingga RM 4 juta tahun hadapan dan angka itu di jangka terus meningkat.

“Saya mempunyai senarai, hanya beberapa negeri melakukannya. Saya berharap dengan bajet baru menerusi hak penyiaran boleh membantu negeri mempunyai sistem program pembangunan dan infrastruktur yang lebih baik.

“Hanya pasukan dan kelab yang serius dalam meningkatkan tahap bola sepak dan fokus kepada pembangunan seharusnya mendapat bayaran penuh. Itu pendapat saya.

“Mereka tidak mempunyai hak untuk diberikan (sekiranya tidak melaksanakannya), sebab itu kita mengikut kriteria yang ditetapkan… ada lesen,” ujarnya.

Tunku Ismail dalam masa sama berkata pihak FAM akan bekerjasama dengan NFDP dalam menghasilkan pemain muda di negara ini.

“Mereka mempunyai bajet dan patut memainkan peranan yang lebih besar serta fokus kepada ribuan kanak-kanak, tidak hanya sekelompok saja.

“Kita sedang bekerjasama dengan PPBN kerana akhirnya masa depan bola sepak negara bergantung kepada pembangunan akar umbi,” katanya.

Sumber – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *