194 Pasukan Sertai Liga M5

Malaysia Football League mengumumkan kerjasama mereka dengan 14 Liga Amatur dan Komuniti untuk menganjurkan Liga Malaysia 5 yang bakal bermula musim ini lapor Berita Harian!

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam, berkata Liga M5 membabitkan penyertaan sebanyak 194 pasukan daripada 14 liga amatur yang menyaksikan 10 Liga dianjurkan oleh penganjur swasta manakala empat lagi oleh Persatuan Bola Sepak Negeri.

194 pasukan akan bersaing dalam 14 liga di tahap kelima itu sebelum kesemua juara liga akan di naikkan ke Liga M4 yang akan bermula musim hadapan.

“Kewujudan Liga M5 itu selaras dengan misi dan visi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan bola sepak ini dikembalikan kepada rakyat kerana dengan ini menjadikan bola sepak inklusif berbanding eksklusif.

“Slot automatik ke Liga M4 2019 akan diberikan kepada juara Liga M5 yang akan beraksi pada musim 2018 ini,” katanya.

Kevin berkata, piramid struktur bola sepak Malaysia mempunyai lima peringkat dengan dua peringkat teratas bersaing dalam liga profesional disusuli semi profesional di peringkat ketiga, sementara peringkat empat dan lima bagi amatur.

“Ini sebagai langkah permulaan bagi memenuhi matlamat utama FMLLP untuk melahirkan 10,000 pemain bola aktif dan kewujudan Liga M5 ini secara tidak langsung memastikan piramid bola sepak tempatan lengkap pada masa depan.

“Liga Malaysia Divisyen 4 (Liga M4) akan bermula pada tahun depan. Pasukan yang akan bersaing di Liga M4 terbentuk daripada juara dalam 14 liga komuniti dan sosial yang memenuhi kelayakan ketika bersaing di Liga M5.

“Pada masa akan datang, tidak semua juara dalam Liga M5 akan layak bersaing dalam Liga M4. Ini kerana ia bergantung kepada kenaikan dan relegasi, selain pemenang Liga M5 akan bermain play-off (kalah mati) bagi menentukan juara Liga M5,” katanya.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *