Felda United tak patah semangat

felda united tidak patah semangat

felda united tidak patah semangatBarisan pemain FELDA United FC tekad kekal fokus untuk membantu kelab meraih kejuaraan biarpun akur beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan.

Mereka menyifatkan The Fighters yang diturunkan ‘pangkat’ di sebabkan gagal meraih lesen beraksi di Liga Super akan mampu membuktikan keupayaan sebenar.

Bagi Wan Zack Haikal Wan Noor, dia tidak mahu terlalu memikirkan nasib pasukan, sebaliknya yakin pencapaian gemilang mampu diraih.

“Saya akan kekal fokus untuk membantu FELDA United mencipta kejayaan dan kelab ini pasti kembali beraksi dalam Liga Super musim 2019.

“Segalanya sudah ditentukan dan sebagai pemain The Fighters, perjuangan perlu diteruskan untuk membantu kelab ini kembali,” katanya.

Sementara itu, Christie Jayaseelan yang kembali menyarung jersi The Fighters percaya kelab itu akan menjanjikan persembahan terbaik .

Katanya, pencapaian selaku tempat ketiga Liga Super musim ini akan memberi lebih motivasi untuk muncul juara Liga Perdana musim depan.

“Sudah pasti kami akan memberi persembahan menyakinkan dan tidak mahu kegagalan beraksi di Liga Super melemahkan semangat kami.

“Sebaliknya, FELDA United akan lebih kuat untuk meraih kejayaan bermakna sekali gus muncul juara Liga Perdana,” katanya.

Semalam, Perkongsian Liabiriti Terhad Bolasepak Malaysian (FMLLP) menegaskan tidak menganiayai The Fighters selepas disingkirkan ke Liga Perdana musim depan.

Tindakan tidak membenarkan pasukan yang tiada lesen untuk beraksi dalam Liga Super sudah diputuskan lebih awal sebelum ini.

Namun, pengendali FELDA United, B Sathianathan enggan melatah dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Memang sedih tetapi apa yang boleh saya buat. Kita akan teruskan perjuangan dalam Liga Perdana dan terima keputusan yang diambil FMLLP,” kata Sathianathan.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *