Gonzalo Soto Tak Goyang ‘Godaan’ Persip Bandung

Gonzalo Soto

Gonzalo Soto Pemergian dua watak berpengaruh, Mario Gomez dan Michael Essien yang bakal mencorakkan cabaran kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung ternyata belum cukup untuk memikat Gonzalo Soto agar menerima tawaran kelab berkenaan.

Sebaliknya bekas pemain import PKNS FC dari Argentina itu masih menaruh harapan untuk kembali ke Liga Malaysia walaupun setakat ini belum ada pasukan di sini yang menunjukkan minat terhadapnya.

Soto, yang dihubungi melalui WhatsApp berkata dia hanya akan mempertimbangkan tawaran Persib itu seandainya usaha mendapatkan tempat dalam pasukan di Malaysia gagal.

“Tawaran Persib Bandung itu agak menarik kerana ia bakal dibimbing oleh Gomez, jurulatih yang terbukti kehebatannya apabila mencipta pelbagai kejayaan bersama JDT.

“Apatah lagi peluang untuk berganding dengan pemain bertaraf legenda seperti Essien yang berpengalaman beraksi dengan kelab besar seperti Real Madrid, AC Milan dan Chelsea.

“Tapi, hati saya masih di Malaysia, justeru saya menangguhkan dahulu jawapan kepada Persib Bandung. Kalau misi mencari pasukan di sana gagal, mungkin saya menyertai kelab Indonesia itu.

“Selain Persib Bandung, saya juga menerima tawaran daripada sebuah kelab di Mexico,” kata Soto.

Menurut Soto, ejennya akan ke Malaysia pada Selasa ini bagi mengintai peluang untuknya bermain di sini musim depan.

“Saya harap beliau akan pulang dengan hasil yang positif. Saya masih menaruh harapan agar dapat kembali ke Malaysia kerana sudah serasi dengan bola sepak di sana,” katanya.

Soto, 27, pernah menjadi tonggak pertahanan PKNS selama dua musim bermula 2016 sebelum diketepikan pada pertengahan musim ini akibat kecederaan.

Dia yang pulang mendapatkan rawatan di negaranya kini dilaporkan sudah pulih serta cergas 100 peratus untuk meneruskan kariernya.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *