Liga Perdana : Sathia Puji Macrerra

Skuad Macrerra sudah lebih kurang tiga bulan tidak di bayar gaji namun permainan yang di pamerkan pasukan tersebut mengagumkan Sathia.
Sebelum perlawanan, Sathia mengingatkan para pemainnya supaya bermain dengan bersungguh sungguh menentang Macrerra kerana beliau sedar pasukan tersebut sudah tentu akan bermain demi maruah mereka.
Sathia sempat menempelak isu pasukan tersebut yang tidak menerima gaji mereka. Bagi beliau, itu satu penganiayaan terhadap pemain yang sudah berhempas pulas menjalankan tugas mereka.
“Saya beritahu pemain supaya tidak ambil mudah perlawanan ini kerana lawan sudah tentu mahu bermain-main bersungguh-sungguh untuk menjaga maruah mereka walaupun tidak dibayar gaji. Mereka tidak tunjuk perasaan marah sebaliknya bermain cemerlang.
“Tapi saya tetap beranggap apabila gaji tidak dibayar ia satu penganiayaan buat pemain. Berapa lama hendak biarkan┬ámasalah seperti ini? Kita dakwa sudah profesional tapi masalah gaji tidak dibayar masih berulang.”

Saya ucap tahniah dan tabik kepada pemain (Marcerra) Kuantan FA,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan antara FELDA United dengan Kuantan FA.

Gol tunggal pertahanan Felda United, Thiago Aquino pada minit 21 menjadi pemisah dalam perlawanan tersebut untuk kemenangan kelima berturut turut ‘The Fighters’ di Liga Perdana.

Kemenangan itu juga mengekalkan cengkaman Felda United di tangga teratas Liga Perdana dengan mencatat 15 mata maksimum.

“Kita tidak bermain mudah dan bermain susah sehingga setiap serangan berjaya dipatahkan lawan, bukan kerana ketiadaan Gilberto Fortunato tetapi pemain tidak berfungsi seperti biasa,” katanya.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *