Buang Ego, Akhirnya Farah Lee, Ally Iskandar Bersatu Demi Anak

 

[VIDEO] Buang Ego, Akhirnya Farah Lee, Ally Iskandar Bersatu Demi Anak

Kegembiraan Ally dan Farah dikatakan telah mempengaruhi mood anak mereka Maream untuk berasa teruja dan gembira pada hari pertama persekolahannya yang bermula minggu lalu. – Foto Instagram

BARU-baru ini, tular video pengacara Ally Iskandar dan bekas isterinya Farah Lee menghantar anak mereka, Maream Esbel ke sekolah.

Sikap profesional bekas pasangan suami isteri tersebut yang beralah demi kebaikan anak mereka, dipuji netizen.

Minggu lalu, Farah Lee telah berkongsi video dia dan bekas suami menghantar Maream ke pra-sekolah.

Perkongsian tersebut telah membuat ramai pengikut IGnya teruja mahu melihat pasangan itu bersatu kembali.

Rata-rata berdoa agar mereka bersatu kembali demi kebaikan anaknyayang baru berusia 3 tahun 4 bulan.

Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee kecewa apabila dikecam kerana memakaikan anaknya, Maream Esabel pakaian tidak mengikut syariat Islam.

Farah Lee menerusi akaun Instagram (IG) nya terkejut dengan kecaman itu kerana anaknya masih kecil dan baru sahaja berusia tiga tahun untuk dihakimi.

Farah dikecam selepas memakaikan anaknya skirt pendek dan t-shirt.

Menerusi entri tersebut, Farah menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam.

Malah dia terpaksa akur anaknya masih kecil dan perlu berpakaian yang selesa untuk bergerak dan bermain.

Dia turut berpendapat, mengajar anak biarlah seiring dengan umur kerana baginya praktikal tanpa pemahaman juga tidak berguna.

Malah Farah merasakan tahap umur anaknya sekarang perlu dibantu untuk mengembangkan tahap IQ mereka supaya apabila sudah besar nanti anak-anak akan faham dan lebih rasional dengan apa yang patut mereka lakukan.

Entri Farah itu mendapat banyak respon daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.

Sila tonton video:

 

 

Sumber : https://kisahrumahtangga.net/video-buang-ego-akhirnya-farah-lee-ally-iskandar-bersatu-demi-anak/

One thought on “Buang Ego, Akhirnya Farah Lee, Ally Iskandar Bersatu Demi Anak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *