Inilah 5 Pemain Paling Banyak Membuat Penampilan Dalam Kejohanan Piala Dunia

Buat kali pertama dalam sejarah penganjuran kejohanan Piala Dunia, edisi 2018 kali ini akan diadakan di negara Russia. Piala Dunia telah melahirkan banyak bintang baharu sejak penganjuran kali pertama di Uruguay pada tahun 1930 tetapi hanya beberapa pemain sahaja yang mendapat peluang beraksi di kejohanan yang paling berprestij itu.

Ia merupakan satu penghormatan tertinggi dalam kerjaya bola sepak pemain jika dipilih mewakili negara di pentas Piala Dunia.

Namun, tidak semua pemain yang mempunyai rekod penampilan paling banyak dalam kejohanan Piala Dunia ini kecuali 5 pemain ini yang telah dikenalpasti sebagai antara pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam edisi yang berbeza.

Diego Maradona

Lagenda Argentina, Diego Armando Maradona telah mewakili negaranya dalam 4 edisi kejohanan Piala Dunia yang berbeza iaitu pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1994. Beliau merupakan kapten skuad kebangsaan Argentina ketika pasukannya menjuarai Piala Dunia pada tahun 1986 di Mexico. Malah, pada tahun 1990, beliau membantu Argentina layak ke perlawanan akhir Piala Dunia di Itali tetapi tessa le-ada Jerman.

Maradona telah membuat penampilan sebanyak 21 kali untuk negaranya dan merupakan antara 5 pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam kejohanan Piala Dunia. Terkenal dengan jaringan cantik dan pelbagai kontroversi di atas padang, Maradona merupakan pemain yang luar biasa dengan kemahiran individu yang berbeza dengan pemain lain.

Sepanjang mewakili pasukan Argentina dalam Piala Dunia ini, Maradona mempunyai rekod 12 kemenangan, 4 kekalahan dan 5 seri dalam 4 kejohanan Piala Dunia. Edisi Piala Dunia 1986, adalah di mana Diego Maradona mengisytiharkan dirinya sebagai pemain bola sepak terhebat di dunia. Selain kontroversi jaringan ‘Hand of god’, beliau juga dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan, yang sekaligus memartabatkan beliau sebagai pemain terbaik dalam sukan bola sepak pada era itu.

Uwe Seeler

Setanding dengan Maradona, penyerang Lagenda Jerman, Uwe Seeler telah membuat penampilan sebanyak 21 perlawanan dalam sejarah kejohanan Piala Dunia yang melibatkan 4 edisi iaitu pada tahun 1958, 1962, 1966 dan 1970.

Walaupun beliau beraksi dalam 4 edisi Piala Dunia, Seeler masih gagal membantu Jerman menjuarai Piala Dunia dan hampir melakukannya pada tahun 1966 dimana pasukannya sekadar bergelar naib juara. Beliau juga sempat membantu Jerman raih kedudukan ketiga pada tahun 1970 selepas ditewaskan oleh Itali di peringkat separuh akhir.

Rekod tidak memenangi sebarang trofi Piala Dunia ternyata tidak menjejaskan beliau apabila masih memegang rekod jaringan terbanyak dan diiktiraf sebagai antara penyerang terbaik Jerman. Rekod beliau bersama Jerman sepanjang beraksi dalam Piala Dunia ialah 13 kemenangan, 4 seri dan 4 kekalahan.

Seeler sentiasa berbahaya apabila berada di depan gawang gol dan telah menjaringkan 9 gol dalam 4 penampilan edisi kejohanan Piala Dunia yang berbeza.

Paolo Maldini

Bekas pemain pertahanan Itali dan AC Milan, Paolo Maldini sentiasa diingati oleh peminat bola sepak dari seluruh dunia sebagai pemain pertahanan terbaik yang pernah dilahirkan. Sepanjang dalam kerjaya bola sepaknya selama 2 dekad, Maldini telah mempamerkan keberanian dan kesungguhannya di atas padang sehingga dihormati oleh lawan dan kawan.

Pemain pertahanan versatil ini telah beraksi dalam 23 perlawanan dalam 4 edisi Piala Dunia yang berbeza iaitu pada tahun 1990, 1994, 1998 dan 2002. Malah, beliau sempat membantu Itali muncul sebagai naib juara pada tahun 1994 dan tempat ketiga pada tahun 1990.

Maldini telah mencatat 14 kemenangan, 6 seri dan 3 kekalahan sepanjang penglibatan beliau bersama skuad kebangsaan Itali dalam 4 kejohanan Piala Dunia ini.

Misroslav Klose

Penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia, Miroslav Klose mempunyai rekod jaringan sebanyak 16 gol dalam kejohanan Piala Dunia. Penyerang kelahiran Jerman ini telah bermain untuk negaranya dalam Piala Dunia pada tahun 2002, 2006, 2010 dan 2014. Beliau juga telibat dalam skuad Jerman yang menjulang trofi Piala Dunia di Rio, Brazil pada tahun 2014.

Klose juga mempunyai 24 penampilan dalam sejarah kejohanan Piala Dunia dan merupakan pemain kedua yang paling banyak beraksi dalam kejohanan berprestij itu. Dunia mengenali beliau sebagai penyerang yang berbahaya dan bijak menghidu peluang apabila berada di depan gawang gol lawan. Ini dapat dibuktikan melalui statistik jaringannya sepanjang dalam kejohanan Piala Dunia.

Klose juga memenangi anugerah kasut emas ketika kejohanan Piala Dunia 2006 dan diiktiraf sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Rekod beliau bersama skuad Jerman dalam kejohanan ini ialah 17 kemenangan, 3 seri dan 4 kekalahan.

Lothar Matthaeus

Bekas kapten skuad kebangsaan Jerman, Lothar Matthaeus telah memimpin negaranya memenangi trofi Piala Dunia pada tahun 1990 di Itali. Matthaus adalah antara 3 pemain di dunia bersama Antonio Carbajal dan Gianluigi Buffon yang membuat penampilan dalam 5 edisi kejohanan Piala Dunia.

Beliau mempunyai rekod 25 penampilan dan sentiasa disenaraikan berada dalam skuad Piala Dunia Jerman pada tahun 1982, 1986, 1990, 1994 dan 1998. Selain beraksi di posisi serangan, Matthaeus juga mampu beraksi di poisisi tengah dan memainkan peranan “box to box midfielder”.

Memiliki pelbagai skill individu dan kemahiran yang tertinggi, sentiasa memenangi trofi dalam sukan bola sepak, Lothar Matthaeus merupakan lagenda sebenar bola sepak Jerman. Beliau juga merupakan pemain yang paling kaps dengan skuad kebangsan Jerman iaitu 150 kaps.

Semuanyabola.com

Inilah Jumlah Bayaran Yang Diterima Oleh Pengadil Piala Dunia Russia 2018

Menurut laman web rasmi FIFA pada 29 Mac 2018, seramai 36 orang pengadil dan 63 pembantu pengadil telah dipilih untuk mengendalikan perlawanan dalam kejohanan Piala Dunia 2018 di Russia.

Tugas pengadil untuk mengendalikan seebuah perlawanan tidak semudah disangka kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai faktor seperti tempo perlawanan dan pada masa yang sama perlu membuat keputusan yang kritikal yang sentiasa menjadi topik hangat dalam dan luar padang.

Sebuah portal sukan dari Brazil UOL Esporte baru-baru ini telah mengeluarkan satu artikel mengenai berapa jumlah bayaran yang akan diterima oleh pengadil-pengadil serta pembantu pengadil dalam kejohanan Piala Dunida 2018 di Russia.

Menurut artikel yang dikeluarkan, pengadil akan dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan pengalaman dan perkembangan karier mereka.

Pengadil yang terkemuka seperti Felix Brych dari Jerman, Cuneyt Cakir dari Turki dan Nestor Pitana dari Argentina akan dibayar sebanyak €57,000 dan elaun €2,500 bagi setiap perlawanan yang dikendalikan mereka.

Manakala bagi pembantu pengadil pula, mereka akan dibayar sebanyak €20,000 dan elaun €1,600 bagi setiap perlawanan yang terlibat.

Sehingga kini FIFA masih belum menentukan siapa yang akan mengendalikan perlawanan-perlawanan di Russia nanti dan mungkin hanya akan ditentukan selepas tamat Seminar Pengadil FIFA yang akan berlangsung pada 4 Jun 2018, 10 hari sebelum sepak mula diantara Russia bertemu Arab Saudi.

Sumber: VOCKET FC

Skuad Penuh Portugal Piala Dunia 2018, Tanpa Nani dan Eder

Portugal hari ini mengumumkan skuad penuh Portugal piala dunia 2018 Russia.

Penyerang, Eder dan Nani, dua nama besar yang diketepikan daripada skuad Piala Dunia Portugal dengan jurulatih pasukan kebangsaan, Fernando Santos memilih pemain muda, Andre Silva dan Goncalo Guedes bagi berpasangan dengan bintang, Cristiano Ronaldo.

Pemain lain yang tidak senaraikan dalam skuad 23 pemain itu termasuklah Andre Gomes, yang mengalami nasib sama seperti Eder dan Nani.

Ketiga-tiga pemain ini adalah antara tonggak yang bermain dalam Kejohanan Eropah 2016 (Euro 2016) yang menyaksikan Portugal muncul juara.

Pemain tengah Porto FC yang cedera, Danilo Pereira juga tidak disenaraikan.

Pada usia 33 tahun, pemenang lima kali Ballon d’Or, Ronaldo serta pemain berusia 34 tahun, Ricardo Quaresma menjadi hanya dua pemain berusia lebih 30 tahun di bahagian serangan Portugal.

Eder menjaringkan gol kemenangan ketika tambahan masa pada final Euro 2016 berdepan Perancis tetapi tidak menampilkan persembahan terbaik bersama Lokomotiv Moscow musim ini.

Dia hanya menjaringkan empat gol ketika pasukannya meraih gelaran Liga Perdana Russia, sekaligus gagal memikat hati Santos.

Nani, 31, yang juga pemain ketiga dengan rekod penampilan terbanyak di belakang Ronaldo dan Luis Figo dengan 112 penampilan, hanya bermain 24 perlawanan bersama Lazio.

“Daripada aspek kemanusiaan, adalah amat sukar menyisihkan pemain yang bersama kami pada Euro 2016,” kata pengendali berusia 63 tahun itu.

“Mereka semua memberi sumbangan dalam mencipta sejarah bola sepak Portugal. Tapi saya perlu buat pilihan untuk menjadikan ia lebih baik.” – AFP

Info: Skuad Portugal

  • Penjaga gol: Anthony Lopes (Lyon/FRA), Beto (Goztepe/TUR), Rui Patricio (Sporting Lisbon)
  • Pertahanan: Bruno Alves (Glasgow Rangers/SCO), Cedric Soares (Southampton/ENG), José Fonte (Dalian Yifang/CHN), Mario Rui (Napoli/ITA), Pepe (Besiktas/TUR), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund/GER), Ricardo Pereira (FC Porto), Ruben Dias (Benfica)
  • Tengah: Adrien Silva (Leicester City/ENG), Bruno Fernandes (Sporting Lisbon), Joao Mario (West Ham/ENG), Joao Moutinho (Monaco/FRA), Manuel Fernandes (Lokomotiv Moscow/RUS), William Carvalho (Sporting Lisbon), Bernardo Silva (Manchester City/ENG)
  • Penyerang: Andre Silva (AC Milan/ITA), Cristiano Ronaldo (Real Madrid/ESP), Gelson Martins (Sporting Lisbon), Goncalo Guedes (Valencia/ESP – dipinjamkan dari Paris Saint-Germain/FRA), Ricardo Quaresma (Besiktas/TUR)

Skuad Penuh Perancis Piala Dunia 2018

Hari ini jurulatih Perancis, Deschamps mengumumkan skuad penuh Perancis piala dunia 2018 Russia.

Bintang Marseille, Dimitri Payet tidak disenaraikan dalam skuad Piala Dunia Perancis, selepas pengumuman jurulatih, Didier Deschamps hari ini – sekali gus melengkapkan tempoh 24 jam yang sukar buat pemain perancang itu.

Bekas pemain West Ham United itu terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan hamstring pada babak pertama final Liga Europa ketika Marseille tewas kepada Atletico Madrid semalam.

Keraguan mengenai tahap kecergasannya menyebabkan Deschamps tidak menyenaraikan pemain itu dalam skuad 23 pemain Perancis.

“Dimitri Payet adalah calon utama dalam skuad. Dia bermain pada babak pertama (berdepan Atletico), tetapi dia mengalami kecederaan, dan pemulihan untuk kecederaan itu perlukan masa tiga minggu,” kata Deschamps ketika mendedahkan nama skuadnya di stesen televisyen TF1.

“Tetapi disebabkan ia adalah kecederaan otot, ada risiko (untuk) berulang,”

Payet adalah seorang daripada bintang Perancis pada Euro 2016, apabila mereka mara ke final selaku tuan rumah tetapi tewas kepada Portugal.

Namun ada juga pemain penyerang yang tidak dipanggil oleh Deschamps walaupun pengendali Perancis itu menyenaraikan rakan Payet di Marseille, Florian Thauvin bersama kapten Lyon, Nabil Fekir.

Selain itu, pertahanan kiri Manchester City, Benjamin Mendy turut dipanggil walaupun jarang bermain untuk skuad Pep Guardiola sejak kembali daripada kecederaan lutut yang serius.

Berdasarkan senarai itu, Antoine Griezmann akan mengetuai serangan selepas baharu menjaringkan dua gol buat Atletico pada final Piala Europa.

Nama besar lain termasuk penjaga gol, Hugo Lloris; pemain tengah Manchester United, Paul Pogba; penyerang Chelsea, Olivier Giroud serta bintang muda Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe. – AFP

Info: Skuad Perancis

  • Penjaga gol: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur/ENG), Steve Mandanda (Marseille), Alphonse Areola (Paris Saint-Germain)
  • Pertahanan: Lucas Hernandez (Atletico Madrid/ESP), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Benjamin Mendy (Manchester City/ENG), Benjamin Pavard (Stuttgart/GER), Adil Rami (Marseille), Djibril Sidibe (Monaco), Samuel Umtiti (Barcelona/ESP), Raphael Varane (Real Madrid/ESP)
  • Tengah: N’Golo Kante (Chelsea/ENG), Blaise Matuidi (Juventus/ITA), Steven N’Zonzi (Sevilla/ESP), Paul Pogba (Manchester United/ENG), Corentin Tolisso (Bayern Munich/GER)
  • Penyerang: Ousmane Dembele (Barcelona/ESP), Nabil Fekir (Lyon), Olivier Giroud (Chelsea/ENG), Antoine Griezmann (Atletico Madrid/ESP), Thomas Lemar (Monaco), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Florian Thauvin (Marseille)

5 Pemain Bintang Yang Tak Tersenarai Dalam Skuad Brazil ke Piala Dunia 2018

5 Pemain Bintang Yang Tak Tersenarai Dalam Skuad Brazil ke Piala Dunia 2018 Russia. Brazil sudah menyenaraikan 23 pemain yang akan dibawa ke Piala Dunia 2018 di Rusia. Nama-nama besar seperti Neymar, Roberto Firmino, Philippe Countinho dan Thiago Silva seperti dijangka tersenarai dalam skuad tersebut.

Dani Alves pula terpaksa disingkirkan kerana pemain PSG itu mengalami kecederaan. Pukulan besar buat Brazil memandangkan pengalaman dan kualiti yang dimiliki pemain tersebut.

Namun, Alves bukanlah satu-satunya bintang Brazil yang tidak disenaraikan oleh jurulatih Brazil, Tite. Ada beberapa pemain bintang lain yang gagal menempatkan diri dalam skuad Brazil kali ini.

1. Alex Sandro
Prestasi Alex Sandro belum berada di level yang sama seperti musim 2016/17 tetapi pertahanan kiri itu masih salah seorang pemain terbaik di Eropah. Dia hanya kurang bernasib baik kerana Marcelo dan Filipe Luis lebih baik darinya.

Sandro baru membuat 10 penampilan untuk negaranya sejak melakukan debut pada tahun 2011. Dia diberi kepercayaan oleh Tite ketika perlawanan persahabatan melawan Rusia dan Jerman tetapi itu kerana Luis cedera.


2. David Luiz
David Luiz seorang pemain Brazil yang memiliki semangat yang menakjubkan. Dia selalu memberikan komitmen 100 peratus ketika mengenakan jersi Brazil.

Namun, perselisihan faham dengan Antonio Conte dan ditambah pula kecederaan yang dialami telah memusnahkan impiannya ke Piala Dunia. Dia sudah kembali berlatih tetapi belum cergas sepenuhnya.

Ini mungkin Piala Dunia terakhirnya dan sayangnya dia gagal tersenarai dalam skuad Brazil kali ini. Tempatnya digantikan oleh Pedro Geromel yang juga mungkin Piala Dunia terakhir buatnya.


3. Fabinho
Ketiadaan Fabinho mungkin adalah yang paling mengejutkan. Pertahanan kanan tersebut disebut-sebut akan menggantikan tempat Dani Alves di kesebelasan utama Brazil tetapi dia juga tidak disenaraikan oleh Tite.

Bintang AS Monaco itu menjalani musim yang cemerlang dan tentu sahaja layak dibawa ke Rusia pada musim panas ini. Dia juga boleh bermain di posisi tengah dan itu akan menjadi bonus tambahan bagi skuad Brazil.

Fagner dan Danilo dipanggil mengantikan Fabinho dan kedua-dua pemain tersebut kurang digemari oleh penyokong Brazil. Fagner masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan paha kanan sementara Danilo tidak banyak bermain pada musim ini.


4. Talisca
Anderson Souza Conceicao alias Talisca telah menjadi salah seorang pemain tengah menyerang yang terbaik di Eropah musim ini. Dia telah mencetak 19 gol dan melakukan 5 bantuan gol untuk Besiktas musim ini.

Tite menyenaraikan Philippe Countinho, Willian, Taison dan Douglas Costa sebagai pilihan di barisan serangan. Tiga dari empat pemain tersebut tidak diragui lagi kehebatannya tetapi Talisca boleh dikatakan lebih baik daripada Taison.

Pemain berusia 24 tahun itu berkemungkinan besar akan berpindah kerana dia perlu bermain di salah satu dari lima liga terkemuka di Eropah untuk mendapatkan perhatian dari Tite.


5. Felipe Anderson
Felipe Anderson boleh dikatakan tidak bernasib baik. Pemain Lazio ini telah mempamerkan prestasi yang menakjubkan pada musim ini tetapi kebetulan Renato Agusto dan Poulinho juga berada dalam prestasi terbaik.

Pemain berusia 25 tahun itu boleh bermain sebagai pemain sayap tetapi Tite tidak mungkin akan menyingkirkan Willian dan Douglas Costa.

Anderson pernah bermain dua kali sebagai penyerang tapi belum mampu menyaingi kehebatan Roberto Firmino dan Gabriel Jesus.

Skuad Penuh Brazil Piala Dunia 2018

Inilah Skuad Penuh Brazil Piala Dunia 2018 di Russia nanti. Jurulatih Brazil, Tite telah menamakan 23 pemain yang akan mewakili negara itu di Piala Dunia Jun nanti.

Beberapa bintang sudah dijangka bakal memperkuatkan jentera skuad Samba untuk edisi kali ini yang bakal dilangsungkan di Russia.

Bintang Paris Saint-Germain, Neymar turut tidak terkecuali disenaraikan meskipun beliau masih menjalani pemulihan daripada kecederaan yang sedang dialami.

Turut tersenarai ialah pemain Barcelona, Philippe Coutinho dan tiga pemain Manchester City iaitu Danilo, Fernandinho dan Gabriel Jesus.

Bagi posisi pertahanan, Tite telah menyenaraikan pemain-pemain seperti Felipe Luiz yang beraksi bersama Atletico Madrid, Thiago Silva dan Marquinhos dari Paris Saint-Germain serta Marcelo (Real Madrid).

Ketiga-tiga penjaga gol skuad Brazil 2014 telah digugurkan dan digantikan dengan Ederson, Alisson dan Cassio.

Seramai 17 pemain yang beraksi untuk skuad Piala Dunia 2014 tidak disenaraikan iaitu David Luiz, Dani Alves, Oscar, Ramires, Hernanes, Bernard, Luiz Gustavo, Maxwell, Hulk, Julio Cesar, Jô, Maicon, Henrique, Dante, Jefferson dan Victor.

Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzeland pada 18 Jun ini sebelum bertemu Costa Rica dan Serbia.

Skuad penuh Piala Dunia 2018 bagi pasukan Brazil:

  • Penjaga Gol : Alisson (Roma), Enderson (Manchester City) Cassio (Flamengo)
  • Pertahanan : Fagner (Corinthian), Thiago Silva (PSG), Marcelo (Real Madrid), Miranda (Inter Milan) Marquinhos (PSG), Alex Sandro (Juventus) Danilo (Manchester City), Felipe Luis (Atletico Madrid)
  • Tengah : Fernandinho (Manchester City) Paulinho (Barcelona), Willian (Chelsea), Renato Augusto ( Beijing Guoan FC), Philippe Coutinho (Barcelona), Taison (Shakhtar Donetsk), Casemiro (Real Madrid), Fred (Shakhtar Donetsk)
  • Penyerang : Neymar (PSG), Douglas Costa (Juventus), Roberto Firmino (Liverpool), Gabriel Jesus (Manchester City)

Skuad Penuh England Piala Dunia 2018

Inilah Skuad Penuh England Piala Dunia 2018. Pengurus England, Gareth Southgate, telah mengumumkan 23 pemain yang bakal menyarung jersi The Three Lions di pentas Piala Dunia 2018.

Dalam senarai pemain yang dipilih, Southgate memberi kejutan dengan memasukkan Trent Alexander-Arnold yang baru berusia 19 tahun. Pemain muda itu mempamerkan aski yang cemerlang bersama Liverpool dan telah membantu The Reds layak ke final Liga Juara-Juara.

Tidak ada nama Joe Hart dan Jack Wilshere dalam skuad yang dipilih oleh Southgate. Tentu saja tidak mengejutkan kerana perkara ini sudah dijangkakan.

Perkara menarik, Southgate turut memanggil dua pemain serba boleh iaitu Ashley Young dari Manchetser United dan Fabian Delph yang merupakan Manchester City.

Berikut adalah skuad rasmi England ke Piala Dunia 2018:

  • Penjaga Gol : Jack Butland (Stoke), Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Burnley)
  • Pemain Pertahanan: Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Kieran Trippier (Tottenham), Danny Rose (Tottenham), Ashley Young (Manchester United), Fabian Delph (Manchester City), Kyle Walker (Manchester City), John Stones (Manchester City), Harry Maguire (Leicester), Gary Cahill (Chelsea), Phil Jones (Manchester United)
  • Pemain Tengah: Eric Dier (Tottenham), Jesse Lingard (Manchester United), Ruben Loftus-Cheek (Chelsea), Dele Alli (Tottenham), Jordan Henderson (Liverpool)
  • Penyerang: Harry Kane (Tottenham), Jamie Vardy (Leicester), Marcus Rashford (Manchester United), Raheem Sterling (Manchester City), Danny Welbeck (Arsenal)