INILAH 3 PEMAIN IMPORT BARU YANG BAKAL MENYERTAI KEDAH FA

Kedah buru penyerang baharu

Sylvano Dominique Comvalius

ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mula turun padang memburu penyerang baharu pasukan tersebut walaupun pintu perpindahan kedua pemain Liga Malaysia 2018 hanya akan dibuka awal Mei depan.

Sumber dalaman persatuan tersebut berkata, pihaknya telah menyenaraikan beberapa pemain penyerang import dan akan turun untuk melihat dan menilai prestasi semasa pemain tersebut bersama pasukan semasa masing-masing.

Menurutnya, sekurang-kurangnya enam pemain sedang dinilai pengurusan dan pasukan kejurulatihan Lang Merah antaranya penyerang kelab Liga Utama Thailand dari pasukan Suphanburi FC, Sylvano Dominique Comvalius yang berusia 30 tahun.

“Memang kita tengah mencari dan datang tengok sendiri pemain penyerang import sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat. Setakat ini masih belum ada sebarang rundingan rasmi dimulakan kerana mahu melihat dan menilai terlebih dahulu semua perkara,” katanya.

Bagaimanapun, satu rombongan KFA yang dihantar untuk menilai prestasi Sylvano gagal apabila penyerang tersebut tidak diturunkan berikutan tidak cergas kelmarin semasa aksi menentang Ratchaburi FC di Suphanburi Municipality Stadium.

Penyerang kelahiran Amsterdam, Belanda itu mempamerkan prestasi cemerlang bersama Bali United di Liga Indonesia pada 2017 apabila menjaringkan 37 gol pada 34 penampilan namun bergelut di Thailand apabila masih belum menjaringkan sebarang jaringan sejak enam perlawanan lalu musim ini.

Paulo Rangel.

Turut tersenarai adalah bekas penyerang JDT, Paulo Rangel, 33, yang kini cemerlang bersama Nakhon Ratchasima juga di Liga Utama Thailand apabila menjaringkan 11 gol pada 17 perlawanan bersama pasukan tersebut pada musim 2017.

Paulo Rangel yang juga pernah menyarung jersi Perak, Selangor dan Terengganu adalah penjaring gol terbanyak Nakhon Ratchasima pada musim lalu.

Selain itu, bekas penyerang import Kedah, Ken Ilso, 31, yang kini beraksi bersama Pulau Pinang di saingan Liga Premier juga turut disebut-sebut berada dalam radar Lang Merah.

Ilso membuktikan keupayaannya pada musim lalu apabila berjaya menjaringkan 24 gol pada 26 penampilan bersama pasukan Kedah.

Ken Ilso.

Usaha memburu penyerang baharu Kedah dipercayai adalah untuk membaiki dan mempertajamkan jentera serangan pasukan bagi memberi cabaran kepada pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia selain berusaha membaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini.

Pablo Pallares yang dibawa masuk dari Sepanyol pada musim ini dilihat gagal menyumbangkan gol seperti yang diharapkan walaupun pasukan jurulatih telah memberi ruang kepadanya untuk membuktikan kemampuan.

Inilah 3 Pemain Import Baru Yang Bakal Menyertai Kedah

Sumber : Sinar Harian

INILAH BIODATA PENUH EYRA HAZALI, HEROIN DRAMA MR GREY TERNYATA BUKAN CALANG-CALANG ORANG

INIAH BIODATA PENUH EYRA HAZALI, HEROIN DRAMA MR GREY TERNYATA BUKAN CALANG-CALANG ORANG
Biodata Artis Eyra Hazali, Pelakon Drama Mr Grey

Biodata Eyra Hazali

Nama Penuh : Eyra Hazali
Nama Popular : Eyra Hazali
Asal : W.P Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh Lahir : 21 Februari 1999
Umur : 19 tahun (2018)
Tempat Lahir : Hospital Damai Taman Melawati
Keluarga : Anak keempat daripada tujuh beradik
Kerjaya : Pelakon, model, pelajar
Drama : Samudera Rindu & Mr Grey

Laman Sosial

Twitter : https://twitter.com/EyraHazali21
Instagram : https://www.instagram.com/eyra.hazali/?hl=en
Facebook : https://www.facebook.com/eyra.hazali.5

Gambar Menarik Eyra Hazali

“Suka dialek anak mami dia..”- Watak loghat utara Eyra Hazali dipuji peminat

Bagi peminat drama bersiri Mr.Grey yang ditayangkan di kaca televisyen, sudah pastinya mereka mengenali Eyra Hazali iaitu heroin drama tersebut yang memegang watak sebagai Nisa Ardina.

Penguasaan dialek anak mami.

Melakonkan watak menggunakan loghat utara, Eyra telah mewarisi penguasaan loghat tersebut dari ayah dan datuknya yang berasal dari Pulau Pinang. Drama. Nama Eyra kini semakin dikenali dan telah ‘membuka mata’ pengarah untuk menawarkan peluang berlakon kepada gadis berusia 19 tahun itu.

Drama Mr.Grey dapat sambutan luar biasa.

Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali tidak menyangka bahawa drama yang mempunyai 20 episod itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada masyrakat.

Dek kerana wataknya yang menggunakan loghat utara, beliau sering ditegur peminat dengan loghat utara sama seperti dialog watak Nisa Ardina dalam drama tersebut.

Muzik video Andainya Takdir.

Mungkin ramai yang tidak perasan akan kehadiran beliau dalam industri hiburan ini yang pernah menghiasi video muzik Anuar Zain, Andainya Takdir dengan melakonkan watak sebagai anak kepada Sharifah Sakinah dan Anuar Zain.

Pada usia 11 tahun pula, beliau telah merangkul trofi Pelakon Drama Televisyen (TV) Kanak-Kanak Terbaik pada Anugerah Sri Angkasa 2010 hasil lakonan dalam telefilem Anak Anak Lorong.

Rata-rata netizen telah terhibur dengan lakonan Eyra yang natural dan menjiwai watak menggunakan loghat utara dalam drama Mr.Grey.

Inilah Punca Sebenar Serina Redzuawan Bakal Dipenjara

SELEBRITI Serina Redzuawan bakal berdepan hukuman penjara selepas bekas suaminya Gavin Edward O’luanaigh memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama.

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41, memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu selepas anak Chef Wan itu memuat naik beberapa status di Instagramnya, Mac lalu, sekali gus melanggar perintah persetujuan bersama yang dieksibitkan pada 27 Julai 2017.

Peguam Gavin, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pada prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi, memberitahu mahkamah bahawa permohonan tunjuk sebab itu dibuat berikutan Serina melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama.

Zainul berkata, pada 19 Mac lalu, Serina memuat naik status di laman Instagram miliknya mendakwa Gavin cuba membuli dirinya sebagai ibu selepas tidak membenarkan dia berjumpa anaknya setiap hari sedangkan persetujuan bersama menetapkan responden hanya boleh berjumpa anaknya pada setiap hujung minggu.

Hari yang sama juga, Serina dengan cara yang sama turut menyatakan bekas suaminya itu bersekududukan hingga ditangkap khalwat sedangkan perkara itu adalah tidak benar.

“Pada 20 Mac, Serina memuat naik dua status yang memperlekeh dan memburukkan anak guam saya, dengan mendakwa anak guam saya cuba pisahkan dia dan anaknya di sekolah.

“Pada 21 Mac pula, Serina turut mendakwa Gavin menghalang anak-anak menghadiri kelas agama sedangkan kelas terbabit disediakan oleh pemohon sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Hakim Salehan Yatim menetapkan 21 Mei depan bagi mendapatkan kebenaran permohonan notis tunjuk sebab mengenai perkara itu selain turut membenarkan pemohon Gavin untuk tidak hadir pada tarikh terbabit.

Serina dan Gavin bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Tristan Tareef, 8, dan Isabella Saffiya, 6.

Wow ! Selepas 11 Tahun Steve Irwin Meninggal , Siapa Sangka Anak Daranya Membesar Menjadi Seorang Yang Sangat Berani Seperti “INI”

Wow ! Selepas 11 Tahun Steve Irwin Meninggal , Siapa Sangka Anak Daranya Membesar Menjadi Seorang Yang Sangat Berani Seperti “INI”

Sebut sahaja rancangan The Crocodile Hunter yang pernah disiarkan di Malaysia satu ketika dulu, pasti akan terus teringatkan gelagat seorang lelaki yang begitu berani mendekati pelbagai haiwan berbahaya iaitu Steve Irwin.

Walaubagaimanapun, keberanian Steve akhirnya memakan diri apabila dia diserang oleh seekor ikan pari yang besar hingga menusuk dada Steve ketika cuba melakukan penggambaran untuk programnya. Steve dikatakan meninggal dunia ditempat kejadian.

Kini, legasi dan kerjayanya diteruskan oleh anak perempuan Steve dan Terri iaitu Bindi Irwin. Gadis berusia 16 tahun yang berwarganegarakan Amerika Syarikat ini bercadang untuk bekerja sepenuh masa di Australia Zoo selepas tamat pengajiannya dalam bidang Perniagaan dan Perlancongan.

“Ayah merupakan pahlawan hidupan liar dan kami sangat mengaguminya.Saya masih ingat dia memberi saya nasihat yang membuatkan saya terjebak dalam bidang ini selamanya. Beliau berkata, ‘Anda perlu merawat haiwan dengan cara yang anda ingin dirawat.’ Yang benar.”

Nazrin Mahu Balas Kepercayaan Perak

Pemain sayap Perak, Nazrin Nawi berkata beliau menghargai kepercayaan yang di beri Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk mengekalkan beliau dalam skuad.

Nazrin yang menyertai Perak musim lepas antara pemain yang terus di kekalkan berbanding beberapa rakan beliau seperti Zaquan Adha Razak dan Jasazrin Jamaluddin.

Pemain yang pernah menjulang Piala AFC pada 2015 ini memberitahu Berita Harian, beliau juga menyasarkan untuk menjulang piala bersama ‘The Bos Gaurus’ pada musim lepas.

Beliau juga berkeyakinan dengan kehadiran pemain pemain muda yang bagi beliau mempunyai potensi.

Namun ketika ini beliau sedang mengalami kecederaan ringan dan mungkin akan kembali dalam masa kurang sebulan lagi.

“Secara peribadi saya menyasarkan satu piala. Ini musim kedua saya bersama Perak. Saya lihat ada potensi dalam kalangan pemain muda Perak dan lebih serasi. Saya makin yakin.

“Saya rasa kecederaan ini tidak begitu serius. Mungkin dengan rawatan ia akan mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk sembuh,” jelas pemain dari Kelantan itu.

Sumber – Berita Harian