Liga Super : Yusri Enggan Kritik Pengadilan

yusri kelantan

Pemangku ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah tidak mahu mengulas mengenai isu pengadilan ketika perlawanan Liga Super antara pasukannya dengan PKNS di Stadium Shah Alam yang memihak tuan rumah 1-0.

Yusri dilihat berlari ke arah penjaga garisan pada minit akhir perlawanan selepas Kelantan dianggap patut dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain PKNS, lapor Berita Harian!

Namun beliau menegaskan mana mana jurulatih juga akan melakukan perkara sama jika mereka berada pada situasi tersebut. Dalam insiden tersebut, Kelantan cuma di berikan sepakan percuma.

Bagi Yusri, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut kerana sedar akan akibatnya nanti dan beliau juga menerima segala keputusan yang telah di buat pengadil.

Tambahnya lagi, kualiti PKNS juga berada pada tahap terbaik dalam perlawanan tersebut berbanding anak buahnya.

“Apabila kita memerlukan gol (penyamaan) minit terakhir, saya rasa semua orang akan bertindak sedemikian. Tapi kita kena akur, kalau salah cakap nanti kena gantung banyak bulan. Lagipun keputusan sudah dibuat.

“Namun, kita kena akui yang kita masih ketinggalan jauh kepada PKNS,” kata Yusri selepas perlawanan.

Kedua dua pasukan bakal bertemu sekali lagi dalam saingan Piala FA hujung minggu nanti dan banyak perkara mahu di betulkan Yusri selepas melihat beberapa kelemahan dalam aksi yang berlangsung pada Jumaat itu.

Dengan kekalahan itu, Kelantan masih kekal mengumpul empat mata.

“Kita banyak bagi ruang kepada pemain PKNS berlegar di bahagian tengah, tapi pada hakikatnya pemain saya sendiri di bahagian serangan cepat hilang bola.

“Bagi perlawanan akan datang berdepan PKNS, saya perlu kenal pasti pemain yang akan diturunkan. Saya perlu melakukan rombakan untuk menyenaraikan pemain terbaik,” katanya.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *