Chelsea Bangkit Ikat Atletico Madrid

Atletico Madrid berasal

Atletico Madrid berasalChelsea menyerahkan kedudukan teratas Kumpulan C Liga Juara-Juara apabila seri 1-1 di laman sendiri berdepan kelab Sepanyol, Atletico Madrid sebentar tadi.

Chelsea, yang sudah mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati, menamatkan saingan di tangga kedua di belakang wakil Itali, AS Roma, manakala Atletico, pasukan yang layak ke final pada 2014 dan 2016, akan ke saingan Liga Europa apabila berkedudukan ketiga kumpulan.

Atletico mendahului pada minit ke-56 apabila Saul Niguez menanduk masuk ke penjuru gawang selepas menerima hantaran bekas penyerang Chelsea, Fernando Torres.

Chelsea membalas pada minit ke-75 apabila pertahanan Atletico, Stefan Savic menghantar sepakan lintang Eden Hazard ke gawang sendiri seterusnya mencipta penamat dramatik dengan kedua-dua pasukan berusaha mendapatkan gol kemenangan. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *