Lawak bila Jep Sepahtu jadi makcik bawang

(Video penuh dibawah)

PELAWAK Shuib menolak dakwaan yang kedengaran kononnya dia telah ‘dibuang’ daripada bertugas sebagai penyampai segmen pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keputusan untuk berhenti dari stesen radio tersebut sudah dirancang sejak tiga bulan

“Saya bukan dibuang dan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Kalau tak percaya boleh hubungi pihak produksi stesen radio itu sendiri untuk penjelasan.

“Memang saya buat keputusan untuk tak nak sambung kontrak dengan Sepahtu Sinar. Keputusan ini sudah dirancang tiga bulan sebelum

Shuib diminta mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan diberhentikan daripada segmen yang bersiaran pada pukul 6 hingga 10 pagi itu.

Menerusi secara langsung Instagram Shuib pada Rabu, dia mengumumkan tidak lagi kendali segmen bersama Jep dan Rahim itu kerana perlu memberi tumpuan penuh pada perniagaan yang sedang meningkat naik.

Baginya, pengalaman selama dua tahun sebagai penyampai radio sudah mencukupi dan tiba masa untuk dia beralih ke bidang lain.

“Cukuplah dua tahun pengalaman sebagai penyampai radio. Tiba masa untuk beri tumpuan penuh pada perniagaan saya yang semakin baik.

“Kalau saya teruskan dengan radio takut kerja yang lain buat acuh tak acuh. Jadi, lebih baik saya fokus pada yang satu sahaja.

“Lagipun, saya ada terima tawaran menjadi pengacara untuk episod yang panjang. Biar saya mencuba sesuatu yang baru untuk tahun baru,” ujarnya.

Shuib dan isterinya sedang menguruskan perniagaan produk kecantikan dan yang terbaru, madu.

Sumber : Mstar

Lawak bila Jep Sepahtu jadi makcik bawang

Cute kan budak ni? Bestnya dia nyanyi lagu “titanic my heart will go on” korg tngok smpai habis..

 

[Layan video dibawah]

 

 

Kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik kira-kira 103 tahun dulu, dianggap sebagai tragedi maritim paling buruk dalam sejarah dunia.

Lebih 1,500 orang maut dalam tragedi berkenaan tetapi itu juga menyebabkan Titanic dianggap sebagai kapal paling ikonik di dunia.

Walaupun dianggap sebagai kapal paling terkenal di dunia, tidak ramai berpeluang melihat kapal berkenaan secara dekat.

Paling hampir kapal itu boleh dihampiri ialah dengan melawat muzium Titanic di Belfast, Ireland Utara atau menonton filem Titanic yang dilakonkan aktor terkenal, Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.

Namun, sebuah syarikat kini menawarkan pengalaman menyelam pada kedalaman 3.81 kilometer untuk melihat bangkai kapal itu di dasar Laut Atlantik.

Lawatan itu membawa pengunjung melihat tangga mewah Titanic, sauh kapal yang besar dan bilik Marconi yang memancarkan isyarat kecemasan SOS buat kali pertama di dunia.

Peluang sekali seumur hidup itu ditawarkan syarikat Bluefish dan harga pakej istimewa yang sungguh mengejutkan.

Pakej mewah mengembara ke dasar laut dan melihat bangkai kapal paling terkenal di dunia itu bernilai kira-kira £41,000 (RM222,101).

Walaupun harga pakej itu seakan-akan tidak masuk akal, tetapi lebih 40 individu menempah pakej lawatan berkenaan.

Pengarah Bluefish, Steve Sims berkata, mereka menghantar 40 individu ke dasar Lautan Atlantik untuk melihat bangkai Titanic.

“Antara pelanggan kami termasuk isteri seorang bilionair terkenal dalam bidang teknologi. Titanic masih menarik minat sebahagian besar daripada kita,” katanya.

Sims berkata, Bluefish terkenal kerana menyediakan perkhidmatan lawatan menakjubkan dan paling sukar ditemui di dunia.

“Lebih ramai orang pernah pergi ke angkasa lepas daripada melihat Titanic dengan mata mereka sendiri,” katanya.

Pelanggan yang menempah pakej itu akan tinggal di kapal Keldysh sementara menunggu keadaan laut yang sesuai untuk melihat Titanic secara dekat.

Mereka dibawa menaiki kenderaan dasar laut dikenali sebagai MIR I yang mampu menyelam sehingga enam kilometer dan menahan tekanan luar biasa.

Kenderaan itu diperbuat daripada tembaga boleh memuatkan seorang pemandu serta dua penumpang.

Misi selaman itu mengambil masa selama 11 hingga 12 jam dan apabila sampai ke dasar laut, lampu berkuasa tinggi akan dipasang bagi membolehkan pelawat melihat bentuk kapal berkenaan.

Selain badan kapal, pelawat boleh melihat barangan peribadi penumpang seperti kasut dan beg yang melekat pada besi yang berkarat.

Pemandangan itu sudah cukup membayangkan ketakutan penumpang ketika kapal itu karam pada malam 14 April 1912.

Titanic adalah kapal paling besar pada waktu itu dan karam pada pelayaran sulungnya selepas terlanggar bongkah ais.

Kapal itu karam di utara Lautan Atlantik ketika dalam perjalanan dari Southampton, Britain menuju ke New York, Amerika Syarikat.

Selain lawatan yang menakjubkan, pelawat diberi taklimat dan penemuan terkini saintis mengenai kapal sepanjang 269 meter itu.

Selepas lawatan berkenaan, satu majlis bagi memperingati tragedi itu serta semua mangsa yang terkorban turut diadakan.

Kapal Keldysh dan MIR I membuat lebih 15 ekspedisi ke lokasi Titanic bersemadi serta melakukan beratus-ratus selaman.

Tujuan selaman itu bukan hanya pelancongan semata-mata tetapi untuk mendapatkan imej, data dan sampel dari bangkai kapal berkenaan.

Semua maklumat itu digunakan untuk tujuan kajian dan uji kaji saintifik oleh beberapa saintis dari seluruh dunia.

Sejak ekspedisi laut dalam dijalankan di tapak bangkai Titanic pada 1998, tiada sebarang artifak dialihkan.

Dari 2002 hingga 2006, seramai enam individu melawat tapak berkenaan tetapi kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan pakej pelancongan mewah itu terpaksa dihentikan.

Kini perkhidmatan itu disambung semula dan pelawat boleh menempah pakej lebih murah berharga kira-kira £6,820 (RM36,851).

Abam Botak Polis Feat Harry Khalifah…😘😘😘

 

(Tonton video dibawah)

 

Harry Khalifah hargai abang lori
KUALA LUMPUR 7 Sept. – Terkesan dengan pertolongan yang diberikan oleh seorang pemandu lori di lebuh raya kepadanya membuatkan pemain gitar utama kumpulan Khalifah, Harry, mencipta lagu khas untuk golongan tersebut.

HARRY Khalifah cipta lagu khas untuk pemandu lori iaitu Abang Lori Tenonenonet.
Menurut Harry, lagu Abang Lori Tenonenonet yang mula dimuat naik di YouTube sejak 18 Ogos lalu adalah khas untuk pemandu lori atau abang-abang lori.

Katanya, idea untuk mencipta sebuah lagu khas untuk pemandu lori muncul tatkala dia dan anggota Khalifah yang lain dalam perjalanan menuju ke utara untuk mengadakan persembahan.

“Boleh dikatakan sepanjang perjalanan itu saya nampak lebih banyak lori daripada kenderaan lain. Pernah sekali sewaktu di lebuh raya, kereta saya bermasalah dan kebetulan hari hujan. Ada abang lori membantu saya dengan ikut saya dari belakang sehingga sampai ke kawasan rehat.

“Bermula daripada pengalaman itulah, saya terfikir kenapa tidak mendedikasikan sebuah lagu khas untuk abang-abang lori. Saya utarakan idea itu kepada Room None, dia yang tulis lirik untuk lagu Abang Lori Tenonenonet,” ceritanya kepada Utusan Online.

Lagu yang menampilkan irama rock 1990-an itu menggarapkan pengalaman yang pernah dilalui oleh pemandu lori tatkala memandu pada waktu malam sewaktu melalui lebuh raya. Sehingga kini lagu ciptaan dan dendangan Harry itu telah mencecah 758,746 tontonan.

Biarpun tampil dengan single sendiri, kata Harry, dia tetap ahli kumpulan Khalifah kerana setiap anggota bebas untuk melakukan projek solo.

“Saya masih lagi anggota kumpulan Khalifah, hubungan kami masih baik seperti adik-beradik. Sebenarnya sudah dua tahun saya buat projek solo begini. Sebelum ini saya sering menyanyikan semula lagu-lagu lama yang ditukar liriknya menjadi dialek Kelantan.

“Cuma lagu Abang Lori Tenonenonet ini saja yang lagu baharu. Sebelum ini saya pernah rakam semula lagu Dia Milik Orang, Nurhalimah, Mira Saye / Apo Kono Eh Jang (versi Kelantan), Comeynyo Lah Demo, Oh Papa Oh Mama dan Doa Ku Pohonkan yang saya buat khas untuk arwah bapa,” katanya yang turut mencipta lagu Sayang Maafkan Aku, dendangan Syafiq Farhain.

Selain mencipta lagu untuk penyanyi-penyanyi lain, Harry yang tidak kisah jika digelar komposer lagu-lagu kampung turut mencipta lagu untuk bakat-bakat baharu dalam kalangan Orang Asli. Dia yang boleh bercakap dalam bahasa Temuan itu berkata, kebanyakan lagu yang dicipta untuk Orang Asli akan dihantar kepada stesen radio Asyik FM.

“Kalau nak tahu Orang Asli ini pun ada yang berbakat. Mungkin selepas ini saya nak bantu mereka buat single pula. Lagipun irama yang mereka suka itu tidak jauh beza dengan muzik yang kita dengar, kalau beza pun dari segi bahasa saja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Bila anak murid perform lagu ‘Lagi Syantik’ khas buat cikgu

 

(layan video dibawah)

 

“Bukan Tiru Syahrini”- SITI BADRIAH Tular Sekelip Mata Dengan ‘Lagi Syantik’
Lagu Lagi Syantik meletakkan nama Siti Badriah, antara penyanyi terkenal Indonesia.

‘LAGI SYANTIK’ dengan penyanyinya, Siti Badriah, kini sudah tembus dengan muzik videonya ditonton lebih dari 166, 231, 298 kali ketika artikel ini disiarkan.

Sekelip mata, penyanyi berusia 27 tahun yang sekali imbas wajahnya dilihat persis Ayda Jebat, menjadi viral dan lagunya Lagi Syantik banyak dibuat cover, termasuklah oleh selebriti Malaysia.

Bahkan, kanak-kanak berusia lima tahun sudah pandai meniru gaya nyanyian dan tarian yang dipersembahkan bintang keluaran syarikat rakaman Nagaswara ini.

Sejak diposting di YouTube pada 22 Mac lalu, lagu ciptaan pemuik Yogi dan Donall, terus mendapat tempat di hati netizen.

Lagi Syantik dibikin mengikut kata-kata yang biasa kita dengar dari pergaulan anak-anak muda yang menyebut kata cantik dengan menyebut ‘syantik.’

Berkonsep muzik ReggaeDhut, dipadukan dengan ciri khas vokal Siti Badriah atau mesra dipanggil Sibad hingga menempatkan namanya sebagai antara penyanyi dangdut papan atas dunia muzik Indonesia.

Meledaknya lagu tersebut seiring nama Siti Badriah, timbul pula kata-lata kurang enak kononnya Siti Badriah sengaja meniru Syahrini yang sudah diketahui umum gemar menggunakan perkataan ‘syantik’.

Siti Badriah, seklai imbas dipandang persis Ayda Jebat.
“Inspirasi itu kan bisa datang dari mana aja, kan? Kalau dibilang saya meniru Syahrini, itu terserahlah orang nak kata apa pun.

“Pada saya, semuanya rezeki. Dalam berkarya, harus positif. Perkataan cantik itu kan umum, sesiapa pun boleh pakai,” jelas Siti Badriah tentang lagu yang dibikin hanya dalam tempoh satu jam.

Sebelum ini, Siti Badriah sudah ada beberapa single nampun kebanyakannya hanya mencapai tontonan sebanyak 10 juta penonton sahaja. Beliau turut berlakon filem dan sinetron.

“Tidak sangka lagu ini akan boom! Alhamdulillah saya sangat bersyukur. Doakan kejayaan ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Semoga masyarakat ngak cepat bosan mendengar lagu ini.

“Terima kasih yang tak terhingga untuk semuanya yang sudah menyokong dan tetap suka dengan lagu Lagi Syantik,” ujar Siti Badriah yang merampas takhta juara oleh lagu Sayang nyanyian Via Vellen.

Siti Badriah lahir di Bekasi, 11 November 1991. Siti telah aktif menyanyi semenjak sekolah rendah.

Berkat bakat dan darah seni yang mengalir dalam tubuh Siti, seorang pencipta lagu bernama Endang Raes kemudian menawarkannya untuk membawakan lagu ciptaannya yang kemudian diterima Siti.

Kemudian Siti mengeluarkan single berjudul Melanggar Hukum ciptaan Endang Raes. Antara single sebelum ini, Suamiku Kawin Lagi, Goyangan Manjur dan Brondong Tua yang cukup banyak dinikmati masyarakat.

 

Seronok Anaqi layan daddy Zahiril Adzim menyanyi…

(Video dibawah)

PELAKON Zahiril Adzim mendedahkan dia berasa kekok apabila perlu bersikap romantis terhadap isterinya, Shera Aiyob ketika mereka menjayakan sebuah drama bersiri, Perempuan Paling Bahagia.

Zahiril, 34, mengakui dia bukan seorang lelaki romantik dan melakonkan babak-babak itu dengan Shera membuatkan dia berasa kurang selesa.

“Jujurnya ia pengalaman sukar apabila perlu berlakon dengan Shera kerana status kami sebagai suami-isteri. Apabila pandang wajahnya pun saya rasa hendak ketawa apatah lagi bila ada babak romantik.

“Sebelum dah selepas berkahwin pun bukanlah kami romantik sangat jadi rasa macam ‘poyo’ pula,” katanya.

Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia menerima tawaran berlakon bersama Shera kerana mereka kali terakhir bekerjasama menerusi drama Juvana.

Kata Zahiril, meskipun berasa kekok namun gandingan itu sebenarnya memberi banyak kelebihan terutamanya isu bersentuhan di antara lelaki dan wanita memandangkan mereka mempunyai ikatan suami-isteri.

“Di sebalik rasa kekok tetapi lama kelamaan ia jadi mudah terutamanya apabila melibatkan adegan memerlukan kami bersentuhan.

“Kebetulan pihak Astro Oasis memang mencari pasangan pelakon suami-isteri jadi ia memudahkan.

“Kadang-kadang kami berbincang mengenai watak sampai ke rumah tetap nasib baik tidak terbawa-bawa,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Seronok Anaqi layan daddy Zahiril Adzim nyanyi…

Aksi Wrestling Sukma Terengganu vs Johor

 

(Video dibawah)

Pasukan Sukma Terengganu telah berjaya mengalahkan Johor dengan jaringan 2-1 sekaligus menamatkan peluang Johor untuk ke peringkat suku akhir dan terkeluar dari Kejohanan bolasepak Sukma.. dan ending die.. nin diaaa hahahaha.. sabar anak2 muda.. perjalanan anda masih jauh.

 

 

Bola sepak singkap tirai SUKMA Ke-19

IPOH: Tirai Sukan Malaysia Perak 2018 (SUKMA Perak XIX) mula disingkap menerusi acara bola sepak esok. Perlawanan antara Negeri Sembilan dan Perlis di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) petang esok menjadi pembuka gelanggang temasya dwitahunan edisi ke-19 itu.

Pertembungan dua pasukan dalam Kumpulan A itu akan berlangsung pada jam 4.30 petang. Pada masa sama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor berentap di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.

Begitupun, tumpuan pastinya satu lagi perlawanan Kumpulan A iaitu antara pasukan tuan rumah, Perak yang juga juara bertahan menentang Sarawak pada jam 8.45 malam di Stadium MPM. Acara bola sepak diadakan di tiga tempat iaitu di daerah Manjung, UPSI dan Stadium Mini Parit Buntar (kumpulan C) .

Malah, di daerah Manjung perlawanan turut diadakan di Stadium TLDM, Lumut untuk kumpulan D membabitkan Pahang, Kedah, Kelantan dan Selangor. Turut diadakan di daerah Manjung ialah acara futsal yang berlangsung di Manjung Indoor Sports Arena (MISA) mulai Ahad.

Antara penyanyi yang pernah nyanyi lagu Srikandi Cintaku OST Hantu Kak Limah

(Video penuh dibawah)

“DINGIN malam, tirai kenangan ku, menyerlahkan sekurun ingatan.
Terciptalah rimba kehidupan, percintaan dalam perjuangan…”

Itu antara bait lagu Srikandi Cintaku yang pernah menjadi siulan anak muda ketika era kegemilangan ‘rock jiwang’ pada 1980-an dahulu.

Malah, tidak boleh dinafikan lagu ini kekal popular sehingga kini sehingga menjadi pilihan buat kaki karaoke sekiranya ingin melepas gian menyanyi.

Dek kerana populariti yang diraih lagu nyanyian kumpulan Bloodshed ini, ia pernah menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu ketika zamannya.

Kini selepas hampir 30 tahun kelahiran lagu itu, penulis bertemu dengan bekas vokalis lagu tersebut Rosdan Baharom di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi menggamit semula memori yang hampir terpadam tersebut.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, lagu itu memalit ‘kenangan pahit’ buat abang,” kata Rosdan kepada penulis tatkala berbicara mengenai lagu ‘berhantu’ tersebut.

Katanya, lagu itu dinyanyikannya dalam terpaksa kerana dipaksa oleh M Nasir untuk membuat rakaman ketika pukul tiga pagi.

“Mula-mulanya abang ingat lagu Panah Arjuna dengan Epik Cinta akan meletup tapi entah macam mana lagu Srikandi Cintaku yang popular.

“Abang tidak boleh dengar lagu itu, menyanyi dalam keadaan marah, bila abang dengar balik lagu itu ada sahaja tidak betul, sebab masa nak buat rakaman itu abang tengah tidur, tiba-tiba N Nasir suruh kawan abang gerak untuk buat rakaman.

“Mana ada orang nyanyi pukul tiga pagi, dengan suara ‘berkerak’. Buat pukul tiga pagi sebab N Nasir tidak mahu buang masa, tetapi pada orang lagu ini ‘best’.

“Lagi satu lagu ini susah hendak nyanyi selepas itu, sebab mood itu tak sama ketika buat rakaman,” katanya dalam keadaan tawa sewaktu mengimbau kenangan rakaman lagu itu.

Katanya lagi, namun dalam keadaan memaksa dia syukur kerana lagu itu siap juga dirakamkan.

“Abang habis juga buat rakaman iaitu dalam jam 6 pagi,” katanya lagi ketika mengimbas kenangan 30 tahun lalu.

Sumber : BH Online

Antara penyanyi yang pernah nyanyi lagu Srikandi Cintaku OST Hantu Kak Limah

Perhh mantap! Bila Achey jadi vokalis kumpulan Kristal

(Saksikan Video penuh dibawah)

PELAWAK dan penyanyi Achey menyangkal dakwaan dia bakal menggantikan Lan Solo sebagai vokalis terbaharu kumpulan Kristal.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 32, sebaliknya menjelaskan salah faham itu timbul selepas kumpulan rock itu memuat naik videonya menyanyikan lagu Suatu Kenangan bersama Kristal di YouTube

“Sebenarnya itu hanya projek istimewa, Kristal panggil beberapa penyanyi lain menyanyikan lagu popular mereka termasuk saya dan video itu di muat naik ke YouTube.

“Tak sangka pula ia jadi isu besar… Apabila Kristal minta saya nyanyikan lagu Suatu Kenangan itu saya setuju sebab memang sejak dulu minta mereka.

“Tetapi saya bukannya pengganti Lan seperti diperkatakan,” katanya

Dalam pada itu, Achey berkata, sekiranya dia diberi tawaran sebagai vokalis Kristal dia mungkin terpaksa menolak kerana terikat dengan pelbagai komitmen termasuk anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah Nasir

Malah kata Achey, dia tidak melihat dirinya mampu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai sebuah kumpulan muzik kerana masih melihat dirinya sebagai seorang pelawak dan penghibur pentas.

“Kalau undangan istimewa itu apa salahnya tetapi untuk komitmen sepenuh masa rasanya sekarang bukanlah masa sesuai.

“Saya tidak bersedia selain melihat diri saya sebagai pelawak dan bukannya penyanyi kumpulan rock… Tanggungjawab itu besar,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Achey berkata, dia sedang dalam proses rakaman single terbaharu yang diciptanya sendiri untuk Nur Tiara berjudul Anak.

Sumber : Mstar

Perhh mantap! Bila Achey jadi vokalis kumpulan Kristal

Luar Biasa! Dia ada keupayaan tiru suara semua orang.. Tengok saat 0:55

 

(Video dibawah)

 

 

Ingin menyanyi dan berkongsi bakatnya sejauh yang boleh dalam industri, itulah hasrat pendatang baru bidang seni suara, Ariff Bahran.

Ariff atau nama penuhnya Muhd Ariff Bahran Ahmad Azhari, 19, optimis untuk mencari tapak dalam bidang seni dicintainya itu. Apalagi, itulah impiannya sejak kecil.

Menjadikan penyanyi dari Indonesia iaitu Judika sebagai inspirasi, anak jati Kuala Lumpur ini mahu menjadi sehebat penyanyi berkenaan pada suatu hari nanti.

“Corak nyanyian saya memang banyak mendapat inspirasi daripada Judika. Selama ini saya menjadikan dia sebagai rujukan baik vokal, persembahan atau auranya di pentas.

“Saya tidak pasti bagaimana mahu menggambarkannya dengan tepat tetapi dia memang hebat daripada pelbagai sudut. Disebabkan itulah saya berusaha untuk mencapai ke tahap sepertinya suatu hari nanti,” katanya.

Ariff yang kini mula meraih perhatian peminat menerusi single berjudul Kata Akhirmu bukanlah asing dalam bidang ini. Ada peminat mengikuti perjalanan seninya sejak menyertai program Pop Krew pada 2013.

Bagaimanapun, katanya, impak penyertaan program itu tidaklah segah mana. Disebabkan itu dia mengambil pendekatan berkarya di platform muzik Soundcloud.

Banyak menyanyikan semula lagu penyanyi lain, dia bersyukur meraih pengikut bermula daripada platform itu bahkan label Rusa Music turut menemui bakatnya dari sana.

“Platform itu nyata banyak membantu saya daripada sudut membina nama. Ia juga menjadi motivasi terbaik untuk terus berkarya apabila pengikut menyukai nyanyian saya,” katanya.

Dengan lambakan penyanyi baru yang lebih kurang usianya sekarang, Ariff tidak mahu memikirkan sangat hal persaingan sebaliknya teguh dengan hasrat asalnya untuk memperdagangkan bakat diri.

Menurutnya, dia cuma mahu pergi sejauh mungkin dalam industri seni sekali gus impiannya mendapat sokongan ramai termasuk ibu bapanya.

“Ikutkan hati, saya berjanji akan pergi sejauh mungkin dalam industri seni ini. Saya tidak pasti bagaimana akan lakukannya, namun yang pasti saya mahu memberi sepenuh jiwa dalam bidang muzik.

“Saya juga perlu akur dengan ketentuan rezeki. Andai ditakdirkan ia bukan untuk saya, saya tetap akan usahakan sesuatu yang menjadi keutamaan dalam hidup,” katanya.

Namun, kata Ariff, dia bersyukur sejak berada di bawah pengurusan label Rusa Music, ia banyak membantu perjalanan karier seninya.

“Jika selama ini banyak buat muzik sendirian, sekarang barulah saya berasa lega apabila urusan karier seni banyak diuruskan syarikat. Semestinya ia sangat bermakna buat saya kerana inilah peluang untuk menembusi industri,” katanya.

Bergelar pelajar di International University Malaysia-Wales dalam jurusan Asas Seni, Kuala Lumpur, nyata tidak menghalangnya untuk aktif sepenuhnya dalam bidang muzik.

“Sebenarnya, tiada isu pun kalau bercerita mengenai pembahagian masa disebabkan jadual kelas saya pun sangat fleksibel. Ia tidak mengganggu pun jika saya terbabit sebarang aktiviti seni.

“Oleh itu, saya tiada alasan untuk tidak memberikan komitmen dalam kerjaya muzik. Sekarang adalah masanya untuk fokus sepenuhnya dan saya sangat teruja dengan segala kemungkinan mendatang,” katanya.

Brader ni kembali ! marah betul kali ni dia marah pasal set2 kahwin muda yang bagi tips pula.

 

(Video dibawah)

 

PERKAHWINAN bukanlah seindah dongeng Cinderella seperti yang diimpikan oleh setiap insan. Dan ia juga bukanlah dongeng duyung yang berakhir dengan kesepian. Perkahwinan ialah penyatuan jiwa dan telolet kebahagian untuk insan yang berjiwa ikhlas dalam menerima.

Apabila berbicara tentang perkahwinan semua menganggapnya indah, namun sedarkah mereka dalam sesebuah perkahwinan ada turun naiknya. Perkahwinan pada usia muda sudah menjadi kebiasaan di negara kita. Perkahwinan pada usia muda banyak berlaku di kalangan orang Melayu sendiri berbanding dua etnik utama yang lain di negara ini. Agak menyedihkan apabila kajian yang sama mendapati keadaan itu wujud kerana pasangan dibelenggu nafsu semata mata.

Persoalannya, adakah berkahwin dalam peringkat usia yang masih muda atau dalam umur belasan tahun masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga? Adakah mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga, suami dan isteri serta sebagai ibu bapa setelah dikurniakan cahaya mata?

Kurangnya ilmu pengurusan rumah tangga juga menjadikan perceraian di kalangan kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain di negara ini. Perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Ibarat syurga di dunia jika bijak melayarinya. Tetapi ada yang kekal dalam perkahwinan dan ada yang bercerai. Malah yang paling mengejutkan ada yang baru berkahwin juga sudah bercerai. Apabila berlaku perkahwinan singkat atau berkahwin untuk beberapa hari, maka ramai yang menuding jari ke arah mereka yang berkahwin di usia muda. Ini kerana pada mereka golongan yang berkahwin pada usia muda tiada ilmu rumah tangga, tidak mempunyai kewangan yang kukuh, tidak sabar dan seumpanya. Bila bertengkar pasti bercerai. Benarkah situasi ini berlaku kepada semua pasangan yang berkahwin pada usia muda?

Terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith Rasulullah SAW yang menerangkan tentang galakan dan suruhan Islam berhubung perkahwinan terhadap umatnya dengan menggariskan syarat-syarat yang teratur dalam menegakkan konsep perkahwinan Islam secara syumul, universal dan berhikmah. Antaranya, Firman Allah SWT dalam surah an nur ayat 32.

Ayat tersebut jelas menerangkan tentang galakan berkahwin ke atas umat Islam. Ia menjelaskan juga bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk berkahwin kerana keperluan kepada pasangan hidup adalah perlu selama mana keadaan jasmani seseorang itu berkemampuan..

Namun yang menjadi persoalan sekarang, masyarakat memandang serong dan ambil mudah dengan perkahwinan di usia muda. Ada yang mengatakan kahwin muda kerana menutup aib atas dasar keterlanjuran. Kita sepatutnya mengubah perspektif atau pandangan masyarakat yang serong terhadap perkahwinan di usia muda.

Sebenarnya mengikut anjuran Islam perkahwinan ini sangat mudah. Cuba kita nilai situasi berikut, seorang pemuda datang berjumpa dengan ayah si perempuan lalu menyatakan hasratnya untuk menjadikan si perempuan itu isterinya. Lalu ayah perempuan itu bertanya berapa yang kamu ada sekarang? Lalu dijawab oleh pemuda itu saya ada RM100. Pak cik itu menjawab, baik simpan untuk maharnya, walimahnya sederhana sahaja, cukuplah sekadar meraikan hari bahagia dan hebahkan pada orang ramai. Subhanallah! senangnya ingin mendirikan masjid. Itulah sebenarnya anjuran Islam.

Dalam bab munakahat ini, Islam tidak meletakkan syarat yang membebankan umatnya. Apa yang penting adalah sunnah nikah itu, dan diri terpelihara daripada perkara yang merosakkan. Sekarang bagaimana situasinya? Nilailah situasi sekarang jika ingin mendirikan rumah tangga. Nilailah hantaran yang diminta kini, dengan dulang-dulang sebagai hantaran sedangkan pada agama cukup pada kemampuan membayar mas kahwin.

Mas kahwin itu ialah hadiah untuk wanita bukanlah syarat beg tangan beratus ratus pada harga serta perhiasan dan alat solek yang berjenama sebagai hadiah dalam kesempurnaan perkahwinan. Memang pada hakikatnya bukan semua ibu bapa beranggapan seperti itu. Alhamdulillah bagi ibu bapa yang menitikberatkan nilai sebuah perkahwinan ini sebagai asas agama, dengan tidak membebankan pasangan yang ingin berkahwin.

Sesungguhnya barakah itu pada mahar yang murah. Saya membuat penilaian tentang pemikiran kebanyakan orang tentang perkahwinan di usia muda, ramai yang mengatakan perkahwinan ini atas dasar nafsu semata mata. Betapa negatifnya fikiran sebegini sedangkan perkahwinan itu satu tuntutan dalam agama. Kebanyakkan ibu bapa akan berkata begitu pada anak anak mereka, tetapi andai mereka berada di tempat anak-anak, dengan persekitaran yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah maksiat, nescaya mereka ini pasti akan ada keinginan untuk berkahwin di usia muda.

Melalui sistem perkahwinan, ia akan meningkatkan rasa tanggungjawab dan berusaha di kalangan kaum lelaki dan wanita. Sebagai contoh kaum lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka bagi tujuan memenuhi hak-hak orang yang berada dibawah tanggungan dan jagaannya.

Selain itu, seseorang yang berkahwin dapat bermujahadah dan melatih dirinya dengan menjalankan pentadbiran dan pengurusan, menjaga dan menjalankan tanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Islam menggalakkan perkahwinan dan menyeru supaya berkahwin dengan penuh keimanan kepada Allah. Ini kerana selalunya perkahwinan itu sendiri akan memperbaiki keadaan yang sulit. Melalui perkahwinan, si suami akan bekerja bersungguh-sungguh memperbaiki kedudukan ekonomi, menghadapi cabaran dan tanggungjawab secara lebih telus dan si isteri pula membantu memelihara perbelanjaan keluarga.

Pada hakikatnya tiada masalah yang akan wujud sekiranya semua pasangan melakukan tanggungjawab masing masing dengan baik. Realitinya ibu bapa takut untuk mengahwinkan anak di usia muda kerana bimbang akan keadaan anak dari segi keperluan asas serta perbelanjaan masa hadapan. Saya ulaskan dengan lebih mendalam tentang masalah ini, Adakah apabila sah bergelar suami isteri maka bantuan memenuhi keperluan daripada ibu bapa itu tidak boleh diterima oleh anak anak? Tidak salah bukan?

Malah anak anak juga dengan kudrat mereka mampu bekerja bagi menampung keperluan hidup mereka walaupun bersederhana. Dalam mengharungi rumah tangga mereka di usia yang masih muda dan dalam status sebagai pelajar lagi, maka ibu bapa juga merupakan tempat dan perangsang bagi pasangan ini untuk menempuh hari-hari sebagai suami dan isteri.

Rumahtangga Islam dibina adalah berpaksikan ikatan perhubungan jiwa dan emosi yang suci serta luhur dan tidak berpura-pura. Rumahtangga yang dibina hendaklah berasaskan ketaqwaan, pasangan suami isteri yang saling menghormati dan melindungi antara satu sama lain. Begitu juga pergaulan yang baik di antara suami isteri seterusnya akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kebersamaan di dalam mengendalikan sesebuah rumahtangga. Perkahwinan menambahkan lagi kekuatan rohani, khusyuk dalam beribadah serta pengabadian diri kepada Allah SWT. Menerusi perkahwinan dapat mententeramkan perasaan berahi yang membara dalam jiwa manusia. Begitu juga dapat mendamaikan kerunsingan-kerunsingan jiwa kerana segala permasalahan hidup dapat dikongsi bersama dengan pasangan masing-masing. Sabda Rasulullah SAW:

مُتَأَھِّلِ غَیرِ مِنْ رَكْعَةً سَبْعِینَ مِنْ خَیرٌ مُتَأَھِّلِ مِنْ رَكْعَتَانِ

Maksudnya: “Dua rakaat sembahyang dari orang yang telah berumah tangga lebih baik daripada sembahyang orang yang masih belum berumahtangga.”

Pemilihan pasangan pada hakikatnya boleh menjadi salah satu pencetus masalah keruntuhan rumahtangga sekiranya ia tidak difahami dan tidak dilakukan dengan betul. Aspek tersebut dianggap penting dalam mewujudkan keserasian dan persefahaman setelah akad nikah dimeterai. Oleh sebab yang demikian, maka matlamat dalam pemilihan pasangan perlu difahami dengan tepat agar tidak mendatangkan mudarat kepada perkahwinan yang telah dimeterai, sama ada masyarakat menyokong atau menentang tentang isu kahwin muda ini. Apa yang perlu difahami adalah bahawa setiap individu mempunyai pandangan dan prinsip masing masing.

Kesimpulanya , berkahwin pada usia muda adalah terpuji. Namun pastikan kamu cukup bersedia untuk menempuh alam rumah tangga ini pada usia muda. Dapatkan restu kedua belah pihak dan kecapilah keindahan rumah tangga sebaik baiknya. – HARAKAHDAILY 19/4/2017

Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Islam Sains Malaysia