Tewas Kepada City, Pengajaran Berguna Untuk Spurs

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino mengakui pasukannya tewas kepada pasukan yang terbaik di England iaitu Manchester City.

Di sebalik kekalahan tersebut, beliau percaya anak buahnya memperoleh pengajaran terbaik untuk memperbaiki pasukan menjadi lebih baik.

Dalam aksi di Stadium Etihad, tuan rumah masih mampu mendominasi perlawanan walaupun ketiadaan David Silva yang tidak beraksi akibat masalah peribadi.

Anak buah Guardiola mendahului perlawanan seawal minit ke 14 menerusi tandukan Ilkay Gundogan yang merupakan jaringan pertama beliau dalam liga pada tahun 2017.

Lebih memertikan bagi Pochettino adalah apabila anak buahnya hanya mampu memperoleh ‘shot on target’ pada minit 55 menerusi Harry Kane. Christian Eriksen menyumbat jaringan sagu hati Spurs pada lewat permainan.

“Saya fikir ia adalah pengalaman yang baik untuk pasukan, apabila anda menang dan bermain dengan baik, anda mungkin tidak belajar, jadi anda mesti belajar dari perlawanan seperti ini.

“Kami mempunyai banyak perkara positif, kerana kami bertemu dengan satu pasukan yang sangat baik dengan momentum yang sangat baik.

“Ia tidak buruk pada permulaan [permainan], tetapi cara kami bolos melalui sepakan sudut adalah kesilapan besar dan peluang besar bagi mereka, apabila anda bertemu pasukan dalam rentak yang sangat baik, anda tidak dapat memberikan peluang seperti ini .
“Apabila anda bermain dengan pasukan yang berkualiti, jika kita mengambil risiko, kami memberi peluang kepada mereka untuk membuat peluang, kami cuba bermain tetapi mereka lebih baik, kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Mereka adalah pasukan terbaik di England,”  katanya kepada BBC Sport.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *