Sah! Pemain Tengah Perlis Ini Sah Tinggalkan Pasukan

| |

Kemelut tunggakan gaji melanda Perlis entah akan selesai atau tidak, tetapi apa yang pasti pemain-pemainnya sudah mula mencari pasukan lain untuk meneruskan karier.

Jika sebelum ini Zafuan Azeman dan Faris Ramli, kini yang terbaru, pemain tengah Fakhrullah Rosli yang bermain dalam kesebelasan utama ketika menentang UKM FC, Ahad lalu membuat keputusan angkat kaki.

Fakhrullah dianggap sebagai salah seorang pemain utama Singa Utara bagi musim ini, tetapi dia sudahpun menyertai skuad M3, SAMB FC.

Gambar dari SAMB FC

Dia menonjol bersama MOF FC musim lalu dan dia juga mencuri tumpuan apabila menjaringkan lima gol ketika aksi pusingan awal Piala FA, sebelum direkrut Manzoor Azwira ke dalam skuad Perlis 2019.

Apakah kemelut di kem Perlis ini akan ada kesudahannya atau akan terus berlanjutan … Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Kredit FB LA BOLA Malaya

Previous

12 Fakta Menarik Pasukan JDT yang Perlu Anda Tahu

Leave a Comment

error: Content is protected !!