Belum Sesuai Tukar Format Liga M

| |

Cadangan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Imran untuk mengubah format saingan Liga Malaysia masih belum sesuai di laksanakan dalam masa terdekat.

Berkata kepada Berita Harian, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menegaskan tahap komersial Liga Malaysia masih belum berada pada tahap yang baik.

Tambah beliau lagi, FAM sedang berusaha untuk meningkatkan tahap komersial Liga Malaysia dan beberapa lagi aspek akan di kaji untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Tunku Imran berpendapat Liga Malaysia seharusnya di penuhi pasukan berstatus kelab manakala pasukan negeri memfokuskan kepada pembangunan bolasepak di negeri masing masing.

“Idea itu bagus, tetapi bagi saya buat masa ini ia tidak sesuai untuk dilaksanakan, kecuali jika liga kita benar-benar memiliki nilai komersial yang tinggi dan menarik minat pelabur.

“Mungkin akan datang ia boleh dilaksanakan, tetapi bukan dalam masa terdekat dan berapa tahun lagi tempoh itu saya tidak pasti. FAM juga sedang berusaha untuk ke arah itu (menambah nilai komersial Liga M).

“Pelaksanaan seperti format yang dicadangkan itu juga memerlukan perancangan terbaik kerana jika negeri membuat pembangunan dan selepas itu, bagaimana pemain ini dapat disalurkan ke kelab? Jadi, ia perlukan kajian dan perancangan yang betul,” katanya.

Selain itu, Yusoff turut mengakui beberapa pasukan kelab yang ada pun masih belum mampu mencapai apa yang pasukan kelab perlu lakukan.

Misalnya ada beberapa kelab yang mengalami masalah mencari sumber kewangan dan kesukaran mencari penyokong untuk menyokong mereka kerana kebanyakan penyokong lebih gemar menyokong pasukan negeri.

“Kebanyakan kelab yang ada pun tidak bertahan lama, kecuali pasukan yang memiliki kewangan kukuh seperti FELDA United dan Felcra FC, tetapi mereka pun diuruskan oleh satu badan.

“Penyokong juga dilihat lebih fanatik kepada pasukan negeri, bukannya kelab. FELDA United pun sukar nak lihat penyokong mereka penuhi stadium walaupun sudah lama bersaing dalam liga.

“Kalau penyokong tak hadir ke stadium, bagaimana pasukan dapat meraih pendapatan mereka? Sebab itu, saya berpendapat cadangan ini belum sesuai dengan senario semasa bola sepak kita,” katanya.

Sumber – Berita Harian

Previous

‘Durian Runtuh’ Menanti PDRM Andai Juarai Liga

Terengganu Sambar Seung il

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!