Peguam Mesir Saman Sergio Ramos €1 billion Kerana Sengaja Mencederakan Salah

Seorang peguam Mesir telah melancarkan tuntutan £ 1 bilion (£ 873m / $ 1.2bn) terhadap pemain pertahanan Real Madrid dan Spain, Sergio Ramos selepas pemain Liverpool dan Mesir Mohamed Salah cedera dalam pergelutan bersama kapten Real Madrid ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018.

Salah mendarat di bahu kirinya selepas bergelut dengan Ramos semasa perlawanan akhir yang berlangsung di Kiev dan  mengalami kerosakan ligamen bahu serta peluang untuk Salah beraksi di Piala Dunia Russia 2018 bersama Mesir masih menjadi tanda-tanya semua peminatnya.

Pemenang Golden Boot Premier League ini mengatakan dia “yakin” dia akan dapat mewakili pasukan Mesir di Russia 2018, tetapi itu tidak mampu untuk memadamkan api kemarahan yang jelas dari peguam Bassem Wahba.

Dalam penampilan di saluran televisyen Mesir, Sada El-Balad, Wahba mengumumkan bahawa dia telah memfailkan aduan kepada FIFA dan menuduh Ramos melakukan perbuatan sengaja dan menimbulkan “bahaya fizikal dan psikologi” ke atas pemain bola sepak Liverpool dan Mesir itu.

“Ramos sengaja mencederakan Mo Salah dan patut dihukum,” katanya. “Saya telah memfailkan tuntutan mahkamah dan aduan kepada FIFA.

“Saya akan meminta ganti rugi, yang boleh melebihi € 1 bilion, untuk kerugian fizikal dan psikologi yang diberikan Ramos kepada Salah dan rakyat Mesir.”

Dalam keadaan yang tidak mungkin untuk memenangi apa-apa pampasan, Wahba telah berjanji untuk menderma ke Dana Long Live Mesir.

Pada hari Isnin, petisyen di laman web Change.org meminta UEFA dan FIFA untuk mengambil tindakan terhadap Ramos atas cabaran Salah mencapai sehingga 300,000 penandatangan.

Semasa perlawanan, pengadil Milorad Mazic tidak memberi sebarang kad terhadap Sergio Ramos.

Apa komen anda? Wajar atau tidak tindakan Ramos terhadap Mo Salah?

Penjaga Gol Liverpool, Loris Karius di Ugut Bunuh

Polis menjalankan siasatan apabila penjaga gol Liverpool, Loris Karius dijadikan sasaran ancaman bunuh dan ugutan di media sosial, selepas dipersalahkan ketika pasukannya tumbang kepada Real Madrid di final Liga Juara-Juara.

Karius bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dua gol yang diraih Real ketika menang 3-1 ke atas Liverpool di Kiev, awal pagi Ahad.

Pemain Jerman berusia 24 tahun itu membaling bola dan dihalang penyerang Real, Karim Benzema sebelum bola melantun masuk ke gawang untuk gol pertama.

Dia juga membenarkan jaringan oleh Gareth Bale apabila gagal menangkas kemas percubaan jarak jauh sekaligus membolehkan Real meraih gol ketiga pada minit terakhir permainan.

Karius mengalirkan air mata ketika wisel penamat dan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui kecewa dan kesal ke atas pemain yang ditandangani dari Mainz pada 2016 itu.

Tiada pemain Liverpool yang dilihat cuba mententeramkan Karius, yang dirakam menutup muka ketika pasukannya tiba di Lapangan Terbang John Lennon.

Karius sudah memohon maaf di atas kesilapannya selepas perlawanan, tetapi ia gagal menghalang peminat Liverpool meluahkan kemarahan dan memberi ancaman termasuk kepada keluarganya.

Ada beberapa kenyataan yang disiarkan berharap Karius akan mati kerana barah, manakala ada yang menulis: “Saya harap seluruh keluarga kamu mati’ dan ada seorang yang memuat naik “Saya akan bunuh teman wanita kamu’.

Jurucakap Polis Merseyside memaklumkan kepada Daily Telegraph, mereka akan menjalankan siasatan ke atas gangguan berkenaan.

“Kami beranggapan semua kenyataan di media sosial yang bersifat mengancam itu sebagai sesuatu yang serius. Setiap kesalahan yang dikenal pasti akan disiasat,” katanya.

“Polis Merseyside mengingatkan pengguna media sosial bahawa apa saja kesalahan termasuk komunikasi berniat jahat dan perlakuan yang mengancam akan disiasat,”

Melalui laman sosial twitter peribadi, Karius sekali lagi memohon maaf ke atas persembahan yang mencetuskan mimpi ngeri buat peminat.

“Tidak mampu memejamkan mata sehingga sekarang. Situasi itu (di padang) masih berlegar di kepala, berulang-ulang. Saya benar-benar memohon maaf kepada rakan sepasukan, kepada peminat dan seluruh kakitangan pasukan,” katanya.

“Saya tahu, saya melakukan dua kesilapan besar dan membuatkan anda semua kecewa.

“Seperti yang saya katakan, jika boleh saya mahu kembalikan detik itu, tetapi mustahil. Lebih teruk, kami semua yakin mampu tumbangkan Real Madrid dan kami sentiasa kekal bersaing untuk tempoh yang panjang.

“Terima kasih kepada peminat yang menakjubkan, yang datang ke Kiev dan menyokong saya, termasuk selepas perlawanan. Saya tidak bersikap ambil mudah dan sekali lagi, ia menunjukkan kita adalah keluarga yang besar. Terima kasuh dan kami akan bangkit lebih kuat,” – AFP

LIVE STREAMING: Piala AFC 2018, Song Lam Nghe An vs JDT

Petang ini wakil Malaysia akan berjuang dalam Piala AFC 2018 iaitu JDT menentang pasukan dari Vietnam, Song Lam Nghe An. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Vinh pada jam 4.30 petang waktu Malaysia. Anda boleh tonton perlawanan ini melalui video dibawah ini.

FB Live

Youtube Live

Lingard, Lukaku ‘Selamatkan’ Mourinho

lukaku dan lingardJaringan hebat Jesse Lingard dan percubaan saat akhir pemain gantian Romelu Lukaku memastikan kemenangan Manchester United ke atas pasukan Liga Kejuaraan Derby, 2-0 pada aksi pusingan ketiga Piala FA awal pagi tadi.

Kedua-dua percubaan itu yang hadir pada enam minit terakhir, menjadi tumpuan pada perlawanan pertama Piala FA membabitkan skuad gergasi United yang tidak disiarkan secara langsung dalam tempoh 13 tahun.

United hanya tewas sekali dalam 35 pertemuan Piala FA membabitkan pasukan liga bawahan, namun hampir membawa kepada perlawanan ulangan sehinggalah Lingard yang pernah dipinjamkan kepada Rams, yang meledak lapan gol dalam 10 perlawanan, cemerlang menerusi voli melencong disusuli Lukaku dengan gol kedua.

“Saya rasa kami semakin hampir menjaringkan gol dan tidak pernah berhenti mencuba,” kata pengurus United Jose Mourinho, yang mengakui Liga Kejuaraan kini menghampiri kualiti Liga Perdana Inggeris.

“Namun apabila perlawanan melepasi 80 minit dan masih tiada gol, anda mula bimbang berlaku perlawanan kedua. Namun pasukan terus mencuba jadi saya tahu gol akan hadir juga.

“Jaringan yang hebat dari Jesse Lingard, dia berada di tahap keyakinan tinggi apabila keadaan memihaknya. Dia seorang profesional dan hebat di bilik persalinan.”

Penyingkiran Piala Liga bulan lalu serta ketinggalan 15 mata berbanding Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris menjadikan kejohanan ini semakin penting dan ia terbukti dengan barisan skuad hebat yang diturunkan Mourinho.

Lingard, Paul Pogba dan Marcus Rashford sepatutnya menjaringkan gol dalam tempoh 19 minit yang membayangkan eksekutif televisyen mungkin melakukan kesilapan kerana meminggirkan perlawanan itu.

Derby cemerlang menerusi aksi hebat bekas pemain muda United Tom Lawrence, manakala Marcus Olsson memaksa Sergio Romero bekerja keras untuk menolak tandukannya melepasi palang, disusuli tandukan Alex Pearce dari sepakan sudut.

Lingard akhirnya merobek ‘kedegilan’ pelawat, apabila menyambut bola dari Lukaku, sebelum melakukan sepakan lencong ke sudut gawang.

Jaringan ke-11 miliknya musim ini dilihat istimewa seperti juga percubaannya ketika menentang Watford, Burnley dan Everton.

Lukaku mendapat peluang pada minit ke-90 apabila berjaya mengawal bola yang dikeluarkan Pogba dengan dada di bahagian tengah sebelum bergandingan dengan Martial dan menyempurnakannya dengan rembatan kencang melepasi penjaga gol lawan Scott Carson. – AFP

Sumber: Berita Harian

Barkley Nahu Sehebat Lampard

Ross BarkleyPemain tengah England Ross Barkley akan mewarisi jersi nombor lapan yang pernah dimiliki penjaring terbanyak Chelsea Frank Lampard dan berharap mampu mengecap kegemilangan karier yang sama selepas menyertai kelab London itu dari Everton awal pagi ini.

Juara Liga Perdana Inggeris Chelsea mengesahkan bahawa Barkley, 24, menandatangani kontrak selama lima setengah tahun, biarpun pernah menolak tawaran ke Stamford Bridge sebelum ini.

Tiada maklumat terperinci mengenai kos perpindahan biarpun media Britain melaporkan bayaran perpindahan dijangka sekitar 15 juta pound (RM81.3 juta).

Lampard berusia 23 tahun ketika menyertai Chelsea dari West Ham United pada 2001 dan mengumpul 211 jaringan untuk Blues dalam semua kejohanan.

Barkley, pemain kelahiran Liverpool pula membuat 179 penampilan untuk kelab Merseyside apabila menyertai kelab itu pada usia 11 tahun namun hanya menjaringkan 27 gol dalam semua kejohanan.

Dia pernah dibandingkan seperti bekas bintang muda Everton Wayne Rooney ketika membuat penampilan sulung di Everton pada 2011 pada usia 18 tahun namun biarpun memiliki 22 cap bersama England, perjalanan kariernya seakan tidak ke mana-mana.

Dia berkata perpindahan ke Chelsea menawarkan ‘permulaan baru’ serta peluang untuk menambah lebih elemen kepada corak permainan versatil terutama dari aspek jaringan gol.

“Saya teruja, saya amat mengharapkannya dan benar-benar tidak sabar untuk mula beraksi,” kata Barkley yang tidak beraksi musim ini berikutan kecederaan hamstring, menerusi laman web Chelsea.

“Diberikan permulaan baru di kelab seperti Chelsea, sesuatu yang tidak saya duga. Saya berharap dapat meneruskan apa yang ditinggalkan pada akhir musim dan berharap dapat memperbaiki diri dan lebih banyak menjaringkan gol,” katanya.

Cabaran utama Barkley adalah kembali mendapatkan kecergasan penuh sebelum cuba mendapatkan tempat dalam skuad Antonio Conte yang turut dibarisi pemain tengah bertaraf dunia seperti Tiemoue Bakayoko, N’Golo Kante dan Cesc Fabregas. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Van Dijk wira Anfield

Virgil van DijkVirgil van Dijk pantas mencipta impak bersama Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan dramatik menewaskan jiran setempat, Everton 2-1 dalam aksi menarik pusingan ketiga Piala FA, awal pagi tadi.

Pemain Belanda itu yang dibeli daripada Southampton minggu lalu dengan harga STG75 juta pound (RM406 juta) menanduk masuk bola sepakan sudut Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-84.

“Malam yang hebat. Jaringan itu cukup istimewa buat saya dan keluarga,” kata Van Dijk.

“Beraksi di Anfield untuk Liverpool menjadi impian setiap pemain dan menjaringkan gol menjadikan ia lagi istimewa,” katanya lagi.

Hasrat Liverpool hampir musnah apabila Gylfi Sigurdsson menyamakan kedudukan buat Everton pada minit ke-67 hasil serangan balas pantas anak buah Sam Allardyce sekali gus bagaikan mengulangi aksi liga di antara kedua-dua kelab bulan lalu apabila kedua-dua pasukan seri 1-1 walaupun The Reds menguasai keseluruhan perlawanan.

Bagaimanapun Van Dijk yang dibeli untuk memperkuatkan bahagian pertahanan membuktikan pembeliannya berbaloi dengan menjadi pemusnah impian lawan.

Liverpool mendahului pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti James Milner selepas pertahanan Everton, Mason Holgate mengasari Adam Lallana dalam kotak penalti.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menghiburkan dengan serangan pantas dan gerakan menarik. Pemain Everton, Wayne Rooney yang mendapat kad kuning pada minit ketujuh selepas terjahan keras ke atas Joe Gomez dikeluarkan pada minit ke-52 yang berkemungkinan bagi mengelakkan dia mendapat kad merah selepas bekas pemain Manchester United itu kerap mengasari lawan.

Toffees menghukum kealpaan pertahanan Liverpool dengan jaringan penyamaan Sigurdsson tetapi pertahanan termahal dunia menjadi wira Anfiel. – Reuters

Sumber: Berita Harian

Van Dijk Sertai Liverpool

Pertahanan tengah Southampton, Virgil Van Dijk akhirnya memuktamadkan masa depan beliau apabila sah menyertai Liverpool.

Liverpool mendapatkan beliau dengan nilai harga £75 juta dan Van Dijk hanya akan di daftarkan bermula jendela perpindahan kedua pada 1 Januari 2018.

Beliau kini menjadi pertahanan termahal dunia. Pada tahun lepas, Van Dijk baru sahaja menandatangani kontrak baru selama enam tahun tahun bersama ‘The Saints’.

Van Dijk bakal memakai jersi bernombor empat bersama kelab berpengkalan di Anfield itu.

“Sangat gembira apabila telah menjadi pemain Liverpool FC. Hari ini adalah hari yang membanggakan bagi saya dan keluarga kerana saya saya menyertai salah satu kelab terbesar dalam bola sepak dunia,” ujar beliau.

 

Carabao Cup : Ringkasan Suku Akhir

Pertengahan minggu ini, saingan suku akhir Piala Carabao ataupun Piala Liga mengambil tempatnya.

Pasukan pilihan seperti Arsenal, Manchester City dan Chelsea berjaya layak ke separuh akhir. Namun, nasib berbeza menimpa juara bertahan iaitu Manchester United.

Mari lihat ringkasan keputusan suku akhir ini dimana Arsenal, Manchester City, Chelsea dan Bristol City layak ke separuh akhir.

Gol Welbeck Jadi Pemisah

Arsenal melayani kunjungan pasukan yang dalam prestasi terbaik iaitu West Ham United di Stadium Emirates.

Perlawanan berlangsung seimbang namun jaringan Danny Welbeck beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat menjadi pemisah perlawanan. Arsenal menang 1-0.

Bravo Muncul Wira

Pertemuan di King Power Stadium antara Leicester City dan Manchester City berakhir 1-1 dalam 90 minit penuh. Bernardo Silva meletakkan City di depan pada minit 26.

Ketika masa kecederaan, penalti Jamie Vardy berjaya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

City mengesahkan kemenangan mereka menerusi penalti 4-3 selepas sepakan Jamie Vardy dan Riyad Mahrez di selamatkan Claudio Bravo.

Juara Bertahan Tersungkur

Harapan Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi musim lalu musnah.

Pasukan bukan pilihan, Bristol City berjaya mengejutkan mereka menerusi jaringan pembukaan pada minit 51 menerusi Joe Bryan sebelum Ibrahimovic mengikat kedudukan minit 58.

Bristol City membuktikan mereka mampu menewaskan United apabila Korey Smith meledak gol kemenangan pada minit akhir perlawanan untuk kemenangan 2-1.

Chelsea Teruskan Langkah

Bertemu Bournemouth di laman sendiri, Chelsea bermula cemerlang apabila Willian membuka tirai jaringan pada minit 13. Ketika perlawanan menuju penamat, Dan Gosling berjaya menyamakan kedudukan.

Disaat perlawanan seakan berakhir ke sepakan penalti, pemain gantian Chelsea, Alvaro Morata muncul penyelamat Chelsea dengan jaringan di lewat permainan. Chelsea menang 2-1.

Tewas Kepada City, Pengajaran Berguna Untuk Spurs

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino mengakui pasukannya tewas kepada pasukan yang terbaik di England iaitu Manchester City.

Di sebalik kekalahan tersebut, beliau percaya anak buahnya memperoleh pengajaran terbaik untuk memperbaiki pasukan menjadi lebih baik.

Dalam aksi di Stadium Etihad, tuan rumah masih mampu mendominasi perlawanan walaupun ketiadaan David Silva yang tidak beraksi akibat masalah peribadi.

Anak buah Guardiola mendahului perlawanan seawal minit ke 14 menerusi tandukan Ilkay Gundogan yang merupakan jaringan pertama beliau dalam liga pada tahun 2017.

Lebih memertikan bagi Pochettino adalah apabila anak buahnya hanya mampu memperoleh ‘shot on target’ pada minit 55 menerusi Harry Kane. Christian Eriksen menyumbat jaringan sagu hati Spurs pada lewat permainan.

“Saya fikir ia adalah pengalaman yang baik untuk pasukan, apabila anda menang dan bermain dengan baik, anda mungkin tidak belajar, jadi anda mesti belajar dari perlawanan seperti ini.

“Kami mempunyai banyak perkara positif, kerana kami bertemu dengan satu pasukan yang sangat baik dengan momentum yang sangat baik.

“Ia tidak buruk pada permulaan [permainan], tetapi cara kami bolos melalui sepakan sudut adalah kesilapan besar dan peluang besar bagi mereka, apabila anda bertemu pasukan dalam rentak yang sangat baik, anda tidak dapat memberikan peluang seperti ini .
“Apabila anda bermain dengan pasukan yang berkualiti, jika kita mengambil risiko, kami memberi peluang kepada mereka untuk membuat peluang, kami cuba bermain tetapi mereka lebih baik, kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Mereka adalah pasukan terbaik di England,”  katanya kepada BBC Sport.