Liga Super : Durakovic Puji Pemainnya

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic memuji barisan pemain pemainnya yang cemerlang menundukkan Selangor dengan bergaya 3-0 di Stadium TLDM, Lumut pada Ahad lalu.

Durakovic memberitahu Berita Harian, para pemainnya telah mempamerkan permainan yang menakjubkan dan mampu untuk menang lebih besar, namun sayangnya ‘The Bos Gaurus’ gagal melakukannya.

Dalam perlawanan di Lumut itu, Perak cemerlang mendahului Selangor yang di bimbing P. Maniam dengan jaringan 3-0 seawal babak pertama menerusi jaringan sendiri, Gilmar serta penyudah Kenny Palraj.

Durakovic merasakan permainkan seperti ini wajar di teruskan oleh para pemainnya untuk perlawanan selepas ini.

“Persembahan menakjubkan pemain Perak,”

“Setiap pemain beraksi dengan baik sepanjang perlawanan.

“Kami menguasai perlawanan dan sepatutnya mampu menang dengan jurang lebih besar.

“Saya gembira dengan kejayaan ini. Alangkah baiknya jika mereka boleh bermain sebegini dalam semua perlawanan kami selepas ini,” kata Durakovic, yang pernah mengendalikan Red Giants sebelum ini.

Cubaan Perak untuk memburu jaringan tambahan dalam perlawanan itu bagaimanapun gagal apabila ketumpulan penyudah menghampakan mereka.

Selangor pada babak kedua lebih baik berbanding daripada babak pertama apabila mereka sedaya upaya memburu jaringan untuk mengimbangi permainan. Namun tetap gagal juga.

Kemenangan itu meletakkan Perak di tangga keenam dan mencatat dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan untuk mengutip tujuh mata.

Walaupun gagal mendapatkan sebarang gol pada babak kedua, secara keseluruhannya Durakovic berpuas hati dengan permainan yang di terjemahkan anak buahnya di atas padang.

Selangor kini tewas dalam tiga aksi terakhir mereka.

“Sebenarnya perlawanan ini tidak mudah kerana Selangor memberi tentangan pada babak kedua.

“Apa pun saya berbangga kerana pemain beraksi mengikut perancangan dan berdisiplin,” katanya.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *