Liga Super : Dollah Puji Anak Buah

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh memuji persembahan anak buahnya ketika membenam cabaran Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Darul Makmur dalam aksi Liga Super.

Dua gol dari Patrick Cruz dan Forkey Doe dalam perlawanan itu meletakkan Pahang unggul di tangga kedua dengan mencatat 10 mata, dua mata di belakang Johor Darul Takzim.

Memberitahu Berita Harian, Dollah berkata persembahan yang di pamerkan anak buahnya itu adalah yang terbaik setakat ini, beliau juga merasakan sekiranya mereka mengekalkan permainan seperti ini, ‘Tok Gajah’ mampu pergi jauh.

Dollah sebelum ini agak kecewa dengan persembahan anak buahnya ketika saingan Piala FA.

“Kami buat apa yang dirancang dalam sesi latihan dan pemain mempamerkannya dalam perlawanan, sekali gus mengutip tiga mata di laman sendiri.

“Bagi saya, persembahan yang ditunjukkan pada malam ini (malam tadi) adalah yang terbaik setakat ini. Jika corak permainan seperti ini dikekalkan, saya rasa Pahang akan pergi lebih jauh,” katanya.

Dollah menyedari anak buahnya sukar untuk menekan skuad Negeri Sembilan bimbingan Azraai Khor pada awal permainan.

Namun jaringan pendahuluan dari Patrick Cruz pada minit 23 telah mendatangkan momentum kepada permainan mereka.

Beliau dalam masa memuji penyudah tajam daripada duo penyerangnya iaitu Patrick dan Forkey Doe yang berjaya melancarkan permainan mereka.

“Jaringan itu ternyata membantu dan hasilnya empat gol dijaringkan. Saya puji persembahan keseluruhan pasukan yang berjaya mengawal permainan dengan baik.

“Empat gol, masing-masing dua daripada Cruz dan Forkey Doe membuktikan sentuhan mereka berbisa dan melancarkan percaturan pasukan,” katanya.

Pahang setakat ini sudah mencatat tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan iaitu kepada PKNS dalam saingan Liga Super musim ini untuk mengutip 10 mata daripada lima perlawanan setakat ini.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *