Inilah Punca Piya Tidak Bersama Perlis

| |

Apabila nama Badhri Radzi atau Piya tercicir daripada senarai pemain Perlis ketika menentang UKM FC, malam semalam, pelbagai spekulasi meletus mengenai kedudukan pemain itu dalam pasukan berkenaan.

Ada yang membuat telahan bahawa Piya sudah angkat kaki lebih awal ekoran masalah gaji yang dihadapi bersama pasukan itu.

Ramai juga yang membuat andaian bekas kapten Kelantan itu digugurkan pada saat akhir ekoran kenyataannya sehari sebelum perlawanan. Piya dalam kenyataan kepada LA BOLA mengakui akan meninggalkan Perlis jika masalah tunggakan gaji pasukan itu masih gagal diatasi selepas perlawanan dengan UKM.

Namun, Piya yang dihubungi LA BOLA pagi ini menjelaskan punca sebenar dia tidak bersama pasukan, semalam.

Sumber IG Story Piya

“Saya sebenarnya demam dan dimasukkan ke hospital di Kota Bharu sejak pagi Sabtu lalu. Doktor memasukkan saya ke wad untuk membuat pemeriksaan lanjut. Saya tidak pasti bila dibenarkan keluar.

“Mengenai kedudukan dalam pasukan Perlis, saya masih berada dalam pasukan. Saya sendiri tidak tahu perkembangan terkini mengenai masalah gaji kami kerana berada di Kota Bharu. Mungkin bila saya balik KL selepas cuti Tahun Baru Cina, baru tahu kedudukan sebenar sebelum memikirkan langkah seterusnya,” jelas Piya.

Perlis tewas 1-2 kepada UKM dalam perlawanan sulung mereka, semalam.

Kredit La BOLA Malaya.

Previous

Sedih! Pesawat Emiliano Sala Akhirnya di Jumpai

Leave a Comment

error: Content is protected !!