Liga Malaysia : Shahidan Kembali Ke PFA?

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan beliau akan kembali meneraju pengurusan pasukan tersebut namun tidak memberi kata putus lagi lapor Berita Harian!

Bagi beliau, sudah tiba masanya untuk Perlis kembali menjadi jaguh bolasepak di Liga Malaysia ini selepas lebih sedekad berada dalam zaman yang tidak menentu.

Perlis yang musim lepas beraksi di Liga Perdana jatuh untuk kembali bersaing dalam saingan Piala FAM pada musim ini.

Pengurusan Perlis juga bagai jatuh di timpa tangga apabila salah sebuah dari penaja mereka tiba tiba menarik diri dari menaja ‘Singa Utara’ yang di saat akhir sehingga menyebabkan mereka bergelut untuk menyelesaikan gaji para pemain kira kira sebulan tertunggak.

Shahidan berkata segala kata putus hanya akan di maklumkan beliau selepas selesai sudah Pilihan Raya Umum 14 (PRU 14) tamat.

Buat masa ini, beliau hanya akan menjadi membantu presiden bolasepak Perlis iaitu Ir Shaharuddin Ismail dalam menguruskan pasukan itu.

Ketika Shahidan mengendalikan pengurusan Perlis, pasukan tersebut mengecapi perlbagai kejayaan yang boleh di banggakan dan di ingati para penyokong. Perlis juga antara skuad yang di digeruni satu ketika dahulu.

Antaranya, muncul juara Piala Malaysia dua kali pada 2004 dan 2006, selain mengungguli Liga Super 2005. Namun selepas itu bolasepak Perlis berada dalam keadaan terumbang ambing untuk kembali.

“Hampir 10 tahun kita hilang, sudah tiba masanya kita kembali menggegarkan arena bola sepak negara.

“Saya tahu ketika ini PFA mempunyai masalah kewangan dan presidennya (Ir Shaharuddin Ismail) ada berjumpa saya meminta tolong dan saya akan membantunya.

“Setakat ini saya mahu membantu rakan (Presiden PFA) dulu. Tunggu lepas PRU nanti,” katanya.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *