Bunyamin Ingin Bantu Pahang Julang Piala

Pertahanan baru Pahang, Bunyamin Umar berhasrat mahu membantu pasukan itu menjulang piala musim hadapan.

Bunyamin yang musim ini beraksi Selangor sudah bersedia untuk mengulang pasukan barunya itu.

Berkata kepada Berita Harian, Bunyamin mengakui teruja apabila di beri peluang menyertai ‘Tok Gajah’.

Bunyamin juga yakin dengan kemampuan pasukan tersebut untuk bersaing pada musim hadapan.

Selain beliau, Pahang turut mendapatkan pemain baru seperti Safuwan Baharuddin dan Chan Vathanaka.

“Sejak dua minggu bersama rakan sepasukan, saya semakin bersemangat terutama dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti permainan.

“Sebenarnya, apabila ditawarkan bersama Pahang, saya berasa teruja dan terus bercita-cita membantu skuad itu menjulang sekurang-kurangnya satu piala.

“Dengan dibarisi pemain berpengalaman dan diperkuatkan dengan tenaga import, skuad Tok gajah mampu mengucup kejuaraan,” kata pemain berumur 29 tahun itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *