Kevin Ramalingam Akhirnya Bersuara Tentang Kemelut Perlis FA

| |

Malaysian Football League (MFL) telah meminta Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengemukakan bukti dokumen kedudukan kewangan wakil dari Utara itu pada 15 Februari ini.

Perkara itu sudah dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam yang mengadakan pertemuan dengan Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan gambaran sebenar kemelut yang melanda PFA.

PFA dilaporkan sedang mengalami masalah kewangan dalam pembayaran gaji pemain musim ini.

Menurut Kevin, segala bukti dokumen itu akan diserahkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL pada tarikh yang sama selain mahu memberikan peluang kepada PFA yang diambil alih pihak pengurusan baharu pada musim ini.

Presiden Perlis FA yang hensem.

“Kita telah membuat susulan dengan PFA dan kita telah memaklumkan kepada PFA sebagai satu peringatan bahawa 15 Februari ini adalah tarikh di mana kita sebagai sekreteriat akan mengemukakan laporan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi keadaan semasa PFA untuk tindakan susulan.

“Jadi kita bukan sahaja berdepan isu melibatkan PFA tetapi semua pasukan yang mengalami masalah di dalam proses pendaftaran mereka yang berkait dengan kelewatan dengan bayaran-bayaran sepatutnya.

“Untuk makluman, kita sentiasa berhubung dengan kesemua pasukan, mengikuti perkembangan dan cuba memahami isu-isu dihadapi satu pasukan yang dikendali pengurusan baharu dalam Liga Malaysia,” katanya.

Perlis yang tewas 1-2 kepada UKM FC dalam aksi pembukaan Liga Premier 1-2 pada Sabtu lalu, berada dalam keadaan tidak menentu selepas status kewangan mereka semakin meruncing sehingga gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain.

Ini kerana PFA telah mengesahkan empat penaja utama mereka menarik diri daripada menaja skuad Singa Utara gara-gara kemelut masalah tunggakan gaji yang melanda persatuan tersebut sekali gus memberikan tamparan dalam persiapan mereka mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Kevin mendedahkan PFA telah bersedia untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap masalah yang dihadapi wakil Utara itu.

”PFA telah menjelaskan mengapa kelewatan ini berlaku dan pertemuan ini memberikan satu ruang kepada pihak pengurusan mereka di mana mereka memahami peranan MFL dan mereka menyedari tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh terdekat ini,” tambahnya.

Previous

Kata-kata Pedas dari TMJ untuk KLFA

Leave a Comment

error: Content is protected !!