Bayern Benam PSG

| |

psg kalahBayern Munich merosakkan rekod sempurna Paris St Germain dalam Liga Juara-Juara musim ini dengan mencipta kemenangan 3-1 di Allianz Arena sebentar tadi, namun ia tidak mampu menyekat kelab dari Perancis itu mara selaku juara Kumpulan B.

Dengan kedua-dua pasukan sudah layak lebih awal ke peringkat kalah mati, dua jaringan Corentin Tolisso dan satu lagi menerusi Robert Lewandowski, memberikan Bayern harapan untuk mencipta kemenangan dengan perbezaan empat gol yang membolehkan mereka mendahului kumpulan.

Bagaimanapun PSG, yang mengatasi Bayern 3-0 di Paris, tampak berupaya mengelak kekalahan besar dalam saingan penuh kualiti itu apabila Kylian Mbappe menjaringkan gol selepas rehat babak pertama ketika pasukannya ketinggalan 2-0. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Previous

Barca Kekal Rekod Tanpa Kalah

Chelsea Bangkit Ikat Atletico Madrid

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!