Penjaga Gol Ini Dapat Anak Kembar Selepas Beri Kemenangan Untuk Kelabnya

| |

Boleh dikatakan, kegembiraan berganda buat penjaga gol ini!

Penjaga gol Newport County, Joe Day mendapat detik yang cukup indah dalam hidupnya apabila memperoleh kegembiraan berganda selepas membantu pasukannya menumbangkan Middlesbrough.

Menurut laman Astro Awani, Day cemerlang dalam membantu Newport County mencipta kejutan ke atas Middlesbrough dalam usaha mereka untuk mara jauh dalam saingan FA Cup.

Mereka yang merupakan pasukan EFL League Two itu berjaya menewaskan Middlesbrough yang merupakan pasukan EFL Championship dengan jaringan 2-0.

Itu merupakan satu kegembiraan, keseronokan kedua datang selepas perlawanan tamat apabila beliau membuka telefon pintarnya.

Beliau mendapat berita yang isterinya, Lizzie telah selamat melahirkan anak kembar semasa Day sedang sibuk beraksi di atas padang.

Day yang jelas dilambung dengan perasaan riang tidak berfikir panjang apabila memilih untuk meninggalkan stadium dan terus untuk bersama-sama dengan isterinya di hospital.

Tindakannya itu bagaimana pun mendapat reaksi positif pengurus Newport County iaitu Michael Finn selepas perlawanan berlangsung.

Beliau berkata, walaupun Day dalam keadaan terburu-buru untuk ke hospital namun beliau tetap meminta kebenaran dari pengurusnya itu untuk sebelum beransur.

“Terima kasih tuan, boleh saya pergi sekarang?,” itu yang dikhabarkan oleh Day kepada Finn semasa hendak meninggalkan stadium.

Embedded video

Football on BT Sport@btsportfootball

Kemenangan Newport County ke atas Middlesbrough itu membolehkan pasukan itu untuk layak ke pusingan ke-5 FA Cup.

Sumber: Astro Awani dan Semuanya BOLA.

Previous

KLFA Balas Kata-kata Pedas TMJ

Info Live Liga Super & Liga Perdana

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!