Liga Perdana : Bukan Niat MIFA Tarik Diri

MIFA menegaskan mereka tidak berniat untuk menarik diri daripada saingan Liga Malaysia susulan hukuman denda yang di kenakan kepada mereka.

MIFA adalah antara 10 pasukan yang di denda oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP)  kerana lewat atau menghantar dokumen pendaftaran yang tidak lengkap. Mereka di denda RM 500 000.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail beberapa hari lalu berkata beliau tidak kisah jika ada pasukan yang mahu menarik diri dari Liga Malaysia akibat di denda.

Presiden MIFA, T. Mohan memberitahu Berita Harian, denda tersebut sebenarnya menjejaskan kos operasi mereka namun mereka tetap berharap rayuan mereka di terima oleh FMLLP.

“Bukan niat kami untuk menarik diri kerana kami mahu bermain bola sepak dan bekerja demi komuniti kami tetapi kami sebuah kelab dengan bajet rendah dan tidak mempunyai sokongan kerajaan negeri atau syarikat berkaitan kerajaan,” kata Mohan.

“Jika kami perlu membayar denda, pastinya sukar untuk kami teruskan biarpun kami mempunyai penaja yang mahu membantu.

“Kami akan memfailkan rayuan kepada FMLLP minggu depan dan berharap mereka mempertimbangkan situasi kami. Sebaik keputusan dibuat jawatankuasa eksekutif kami akan bermesyuarat  untuk membincangkan hala tuju masa depan,” katanya.

MIFA di kenakan hukuman denda selepas mereka lewat menghantar dokumen daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Dengan bajet sebanyak RM 6 juta di peruntukkan musim ini, nilai RM 500 000 untuk bayaran denda di anggap besar oleh kelab tersebut.

“Kami sentiasa mengemaskini pembayaran kepada KWSP, PERKESO dan cukai pendapatan,” kata Mohan.

“Kami hanya terlewat menghantar dokumen cukai pendapatan yang hanya kami perolehi dalam tempoh seminggu.

“MIFA bukan melewatkan pembayaran. Saya fikir FMLLP sepatutnya mempertimbangkan dan mengurangkan jumlah denda,” ujarnya.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *