Carabao Cup : Ringkasan Suku Akhir

Pertengahan minggu ini, saingan suku akhir Piala Carabao ataupun Piala Liga mengambil tempatnya.

Pasukan pilihan seperti Arsenal, Manchester City dan Chelsea berjaya layak ke separuh akhir. Namun, nasib berbeza menimpa juara bertahan iaitu Manchester United.

Mari lihat ringkasan keputusan suku akhir ini dimana Arsenal, Manchester City, Chelsea dan Bristol City layak ke separuh akhir.

Gol Welbeck Jadi Pemisah

Arsenal melayani kunjungan pasukan yang dalam prestasi terbaik iaitu West Ham United di Stadium Emirates.

Perlawanan berlangsung seimbang namun jaringan Danny Welbeck beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat menjadi pemisah perlawanan. Arsenal menang 1-0.

Bravo Muncul Wira

Pertemuan di King Power Stadium antara Leicester City dan Manchester City berakhir 1-1 dalam 90 minit penuh. Bernardo Silva meletakkan City di depan pada minit 26.

Ketika masa kecederaan, penalti Jamie Vardy berjaya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

City mengesahkan kemenangan mereka menerusi penalti 4-3 selepas sepakan Jamie Vardy dan Riyad Mahrez di selamatkan Claudio Bravo.

Juara Bertahan Tersungkur

Harapan Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi musim lalu musnah.

Pasukan bukan pilihan, Bristol City berjaya mengejutkan mereka menerusi jaringan pembukaan pada minit 51 menerusi Joe Bryan sebelum Ibrahimovic mengikat kedudukan minit 58.

Bristol City membuktikan mereka mampu menewaskan United apabila Korey Smith meledak gol kemenangan pada minit akhir perlawanan untuk kemenangan 2-1.

Chelsea Teruskan Langkah

Bertemu Bournemouth di laman sendiri, Chelsea bermula cemerlang apabila Willian membuka tirai jaringan pada minit 13. Ketika perlawanan menuju penamat, Dan Gosling berjaya menyamakan kedudukan.

Disaat perlawanan seakan berakhir ke sepakan penalti, pemain gantian Chelsea, Alvaro Morata muncul penyelamat Chelsea dengan jaringan di lewat permainan. Chelsea menang 2-1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *