Mourinho Lega Lukaku Kembali Dapat Sentuhan

| |

lukaku dan mourinhoPengurus Manchester United, Jose Mourinho gembira melihat Romelu Lukaku kembali menjaringkan gol sekali gus meletakkan kelab berkenaan terus kekal mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Paul Pogba yang kembali selepas tersisih selama dua bulan turut jadi watak penting memacu United memastikan kemenangan 4-1 ke atas Newcastle United di Old Trafford pada hujung minggu lalu.

Jaringan Lukaku pada perlawanan itu adalah yang pertama sejak September lalu, sambil Mourinho bertegas yang kedudukan pemain dari Belgium itu dalam skuad kendaliannya tidak akan tergugat.

“Dia seorang penyerang dan untuk seorang penyerang, mereka perlu jaringkan gol,” kata Mourinho.

“Bagi saya, ia bukan masalah jika dia bekerja seperti biasa dia lakukan. Dia mungkin gagal melakukannya (jaringkan gol) dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Sudah pasti semua itu akan menjejaskan keyakinan seorang penyerang. Jadi kali ini sudah pasti saya cukup gembira apabila dia kembali menjaringkan gol.” -AFP

Sumber: Berita Harian

Previous

Bolasepak Malaysia Perlu Tunggu 10 Tahun Lagi – FAM

Tawaran Rasmi RM1.6b Beli Newcastle United

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!