Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 : Senarai Calon

JDT Sasar Penamat Terbaik Dalam Piala AFC 2018

Pada malam ini, Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 bakal berlangsung. Anda boleh menyaksikannya di siaran RTM 1 pada jam 9 malam.

Anugerah ini merupakan sebuah pengiktirafan kepada pemain pemain tempatan di Liga Malaysia serta beberapa anugerah sampingan.

Kami senaraikan calon calon bagi merebut anugerah utama.

Penjaga Gol Terbaik :

Hafizul Hakim (Perak), Ifwat Akmal (Kedah), Farizal Harun (Felda United)

Pertahanan Terbaik :

Matthew Davies (Pahang), Rizal Ghazali (Kedah), Shukor Adan (Felda United)

Pemain Tengah Terbaik :

Nor Azam Azih (Pahang), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Syazwan Zainon (Kedah)

Penyerang Terbaik :

Shahrel Fikri (PKNP), Syafiq Ahmad (Kedah), Amri Yahyah (Selangor)

Jurulatih Terbaik :

Irfan Bakti (Terengganu), B. Sathianathan (Felda United), Abu Bakar Fadzim (PKNP)

Berikut merupakan anugerah sampingan :

1. Penjaring Terbanyak Tempat dan Import Liga Super.

2. Penjaring Terbanyak Tempat dan Import Liga Perdana.

3. Pemain Wanita Terbaik, 4. Anugerah Fair Play

5. Pasukan Terbaik, 6. Penyokong Terbaik

7. Media Sosial Terbaik, 8. Laman Web Terbaik

9. Anugerah Komuniti

Protokol bagi hadirin pula, bagi pihak penyokong yang mendapat jemputan ke ABK, anda perlulah memakai jersi Liga Malaysia bersama seluar selain jeans. Pemakaian sandal juga tidak di benarkan.

Mereka juga perlu mengemukakan bukti jemputan secara bercetak atau elektronik. ABK 2017 bakal berlangsung di One World Hotel.

Antara yang hadir ialah Dollah Salleh, juara dunia terjun, Cheong Jun Hong, pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan ramai lagi. Alif Satar pula akan menjadi pengacara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *