Bebas Dari Penjara, Bekas Pemain Man City Ini Berharap Masih Ada Kelab Mahukannya

| |

Bekas pemain Manchester City, Adam Johnson berharap masih ada kelab yang tertarik dengannya selepas bebas dari penjara pada Mac 2019 nanti. Seperti yang diketahui, Johnson dijatuhkan hukuman penjara kerana didapati bersalah melanggan gadis di bawah umur pada tahun 2016.

Bukan itu sahaja, Johnson juga didenda sebanyak 50 ribu pounds kepada mahkamah pengadilan. Semua hukuman itu telah diputuskan oleh Jabatan Pengadilan Bradford, England.

Sebelum dia didapati bersalah, Adam Johnson sedang menyarung jersi Sunderland selama 4 musim. Dia juga pernah bermain sebagai pemain sayap Manchester City.

Sunderland mengambil tindakan untuk melucutkan kontrak Johnson dan bertegas tidak akan menerima kembali bekas pemainnya itu.

Kenangan

“Johnson berniat untuk menulis surat terbuka kepada semua kelab supaya memberikannya peluang untuk menunjukkan prestasi sebenarnya,” kata adik kandung Adam Johnson, Faye yang dilaporkan kepada Mirror.

“Pada awalnya, saya ingatkan dia hanyalah bergurau namun dia serius untuk melakukan perkara tersebut,” kata adiknya lagi.

Pemain kelahiran England itu mulakan karier bola sepak bersama Middlesbrough pada tahun 2004. Selama 6 musim berbakti buat The Boro sebelum menerima tawaran dari Manchester City pada tahun 2009.

Tuah tidak menyebelahi Johnson di Manchester City setelah hanya menjaringkan 15 gol di dalam 97 penampilan. Namun dia tetap diberi kepercayaan selepas Sunderlang setuju untuk membawanya masuk pada tahun 2012.

Adam Johnson berjaya meledak sebanyak 22 gol di dalam 144 perlawanan di Sunderland. Dan selepas itu, dia dijatuhi hukuman penjara.

Sumber: Mirror.com

Previous

Kevin Ramalingam Akhirnya Bersuara Tentang Kemelut Perlis FA

Leave a Comment

error: Content is protected !!