ACL : Morais Akui JDT Perlu Perbaiki Kelemahan

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Ulisses Morais mengakui banyak perkara perli di lakukan oleh pasukan itu untuk memantapkan lagi kekuatan mereka.

Juara Liga Super itu tumpas mudah 2-5 di tangan Muangthong United dalam saingan kelayakan ke Liga Juara Juara Asia malam tadi di Stadium Supachalasai.

“Saya terima keputusan tersebut, banyak perkara yang kami perlu memperbaikinya. Inilah yang terjadi apabila membuat kesilapan menentang pasukan yang pernah bermain dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL), dimana mereka bermain di peringkat yang berbeza.

“Oleh itu, buat para pemain yang ada, yang tidak pernah berada di standard ACL atau peringkat yang tertinggi, inilah yang terjadi apabila mereka tidak fokus dan buat silap di peringkat ini.

“Walaubagaimanapun, ini adalah cita-cita JDT. Ini adalah proses dan kami harus berasa bangga sebagai satu-satunya pasukan dalam negara yang sentiasa bermain dalam saingan kelayakan ACL.

“Kerana itu adalah peringkat tertinggi di mana tidak ada mana-mana pasukan dalam negara yang bermain sehingga ke tahap itu. Jadi oleh itu, kita patut berasa bangga.

“Kami tahu bahawa pasukan Muangthong merupakan sebuah pasukan yang lebih hebat dan berkualiti daripada JDT. Tetapi ia adalah proses dimana kami akan perbaiki skuad ini.

“Kalau kami lihat pada permainan kami, barisan pemain kami, kami terpaksa bermain dengan Bruno kerana kami masih perlu menunggu Marcos Antonio pulih dan beliau dalam proses pemulihan dan akan bermain dalam perlawanan Piala Sumbangsih.

“Itu sebabnya kita tidak boleh menggunakan Marcos sekarang kerana dikhuatiri akan cedera semula kerana beliau baru sahaja pulih dari kecederaan. Oleh itu kami perlu beri peluang kepada Bruno dahulu.

“Luciano pula mengalami jangkitan tonsil, jadi itu memang tidak bernasib baik buat kami kerana dalam perlawanan pra-musim, pemain paling menyerlah adalah Luciano Figueroa tetapi tiada nasib dan Marcos belum pulih sepenuhnya.

“Corbin, pertahanan kiri juga tidak dapat bermain kerana masalah pendaftaran di saat-saat akhir.Tiga-tiga pemain ini akan beraksi pada perlawanan berikutnya manakala Bruno akan beraksi di pasukan JDT II.

“Kita harus berasa bangga kerana menjadi satu-satunya pasukan yang mewakili negara dalam peringkat tertinggi.

“Walaupun kami tewas, kami tidak patut berputus asa dan kami perlu mencuba lagi sehinggalah tiba hari JDT layak mewakili negara dalam saingan ACL. Dan apabila kami berada di ACL satu hari nanti, kami mungkin akan tewas 6-0, 7-0, 8-0 di peringkat yang lebih tinggi.

“Tetapi tidak mengapa kerana matlamat kami begitu jelas iaitu kami mahu JDT berada di mana yang lain tidak berada.

“Oleh itu, kalah atau menang belakang kira kerana yang penting adalah pengalaman yang kami pelajari dan kami berada di pertandingan yang tertinggi.

“Apa pun saya berpuas hati, tetapi saya ada banyak lagi perkara yang akan saya perbaiki, yang akan saya bincangkan dengan DYAM Tunku Mahkota, Pengarah Sukan dan juga Pengarah Teknikal apabila balik nanti.

“Kekalahan ini bagus untuk menyedarkan kami yang mana kami tidak sepatutnya berada dalam keadaan terlalu yakin kerana banyak lagi perkara yang perlu kami perbaiki,” ujar beliau.

 

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Muangthong United

 

Lebih kurang 7.30 malam nanti, juara Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu naib juara Liga Thailand, Muangthong United di Stadium Supachalasai.

Perlawanan ini penting untuk kedua dua pasukan dalam memburu tempat ke pusingan ketiga Liga Juara Juara Asia (ACL) pada minggu hadapan.

Kedua dua pasukan juga akan mengulangi perhitungan yang mereka lakukan pada 2016 r mana ketika itu Muangthong berjaya menewaskan ‘Harimau Selatan’ menerusi penentuan sepakan penalti. Ironinya, mereka bertemu di pusingan yang sama kali ini.

Jadi kami sediakan beberapa perkara yang anda perlu tagu tahu tentang kelab Thailand ini.

1. Berjaya Sampai Ke Peringkat Kalah Mati Kejohanan Ini Musim Lepas

Muangthong layak automatik ke kejohanan ini musim lepas. Mereka berjaya mencipta kejutan dengan melepasi peringkat kumpulan yang di anggotai Brisbane Roar, Ulsan Hyundai dan Kashima Antlers.

Mereka muncul naib juara kumpulan dengan merekodkan tiga kemenangan, dua seri dan sekali kalah. Perjalanan mereka di tamatkan kelab Jepun, Kawasaki Frontale di peringkat 16 terbaik.

2. Empat Pemain Mereka Di Pancing Kelab Luar

Dalam tidak sedar, Muangthong yang mempunyai gelaran ‘The Kirin’ ini berjaya mengeksport pemain tempatan Thailand ke luar negara.

Yang pertama, bintang sensasi Thailand iaitu Chanatip Songkrasin beraksi secara pinjaman bersama Consadile Sapporo, Teerasil Dangda pula akan beraksi bersama Sanfrecce Hiroshima, Theerathon Bunmathan beraksi bersama Vissel Kobe dan penjaga gol mereka, Kawin Thamsatchanan yang bakal menyertai kelab Belgium, OH Leuven dengan kontrak lima tahun.

3. Majoriti Pemain Mereka Merupakan Pemain Kebangsaan Thailand

Muangthong juga boleh di ibaratkan tempat berkumpul pemain pemain dari skuad kebangsaan Thailand.

Mereka memiliki pertahanan kebangsaan iaitu Tristan Do dan Peerapat Notchaiya. Pemain tengah kebangsaan iaitu Sarach Yooyen dan Charyl Chappuis dan penyerang kebangsaan iaitu Adisak Kraisorn.

Kami mengharapkan Harimau Selatan mampu layak ke perlawanan kelayakan pusingan ketiga.

Jordan Kecewa Berkongsi Mata Dengan Arab Saudi

Jurulatih Jordan, Iain Richard Brunskill percaya anak buahnya akan segera mengetepikan kekecewaan sekadar seri 2-2 dengan Arab Saudi pada perlawanan pertama Kumpulan C Kejohanan AFC B-23 hari ini apabila berdepan Malaysia pada aksi kedua.

Selepas mendahului dua gol menerusi jaringan Baha’ Faisal Mohamad pada minit ke-12 dan 78, Jordan mensia-siakan kelebihan itu apabila membenarkan naib juara 2013 Arab Saudi bangkit menyamakan kedudukan hasil gol Abdulelah Al Amri (m-85) dan sepakan penalti Rakan Al Anaze (m-94).

Menurut Brunskill, anak buahnya seperti mengambil mudah apabila mendahului permainan dan beliau berharap situasi seperti itu tidak akan berulang.

“Kami kecewa dengan keputusan akhir perlawanan, kami mendahului 2-0 dan kemudian pemain tidak fokus. Kami juga terlepas beberapa peluang untuk menambah jaringan.

“Kami boleh bermain lebih baik dan sememangnya kami mahu mendapatkan kemenangan pada perlawanan pertama. Pemain memang kecewa tapi saya percaya mereka akan bangkit semula pada perlawanan selepas ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan hari ini.

Jordan yang menduduki tempat ketiga pada edisi pertama bakal berdepan Malaysia yang tewas 1-4 kepada Iraq dalam perlawanan pertama hari ini.

Sementara itu, bagi jurulatih Arab Saudi Daniel Teglia, kesungguhan pemainnya bangkit memungut mata menjadi semangat untuk mereka bertemu Iraq pada perlawanan kedua selepas ini.

“Ia perlawanan yang menarik, kedua-dua pasukan saling menyerang. Pada saya keputusan seri ini adalah adil. Pemain menunjukkan karektor baik untuk terus berusaha mendapatkan jaringkan selepas ketinggalan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Iraq Lega Lepasi Halangan Pertama

iraq legaJurulatih Iraq, Abdul Ghani Shahad mengakui kemenangan selesa 4-1 ke atas Malaysia dalam aksi Kumpulan C Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di Stadium Changshu, China hari ini tidak menggambarkan situasi sebenar di tengah padang.

Beliau terkejut dengan saingan yang diterima dan jaringan besar itu banyak dibantu oleh kesilapan pemain negara sendiri.

“Ini perlawanan pertama dan ia bukan mudah kerana Malaysia pasukan yang bagus. Mungkin keputusan tidak seperti ini jika bukan kerana kesilapan pemain Malaysia.

“Apa pun secara keseluruhan, kami berjaya dalam perlawanan ini dan misi mendapat tiga mata berjaya. Malah tiada pemain yang mendapat kad dan cedera,” katanya pada sidang media selepas perlawanan hari ini.

Kemenangan yang diraih Iraq seperti menepati status mereka selaku juara edisi pertama 2013 dan pemenang tempat ketiga dua tahun lalu.

Ghani berkata, mereka perlu memperbaiki prestasi khususnya di benteng pertahanan sebelum aksi kedua menentang Arab Saudi, Sabtu ini.

“Kami tidak beraksi dengan baik pada separuh masa kedua tapi setiap perlawanan pasti berbeza. Kami akan melakukan perubahan bagi perlawanan kedua,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian

[VIDEO] Suasana Hari Perlawanan Bola Sepak Di Korea Utara

Suasana perlawanan bola sepak di Korea UtaraDalam video ini kita akan dapat melihat suasana di hari perlawanan bola sepak di Korea Utara. Semasa video ini dirakam perlawanan melibatkan Korea Utara menentang Lubnan dalam kelayakan Piala Asia 2019.

Disebabkan masalah antara Malaysia dan Korea Utara, perlawanan antara dua pasukan ini diadakan pada tempat berkecuali. Jika tidak kita juga dapat merasakan suasana yang sama. Apa perasaan anda apabila melihat video ini?

Sumber video dari BR News

Senarai Pasukan Dari Zon Asia Timur Yang Mempunyai Lesen AFC Bagi Musim 2018

ma ranking piala aclKonfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengemaskini senarai pasukan yang berjaya mendapatkan lesen AFC untuk membolehkan mereka beraksi dalam Piala AFC dan juga Piala ACL bagi musim 2018. Bagi pasukan dari Malaysia, terdapat 5 pasukan yang memohon namun hanya 3 pasukan yang berjaya.

Kami susun senarai pasukan mengikut AFC Club Competitions Ranking terkini dari laman sesawang AFC sendiri dan juga zon-zon timur dan barat.

Zon Asia Timur

1- Korea Selatan

lesen afc korea selatan

2- China

lesen afc china

3- Jepun

lesen afc jepun

4- Australia

lesen afc australia

5- Thailand

lesen afc thailand

6- Malaysia

lesen afc malaysia

7- Hong Kong

lesen afc hong kong

8- Vietnam

lesen afc Vietnam

9- Filipina

lesen afc filipina

10- Singapura

lesen afc singapura

11- Indonesia

lesen afc indonesia

12- Myanmar

lesen afc myanmar

13- Laos

lesen afc laos

14- Kemboja

lesen afc kemboja

15- Brunei

Tiada kelab yang memperolehi lesen

Nota: Senarai lengkap yang dikeluarkan oleh AFC boleh didapati disini dan juga disini.

Sumber: semuanyaJDT.com

Teerasil Sertai Sanfrecce Hiroshima

Penyerang kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda secara rasminya melengkapkan perpindahan beliau ke kelab J League, Sanfrecce Hiroshima.

Beliau menandatangani kontrak pinjaman dari Muangthong United selama setahun. Beliau bakal beraksi bermula tahun hadapan.

Pemain berusia 29 tahun ini juga akan melakukan ujian kecergasan pada Februari depan.

 

 

Teerasil masih sempat untuk membantu Muangthong United dalam kelayakan Liga Juara Juara Asia pusingan kedua menentang juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Takzim pada 23 Januari 2018.

Teerasil sememangnya banyak pengalaman beraksi di luar negara. Beliau pernah beraksi dengan Manchester City pada 2007 dan pasukan LA Liga, Almeria pada 2014.

Beliau merupakan penjaring terbanyak Liga Thailand dengan mengumpul 116 jaringan.

“Pemain Gantian Bantu Kemenangan” : Simeone

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone mengakui kemasukan pemain gantian telah membantu pasukannya untuk menang 1-0 ke atas Alaves.

Dalam perlawanan tersebut, Fernando Torres masuk sebagai pemain gantian dan muncul penyelamat tuan rumah dengan menjaringkan gol kemenangan.

Kemenangan itu meletakkan Atletico menduduki tangga kedua liga selepas Valencia tumpas awal pagi tadi.

“Pasukan bertambah baik dengan perubahan itu.

“Adalah penting untuk mempunyai pemain seperti itu. Pemain yang tidak bermain telah melakukannya dengan baik dan telah menunjukkannya.

“Kami mempunyai ruang untuk penambahbaikan. Semua pemain mahu terus menignkat dan yang baik sebagai satu pasukan. Apa yang telah berlaku, kami tinggalkan.

“Saya gembira dengan skuad kerana ia penting, kami kini berusaha untuk aksi seterusnya, yang akan sukar seperti hari ini,” kata Simeone.

Penjaring gol tunggal perlawanan, Torres pula nyata puas dengan jaringan beliau dan sedar setiap perlawanan mendatang akan lebih sukar.

“Di atas kertas kita perlu menang. Kami dalam rentak terbaik dan kami mahu meneruskannya.

“Ia tidak mudah, setiap permainan lebih rumit,” ujar Torres.

Sumber – Goal.com