Apa Yang Bagusnya Tentang Denda Pasukan?

Lanskap bolasepak Malaysia musim ini di penuhi dengan isu segelintir pasukan yang gagal melengkapkan dokumen atau lewat menghantar dokumen kepada Football Limited Liability Partnership Malaysia (FMLLP).

Empat pasukan dari Liga Super ialah PKNS FC, Selangor, Kuala Lumpur dan pasukan yang di terajui oleh Bibi Ramjani iaitu Kelantan.

Manakala sebanyak enam pasukan dari Liga Perdana ialah MIFA, PDRM, Macrerra Kuantan, Pulau Pinang, Sarawak dan pendatang baru, UKM FC.

Masing masing pasukan di Liga Super di denda sebanyak RM 1.5 juta sementara denda sebanyak RM 500 000 di berikan kepada pasukan Liga Perdana. Kesemua pasukan di beri peluang untuk membuat rayuan sementara hukuman pemotongan mata di tangguh sehingga akhir musim.

Pelbagai reaksi berlegar legar dalam orbit bolasepak Malaysia terutama sekali dalam kalangan penyokong dan pemerhati bolasepak tempatan.

Ada yang kata, “Ini agenda FMLLP nak jatuhkan pasukan”, tidak kurang juga berkata, “FAM ni dari dulu tak habis habis nak denda orang”. Namun ada juga nada positif seperti, “Kalau nak jadi professional, kerja pun mestilah professional”. Nada itu lah yang penulis setuju.

Apakah impak sekiranya FAM dan FMLLP tidak mengambil serius isu pasukan yang gagal menjalankan kerja mereka dengan baik? Pihak luar akan takut dan tak berminat untuk melabur di Liga Malaysia.

Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail sendiri berkata beliau di tugaskan oleh penaja untuk menjaga kepentingan bolasepak negara jadi adakah beliau sendiri akan membiarkan isu begini terjadi?

Sebenarnya ini semua adalah tanggungjawab pengurusan pasukan masing masing dalam memastikan pasukan mereka menyelesaikan dokumen dengan baik.

Walaupun pengurusan gagal menghantar dokumen yang remeh sekalipun, itu sudah menunjukkan bagaimana cara mereka bekerja. Sama ada berkualiti atau tidak.

Kewujudan denda jugalah medan mengajar setiap pasukan untuk melakukan kerja dengan lebih teliti dan cekap. Jika ada pasukan mampu lengkapkan dokumen dan hantar pada waktu sepatutnya, mengapa tidak pasukan lain?

Kesimpulannya

Penulis bersetuju perkara seperti ini di wujudkan demi memastikan setiap pengurusan di Liga Malaysia terus maju dan lebih professional dalam bekerja.

Tahun hadapan pun kita sudah memperoleh tempat automatik ke Liga Juara Juara Asia, jadi sekiranya mentaliti bekerja tidak berubah, maka kita hanya sekadar maju berdasarkan kejohanan yang kita sertai sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *