Muat Naik Foto Di Luar Negara, Rupa-Rupanya Liridon

| |

MELAKA United menerima tamparan hebat menjelang pertemuan dengan Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu malam esok apabila kehilangan tonggak tengahnya, Liridon Krasniqi.

Liridon atau mesra dikenali sebagai Mat Don terpaksa diketepikan Zainal Abidin Hassan ekoran kecederaan yang dialami pemain itu dalam aksi bertemu Kuala Lumpur minggu lalu.

Perkara ini disahkan sendiri Mat Don di laman Instagram rasminya.

“Malangnya saya mengalami kecederaan pada aksi terdahulu. Tetapi saya amat berharap dapat sembuh dengan cepat dan kembali membantu pasukan.

“Begitulah kehidupan (bola sepak). Apa pun, selamat berjaya buat Melaka United untuk perlawanan minggu ini,” katanya.

Bagaimanapun, bintang kelahiran Kosovo itu tidak mendedahkan bentuk kecederaan yang dialami dan berapa lama beliau akan diketepikan.

Difahamkan, beliau kini kembali ke negara asalnya untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu, dalam aksi bertemu Kuala Lumpur, nama Mat Don kembali menjadi siulan penyokong Gegau Melaka Gegau apabila mula menunjukkan persefahaman dan aksi lebih baik bersama pasukan.

Beliau sebelum itu diketepikan dalam aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), ekoran kerap kehilangan bola dan dikatakan tidak serasi bersama Safiq Rahim di barisan tengah pada perlawanan terdahulu.

Sumber : Sukan Sinar

Previous

(Video Penuh) Gol Pemain Muda Pahang Kecewakan Skuad Helang Merah

Ucapan Cristiano Ronaldo Untuk Pasukan JDT

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!