Sedih! Punca Sebenar Khairul Fahmi & Piya Digugurkan Dari Kem Kelantan

Nampaknya Khairul Fahmi Che Mat bukan lagi penjaga gol nombor satu pasukan Kelantan malah pasukan dari Pantai Timur itu bersedia melepaskannya jika menerima tawaran daripada pasukan lain pada jendela perpindahan kedua bulan depan.

Keputusan itu dibuat selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mendedahkan jurulatih Fajr Ibrahim tidak berancang untuk menyenaraikan Khairul Fahmi dalam kesebelasan utamanya untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

Disebabkan itu, KAFA mengalu-alukan hasrat mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol itu.

“Terus terang saya katakan, Apek memang tidak ada dalam perancangan jurulatih dan beliau menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan.

“Bila seseorang pemain tidak ada dalam perancangan jurulatih dengan kekangan kewangan yang sedang dihadapi, kami perlu akur dengan keputusan itu dan memberi ruang kepada pemain untuk bermain dengan pasukan lain.

“Namun setakat ini kami belum membincangkan perkara ini dengan Apek, saya pun baru selesai berunding dengan S. Veenod, Amiridzwan Taj Tajuddin dan Faizol Nazlin Sayuti.

“Kami juga belum menerima sebarang tawaran untuk Apek sama ada daripada Kuala Lumpur atau pasukan lain. Tapi kami sentiasa terbuka untuk rundingan,” katanya kepada Berita Harian.

Setakat ini Kelantan sudah melepaskan 11 orang pemain termasuk dua pemain import, Bruno Lopes dan Ferdinand Sinaga serta Norfarhan Muhammad, Amiridzwan Taj, Rozaimi Azwar, Sukri Hamid, Shafiq Abdul Rahman, Tengku Qayyum Ubaidillah dan Hattaphon Bun An.

Mengulas lanjut, selain Khairul Fahmi, Badhri Radzi atau Piya juga tidak berada dalam perancangan Fajr.

Jelas Bibi, tindakan menggugurkan beberapa pemain berpengalaman mungkin boleh dilihat agak mengejut tetapi penyokong perlu mengambil kira dari sudut kewangan KAFA ketika ini.

“KAFA sedang dibelenggu hutang yang mungkin berdepan tindakan daripada FIFA serta pemotongan mata jika tidak ditangani segera. Kalau hutang tak dapat bayar, belum tentu pasukan Kelantan boleh kekal dalam Liga Super tahun depan.

“Kami juga perlu menilai daripada pelbagai sudut, contohnya ambil pemain bergaji tinggi tapi prestasi pasukan tidak meningkat jadi kami ambil jalan tengah, biar beban hutang berkurangan di samping berusaha mengekalkan pasukan dalam Liga Super,” katanya.

 

 

PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) sedia melepaskan Khairul Fahmi Che Mat jika penjaga gol berpengalaman itu berhasrat meninggalkan pasukan Kelantan pada musim perpindahan kedua bulan depan.

Malah, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilyas Khan mengalu-alukan hasrat pasukan Kuala Lumpur untuk melamar pemain itu sambil menyatakan pintu rundingan turut terbuka luas kepada pasukan lain yang berminat.

Bibi berkata ia sebagai menyokong langkah transformasi yang sedang dilakukan oleh jurulatih baharu, Fajer Ebrahim ke atas The Red Warriors dan pada masa sama untuk meringankan beban kewangan ditanggung badan bola sepak itu.

“Terus terang saya nyatakan, Apek (Khairul Fahmi) memang tidak ada dalam perancangan jurulatih dan beliau (Fajer) menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan,” kata Bibi.

“Bagi kami, bila seseorang pemain tidak ada dalam perancangan jurulatih, dengan kekangan kewangan yang sedang kami hadapi, kami perlu akur dengan keputusan itu dan memberi ruang kepada pemain untuk bermain dengan pasukan lain.

“Namun, setakat ini kami belum membincangkan perkara ini dengan Apek kerana saya baru selesai berunding dengan Veenod (S Veenod), Taj (Amiridzwan Taj Tajuddin) dan Faizol Nazlin (Sayuti).

“Kami juga belum menerima sebarang tawaran untuk Apek sama ada daripada Kuala Lumpur atau pasukan lain. Tapi, pintu kami memang sentiasa terbuka untuk rundingan.”

Setakat ini Kelantan sudah mengetepikan 11 pemain termasuk dua import, Bruno Lopes dari Brazil dan Ferdinand Singa (Indonesia) selain pemain tempatan – Norfarhan Muhammad, S Veenod, Amiridzwan, Rozaimi Azwar, Faizol Nazlin Sayuti, Sukri Abd Hamid, Shafiq Ab Rahman, Tengku Qayyum Ubaidillah dan Hattaphon Bun An.

Bibi menjelaskan, selain Apek, bekas ketua pasukan, Badhri Radzi atau Piya juga tidak ada dalam perancangan Fajer dan membuka ruang kepada pasukan lain yang mahu melamarnya.

Menurutnya, walaupun tindakan menggugurkan beberapa pemain berpengalaman dianggap drastik, KAFA terpaksa melakukannya demi menyelamatkan pasukan itu.

“KAFA sedang dibelenggu hutang yang mungkin berdepan tindakan daripada FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) serta pemotongan mata jika tidak ditangani segera. Kalau hutang tak dapat bayar, belum tentu pasukan Kelantan boleh kekal dalam Liga Super pada tahun depan.

“Pada masa sama, kami juga perlu menilai daripada pelbagai sudut, contohnya ambil pemain bergaji tinggi tapi prestasi pasukan tidak meningkat. Jadi, kami ambil jalan tengah, biar beban hutang berkurangan di samping berusaha mengekalkan pasukan dalam Liga Super,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *